Iklan Berbayar
Khamis, 20 November 2014
tips survival diet di majlis buffet dan musim perayaan
jadi bagaimana hendak menyelamatkan program diet?
seharusnya kita sendiri memjadi lebih kreatif, mungkin ramai yang tidak percaya, saya akan bangun mengambil makanan tak kurang dari 4 kali sebelum saya berhenti. mesti ramai tertanya-tanya, berapa banyak saya makan jika sampai 4 kali saya bangun untuk menambah makanan. saya boleh katakan, agak banyak dan cukup kenyang!
di sinilah seharusnya kita menjadi lebih kreatif, tak salah jika anda mahu merasai kesemua hidangan yang dihidangkan. ada caranya, anda boleh mengaplikasikan strategi, "portion control" dan "calory counting". dan paling penting "self control". pastikan sebelum anda bangun untuk mengambil makanan, minum 2 gelas air kosong, buat senaman pernafasan untuk kempiskan perut sekurang-kurangnya 10 kali dan tenangkan fikiran anda. selepas itu barulah bangun dan ambilah hidangan yang anda suka.
asas "portion control" dan "calory counting" sebenarnya mudah, lebihkan hidangan berkalori rendah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan kurangkan mknan berkalori tinggi. rancang amoun pengambilan setiap makanan. ambil dengan amoun yang kecil dan bukan penuhkan pinggan dengan sejenis makanan. ambil pelbagai makanan tapi hanya 2 3 ketul sahaja. dengan amoun sedemikian, saya rasa biarpun ada 100 jenis hidangan sekalipun, anda masih boleh makan hampir kesemuanya. saya faham, ,mungkin anda penggemar tegar udang, TETAPI, adakan anda akan memenuhkan pinggan anda dengan hidangan udang sahaja? kan satu kerugian. habis sahaja udang anda makan, anda akan ambil ketam pula, begitu juga daging panggang atau kambing panggang. tanpa sedar, dah bertambah saiz pinggang!
memang hancur program diet anda! selera dan nafsu akan gelakkan anda memandangkan begitu mudah anda tewas....
paling penting, makan dengan tenang, jika sanggup, tumpukan kepada apa yang dikunyah. rasai kenikmatan di setiap gigitan dan kunyahan. pasti anda akan merasakan 3 ekor udang yang dimakan sama puasnya seperti memakan semangkuk udang..
anda juga boleh melakukan pelan pemakanan seperti di restoren fine dining. mulakan dengan starter. lebihkan salad dan sayuran bersama sedikit protin dan karbohidrat. (anda tahu bagaimana kan)dan kalau boleh lebihkan pengambilan starter berbanding dengan "main course".
"main course" anda bolehla ambil apa sahaja yang terhidang ASALKAN dengan amount yang sedikit bagi setiap jenis hidangan. tak kiralah ianya makanan laut atau daging. (digalakkan untuk mengambil makanan yang berasaskan panggang/rebus/kukus.) makanlah apa yang anda suka. paling penting ELAKKAN karbohidrat terutama nasi/mee/kuey teow dan lain-lain. INGAT, makan dengan perlahan, usah risau hidangan akan kehabisan.
"dessert" ini juga boleh menjadi satu faktor kegagalan satu usaha diet. untuk mengelakkan diet hancur, anda WAJIB amalkan "portion control". ambil apa yang perlu dan membuka selera sahaja. jika byk yang membuka selera anda, ambillah setiap satu yang anda suka sedikit-sedikit.
diharap tips ini sedikit sebanyak menjadi panduan untuk semua yang sedang menurunkan berat badan. pokok pangkalnya, kawalan diri sendiri. InsyaAllah, apa yang diusahan akan berjaya
Rabu, 19 November 2014
teknik pernafasan kempiskan perut
perut boroi bukan mudah nak kempiskan. tak caya tanya kepada mereka yang gembira dan boroi. hehe... jangan marah kengkawan yang terlibat. taknak terasa tau.
teknik pernafasan juga penting. teknik yang saya akan ajarkan dapat membantu untuk menguatkan otot perut. otot yang longgar hanya akan menyebabkan perut bertambah boroi. kesan berganda akan didapati jika diamalkan bersama senaman sit up.
tekniknya amat mudah... boleh dilakukan bila-bila masa. di mana sahaja.
asas kiraan 10. perlahan-lahan, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung sambil mengempiskan perut dalam kiraan 10, tahan perut dan lepaskan perlahan-lahan melalui mulut tanpa melepaskan perut yang ditahan tadi juga dalam kiraan 10. ulang sebanyak mana yang boleh. selepas beberapa kali melakukan teknik ini, kesan otot perut menegang dapat dirasai. secara tak langsung, anda mula membina six pack dan mula membuang single sack.
mudah bukan, itulah tummy tuck breathing technique yang saya sedang amalkan dan kesannya, penurunan saiz pinggang yang memuaskankan.
selamat mencuba!
to many cheat, only to get less result
hari ini... genaplah seminggu setelah saya menimbang dan bergembira dengan kejayaan saya menurunkan berat badan. namun,saya tertewas dengan cheat yang saya cipta.
tewasnya saya tanpa dapat menurunkan walau sekilo. hari ini adalah hari untuk saya menimbang berat. rasa berdebar tetap ada.
apa kan daya... kurang bersenam barang kali. apa yang nyata, program festival perkahwinan dengan hidangan percuma telah menjebakkan saya dengan cheat yang tak sepatutnya.
takpelah... mungkin pengajaran untuk kali ini. jangan terlalu byk cheat. pengajaran juga untuk sesiapa yang hendak mencuba diet cara ini.
walau apa pun, tempoh seminggu akan datang saya akan berusaha lebih keras lagi. double up effort. 2 kg mungkin? tunggu sahaja minggu depan ye... dan kalau ada tip dan trick lagi, saya akan coretkan.
ps: wife sedang bergembira. saiz seluar terbarunya adalah 33 walaupun beratnya bertambah 1kg lagi. wah.. terus cabar siapa lebih cepat turunkan berat. heheh berat dah sama.... 71kg.