Iklan Berbayar

Khamis, 18 September 2014

monolog diri di dinihari

sekadar monolog diri...

apakah yang aku lihat kini hanya sekadar cerminan emosi atau ianya satu realiti?

satu ketika tatkala aku sedikit berada...
aku menjadi tempat mengadu...
akulah menjadi bahu untukmu menumpang tangis hibamu...
aku menjadi telinga untuk mendengar cerita dan keluh kesahmu...
menjadi tisu untukmu keringkan lelehan air mata mu...

kini...

sekelip mata dirimu berubah...
apakah salahku hingga aku seakan hilang dari pandangan walaupun berselisih bahu?

mungkin ada salahku...
mungkin ada ketika aku tak membantu...
mungkin juga ada ayatku yang tak berkenan dihatimu...
atau sekadar,
sudah tiada apa yang bernilai pada diriku yang dapat memberi faedah kepada dirimu....
hanya kerana aku sudah tidak seperti dulu...
kau takut akan membawa 1001 masalah buat dirimu...

tak apalah...
mungkin ini masa ku...
putaran roda kehidupan aku sudah berada di bawah...
membuatmu memandangku dengan mata sebelah...

ingatlah...
roda kehidupan sentiasa berputar...
hari ini di atas... esok lusa hanya Allah yang tahu...

sesungguhnya aku kecewa...
aku sedih...
hati aku sering menangis...
mengapa begini kau lakukan...

ingatlah....
hanya satu pesanan dariku...
andai satu hari nanti kau mahu mengadu, mahu meminjam bahu dan telinga, akan ku berlari jauh dari mu...

ketika itu, usah dicari diri ini,
kerana aku amat jauh dari dirimu...

terima kasih kerana menunjukkan perangaimu yang sebenar... dan sesungguhnya... aku merasa satu kerugian tatkala aku membantumu satu ketika dulu...

Tiada ulasan: