Iklan Berbayar

Khamis, 18 September 2014

monolog diri di dinihari

sekadar monolog diri...

apakah yang aku lihat kini hanya sekadar cerminan emosi atau ianya satu realiti?

satu ketika tatkala aku sedikit berada...
aku menjadi tempat mengadu...
akulah menjadi bahu untukmu menumpang tangis hibamu...
aku menjadi telinga untuk mendengar cerita dan keluh kesahmu...
menjadi tisu untukmu keringkan lelehan air mata mu...

kini...

sekelip mata dirimu berubah...
apakah salahku hingga aku seakan hilang dari pandangan walaupun berselisih bahu?

mungkin ada salahku...
mungkin ada ketika aku tak membantu...
mungkin juga ada ayatku yang tak berkenan dihatimu...
atau sekadar,
sudah tiada apa yang bernilai pada diriku yang dapat memberi faedah kepada dirimu....
hanya kerana aku sudah tidak seperti dulu...
kau takut akan membawa 1001 masalah buat dirimu...

tak apalah...
mungkin ini masa ku...
putaran roda kehidupan aku sudah berada di bawah...
membuatmu memandangku dengan mata sebelah...

ingatlah...
roda kehidupan sentiasa berputar...
hari ini di atas... esok lusa hanya Allah yang tahu...

sesungguhnya aku kecewa...
aku sedih...
hati aku sering menangis...
mengapa begini kau lakukan...

ingatlah....
hanya satu pesanan dariku...
andai satu hari nanti kau mahu mengadu, mahu meminjam bahu dan telinga, akan ku berlari jauh dari mu...

ketika itu, usah dicari diri ini,
kerana aku amat jauh dari dirimu...

terima kasih kerana menunjukkan perangaimu yang sebenar... dan sesungguhnya... aku merasa satu kerugian tatkala aku membantumu satu ketika dulu...

Rabu, 10 September 2014

kisah uncle, jam tangan dan lelaki separa kacak

Kejadian hari nie di sebuah kedai jam...seorang lelaki separa kacak (LSK) berjalan masuk kekedai tersebut sambil memandang2 jam diver....

Uncle: bos mau Cari apa jam? LSK: bos itu diver model made in Jpn ada ka?
Uncle: Ini model sudah tatak keluar ooo....
LSK: Bos aaa apa pasai u juai jam tatak pakai jam?
( sambil jari menuding tangan beliau)
Uncle: I Ada pakai jam tapi u jgn tikijut pulak....u kenai ka ini jam.....

Sambil seluk poket beliau keluarkan Rolex justdate jubilee....

LSK; wau rolek uncle...mau juai ka?
Uncle; tarak mau oooo....I beli ini jam tahun 81....sampai sikarang tak pernah rosak....lain2 jam pagol rado sumua hilang....Ada juga masuk toilet....dulu masa I muda I minat jam sama Batu Permata (Sambil beliau menunjuk kearah jari LSK) ...sekarang suda buka kedai jam kecik2.

Dengan muka sayu beliau berkata; sampai mati pon INI jam saya takmau juai....kalau sudah mati anak angkat pegi juai apa boleh buat LSK

Yolo betui angkle.....

(dipetik dari status facebook)

Ahad, 7 September 2014

dalam kenangan, zorro, si gelandangan yang comel

zorro, nama yang aku berikan pada seelor anak kucing yang comel. anak kucing manja ni aku temui di tepuan sungai bandar kota tinggi.

dengan muka seakan memakai topeng, sicomel manja ni akqn menoleh apabila dipanggil namanya... dengan kaki depannya yang terhincut-hincut, dia akam mengiau fan berlari untuk mendekati kami. tak cukup dengan itu... dia akan terusenggeselkan kepalanya dikaki sambil mengiau...

puh... luruh jantung melihatkan keletah comel anak kucing yang dianggarkan berusia sebulan atau sebulan setengah ni...

tak tahulah... samada dibuang atau memangnya “budak gelandangan” yang ibu bapanya juga gelandangan.

jika sicomel ni memang dibuang sayu hati bila mengenangkan kenapa ada insan kejam yang sanggup membuang anak kecil comel ni...

tapi info terbaru... sicomel gelandangan ni hilang dari tempat biasa lepaknya iaitu di astaka budaya.

fuh... sekali hati aku sayu... sicomel yg pernah menghiburkan hati aku dan pengunjung sudah tiada... jauh di hati kecil.... semoga si comel gelandangan ni “di-cat-nap” oleh mereka yg penyayang... hanya itu sahaja doa yang dapat dopanjatkan agar sicomel gelandangan ni berada di sati tempat yang lebih sempurna....

Sabtu, 6 September 2014

road tour philately southern 2014

secara kebetulan...

terserempak dengan program road tour philately southern 2014. apa lagi, terus ronda-ronda. walaupun tak betapa banyak, 3 booth untuk pameran yang ringkas, dan satu booth jualan setem.

tiba-tiba rasa ingin tahu semakin membuak. mulalah sesi perbualan dengan yang jaga booth jualan. banyak juga pertanyaan yang diutarakan. sekadar menambah pengetahuan mengenai industri pos dan sejarahnya...

malas nak cerita panjang-panjang, jom layan gambar-gambar sekitar road tour philately southern 2014

Rabu, 3 September 2014

indahnya kota tinggi, nikmati keindahan matahari terbit dan terbenam di tebing sungainya

seronok kan kalau dapat nikmati keindahan matahari terbit dan terbenam di tempat yang sama?

baru saya perasan yang saya boleh nikmati keduanya di tebing sungai kota tinggi. tu pun gatal-gatal nak meronda dan kebetulan cuaca amat baik. alhamdulillah,Allah beri saya peluang untuk saya melihat dengan mata kepala saya sendiri... tak terucap dengan kata-kata. hanya ungkapan Syukur dan semestinya keindahan itu dirakamkan dengan lensa kamera “semakfon” yang tak seberapa.

keindahan ciptaan tuhan memang menakjubkan. seakan hilang kesan kedurjanaan manusia ke atas sungai yang mengalir lesu yang mencarik pemandangan.

sesungguhnya... kita amat kerdil...

word-less wednesday,my last selfie

my name is udang galah, this is my last selfie before heading to dinner table... not as guest but i am on the menu...

bon appetite!

Selasa, 2 September 2014

cara elakkan automatic update apps facebook

kita selalu bermain permainan di facebook... tapi tahukah anda ada permainan yang menggunakan aplikasi automatic update yang akan buat posting secara automatik ke wall facebook anda dan ianya adakala merimaskan.

apatah lagi jika bukan kita yang bermain permainan tersebut... sudah tentu mengundang pelbagai spekulasi.

ini tips dari seorang kawan sekolah. mungkin dapat memberi manfaat untuk kawan semua...

nak elak automatic sharing kat timeline, do this: in desktop facebook (gune laptop or PC ye, bukan facebook app kat phone), pegi settings (click arrow kebawah kat atas belah kanan, and then ade settings) kat column belah kiri ade tulis apps. click apps, nanti die akan display all apps yang gune facebook, termasuklah seme games. for each game yang nak disable automatic sharing to timeline, hover the cursor over each app, then akan ade icon pencil & X. click the pencil icon and under "App visibility and post audience", select "only me". buat untuk seme apps yang kite taknak share kat timeline. you can choose to delete the app from facebook tapi nanti takut game tak jalan plak.

bolehlah dicuba, semoga wall anda tidak memberi stress kepada anda dan teman-teman facebook anda