Iklan Berbayar

Jumaat, 11 Julai 2014

entry poyo entry ke 500, kekejaman israel, bulan puasa dan seronoknya jadi penjual barang collectible online

salam... ini entry saya yang ke 500, cukup lama saya membiarkan ruangan blog ni. memang tiada idea yang menyinggah untuk buatkan entry ke 500 ni. 

mesti ada yang cakap saya poyo. entry baru 500 nak buat entry special bagai. YA, memang saya poyo, ada apa masalah?.. 

hahahahah, tenang pembaca semua hanya satu gurauan agak kasar dari saya, tapi tak berniat apa-apa pun.hanya gatal untuk mencatat apa yang patut..

akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan dengan kekejaman israel ke atas rakyat palestin. timbul kesedaran, tatkala umat islam berpuasa, ada saudara kita diancam keselamatan dan nyawanya. tapi apakan daya, apabila israel yang kecil itu dilindungi dengan "syaitan besar" maka, satu jalan penyelesaian ibarat menarik rambut dalam tepung terpaksa dicari. 

kepada saudara ku di Palestin, doaku sentiasa untukmu. teruskan perjuanganmu wahai pejuang-pejuang, cabutlah ketakutan dari dalam dirimu, tentanglah mereka sedaya-upayamu. darahmu adalah mahar untuk bidadari syurga yang sedang menantimu.

ALLAHUAKBAR!!!!!!

bulan puasa tahun ini aku berada di bumi johor. satu ketika dulu pernah aku bertapak di bumi selatan semenanjung ni. banyak kenangan pahit manis masam kelat diharungi ketika itu.

ramai yang bertanya, apa istimewanya johor?

walaupun aku anak selangor, aku masih mengagumi johor... dari segi apa.. MAKANAN... ya, johor amat sinonim dengan makanan. sejak akhir-akhir ni, sy dapat lihat, makanan dari utara mula menapak di negeri selatan ni... tiba2 terfikir, adakah johor akan menjadi lebih hebat dari kuala lumpur dari segi kepelbagaian makanan? kalau ya, itu sudah bagus!

bulan puasa tahun ini juga sebenarnya byk mengajar aku. dulu aku memang bercita-cita hendak menjadi seorang "online businessman". lama aku pendam. akan tetapi, aku masih terkial-kial hendak menentukan produk apa yang hendak dipasarkan.

hinggalah satu hari, sy teringat dengan seorang dealer barangan antik, sy berjumpa dengannya, dan menyatakan hasrat untuk menjadi agen. dengan sedikit pengetahuan dan tunjuk ajar dari pakcik tu, sy  mula menjual. group-group facebook aku terjah. alhamdulillah, sedikit demi sedikit pesanan mula menerjah kotak mesej.. walaupun harga "full blown market price" dan ada kalanya "premium price" ditambah dengan persaingan "pickers/runner price", alhamdulillah ada sedikit rezeki untuk saya...

tips menjual di facebook:
 baca pin pos atau minta pada admin rules and regulation group. walaupun group tersebut adalah group iklan, hormatilah kehendak admin group. jangan main langgar je. orang tak suka dengan pengiklan yang biadap.

eh, jangan lupa klik link ni :http://i-am-not-a-collector.blogspot.com ... mana tau ada barang-barang menarik untuk menjadi hiasan rumah di hari raya ni...

'poyo'ness yang kedua dari sy.. mcm dah menjual lama kat facebook kan... 

baiklah, saya rasa dah berbuih2 dah menaip ni... (betul ke?) jumpa next time... adios amigos!

Tiada ulasan: