Iklan Berbayar
Khamis, 31 Julai 2014
bazaar ramadhan kota tinggi 2014
bazaar ramadhan kota tinggi 2014, jika datang masa cuti dan diwaktu tengahari, kurang sesak berbanding waktu malam. kalau waktu malam, suasana dan kemeriahannya amat berbeza sekali. sesak!...
kadang-kadang warga singapura pun ada yang shopping kat sini time nak raya. patutlah harga tapak RM3000 (paling murah) pun diorang sanggup ambik... puhhh kalau time 2 3 hari nak raya, boleh berpeluh ketiak woo...
Selasa, 29 Julai 2014
ini baru roti john sebenar!
roti john, ramai dah sedia maklum, tetapi apakah roti john yang dibeli tu roti john sebenar? kebanyakannya roti john yg biasa kita jimpa hanyalah roti dengan telur dan sayur, tetapi roti john ni penuh dengan sos daging melimpah mewah... sedapnya tak terhingga.saya jumpa hanya di johor..
tapi malang, video ni dirakam ketika berada di bazaar ramadhan di kip mart kota tinggi... lepas raya ni memang takde lagi dah... TETAPI, boleh cuba cari di pasar2 malam sekitar johor, perhatikan roti john mereka... kalau begini dia buat... boleh CUBA beli dan nilaikan sendiri...
p/s: selera kita berbeza, mungkin sedap utk kita, tapi bukan untuk org lain
p/s: selera kita berbeza, mungkin sedap utk kita, tapi bukan untuk org lain
Sabtu, 26 Julai 2014
muhasabah subuh akhir ramadhan
ramadhan...
hadirmu membawa 1000 rahmat,
pergimu membawa 1000 perasaan,
ketemukah aku denganmu tahun hadapan?
Ramadhan,
kau lah guru,
kaulah sekolahku
kaulah universitiku,
terima kasih atas didikan mu,
sesungguhnya aku mahu menjadi lebih baik
Ramadhan
ketika ini, aku masih muhasabah diri,
ketika ini aku masih mencari,
ke mana hala kehidupan fana ini,
walaupun aku tahu destinasi akhir ku,
tapi ranjau kehidupan bagaimanakah yang ingin ku lalu?
Ramadhan,
subuh hening 29 ramadhan,
dingin udaramu kuhirup nyaman,
walau hati penuh persoalan,
walau fikiran penuh keserabutan,
kepada Allah doa ku titipkan,
agar ranjau yang ku lalui dipermudahkan,
aku tahu, aku mampu menghadapi ujian-Nya,
kerana Dia takkan membebankan hamba-Nya,
kerana aku tahu, setiap ujian-Nya,
adalah kerana Dia "rindu",
adalah kerana Dia mahu,
aku membasahkan lidah ku, dengan zikir, doa dan permintaan
aku merendahkan diri ku, dengan solat dan amalan
kepada-Nya.
Ya Allah, ramadhanMu akan aku rindu,
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidupku sebelum mengadapMu
Ya Allah, cekalkanlah diriku menjaga amalku kepadaMu
Ya Allah, pimpinlah aku memperbaiki amalku kepadaMu
Ya Allah, perkenanlah doa-doa ku, aku bermohon kepadaMu
aku sedar, aku pernah angkuh dalam diriku,
aku sedar, aku pernah leka dalam kehidupanku,
aku sedar, aku pernah lalai dalam ibadahku,
aku sedar, aku pernah lupa akan diriku,
tetapi aku bersyukur, segala apa yang berlaku,
tersembunyi hikmah untuk aku pelajari,
terkandung pelajaran yang tak aku sedari.
selamat tinggal RAMADHAN, semoga aku kan bertemu mu di tahun hadapan
29 Ramadhan
27/7/2014

Sabtu, 19 Julai 2014
perniagaan online, barang antik dan collectible
perniagaan online...
buat pertama kalinya aku memberanikan diri untuk terjun ke arena ini. masih hijau dan masih mentah.. belum pun sampai sebulan...
hasilnya..alhamdulillah... tak mengecewakan untuk seorang newbie macam aku ni...
syukur... rezeki ramadhan.
insyaAllah servis yg terbaik akan diberikan...
kepada yang berminat dengan barangan klasik, antik dan barangan collectible... bolehlah ke blog sy yg satu lagi...
http:// i-am-not-a-collector.blogspot.c om
mana tahu ada barang yang korang suka... boleh order...
buat pertama kalinya aku memberanikan diri untuk terjun ke arena ini. masih hijau dan masih mentah.. belum pun sampai sebulan...
hasilnya..alhamdulillah... tak mengecewakan untuk seorang newbie macam aku ni...
syukur... rezeki ramadhan.
insyaAllah servis yg terbaik akan diberikan...
kepada yang berminat dengan barangan klasik, antik dan barangan collectible... bolehlah ke blog sy yg satu lagi...
http://
mana tahu ada barang yang korang suka... boleh order...
Jumaat, 11 Julai 2014
entry poyo entry ke 500, kekejaman israel, bulan puasa dan seronoknya jadi penjual barang collectible online
salam... ini entry saya yang ke 500, cukup lama saya membiarkan ruangan blog ni. memang tiada idea yang menyinggah untuk buatkan entry ke 500 ni.
mesti ada yang cakap saya poyo. entry baru 500 nak buat entry special bagai. YA, memang saya poyo, ada apa masalah?..
hahahahah, tenang pembaca semua hanya satu gurauan agak kasar dari saya, tapi tak berniat apa-apa pun.hanya gatal untuk mencatat apa yang patut..
akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan dengan kekejaman israel ke atas rakyat palestin. timbul kesedaran, tatkala umat islam berpuasa, ada saudara kita diancam keselamatan dan nyawanya. tapi apakan daya, apabila israel yang kecil itu dilindungi dengan "syaitan besar" maka, satu jalan penyelesaian ibarat menarik rambut dalam tepung terpaksa dicari.
kepada saudara ku di Palestin, doaku sentiasa untukmu. teruskan perjuanganmu wahai pejuang-pejuang, cabutlah ketakutan dari dalam dirimu, tentanglah mereka sedaya-upayamu. darahmu adalah mahar untuk bidadari syurga yang sedang menantimu.
ALLAHUAKBAR!!!!!!
bulan puasa tahun ini aku berada di bumi johor. satu ketika dulu pernah aku bertapak di bumi selatan semenanjung ni. banyak kenangan pahit manis masam kelat diharungi ketika itu.
ramai yang bertanya, apa istimewanya johor?
walaupun aku anak selangor, aku masih mengagumi johor... dari segi apa.. MAKANAN... ya, johor amat sinonim dengan makanan. sejak akhir-akhir ni, sy dapat lihat, makanan dari utara mula menapak di negeri selatan ni... tiba2 terfikir, adakah johor akan menjadi lebih hebat dari kuala lumpur dari segi kepelbagaian makanan? kalau ya, itu sudah bagus!
bulan puasa tahun ini juga sebenarnya byk mengajar aku. dulu aku memang bercita-cita hendak menjadi seorang "online businessman". lama aku pendam. akan tetapi, aku masih terkial-kial hendak menentukan produk apa yang hendak dipasarkan.
hinggalah satu hari, sy teringat dengan seorang dealer barangan antik, sy berjumpa dengannya, dan menyatakan hasrat untuk menjadi agen. dengan sedikit pengetahuan dan tunjuk ajar dari pakcik tu, sy mula menjual. group-group facebook aku terjah. alhamdulillah, sedikit demi sedikit pesanan mula menerjah kotak mesej.. walaupun harga "full blown market price" dan ada kalanya "premium price" ditambah dengan persaingan "pickers/runner price", alhamdulillah ada sedikit rezeki untuk saya...
tips menjual di facebook:
baca pin pos atau minta pada admin rules and regulation group. walaupun group tersebut adalah group iklan, hormatilah kehendak admin group. jangan main langgar je. orang tak suka dengan pengiklan yang biadap.
eh, jangan lupa klik link ni :http://i-am-not-a-collector.blogspot.com ... mana tau ada barang-barang menarik untuk menjadi hiasan rumah di hari raya ni...
'poyo'ness yang kedua dari sy.. mcm dah menjual lama kat facebook kan...
baiklah, saya rasa dah berbuih2 dah menaip ni... (betul ke?) jumpa next time... adios amigos!
Langgan:
Catatan (Atom)