Iklan Berbayar
Jumaat, 27 September 2013
Jumaat, 20 September 2013
Simpati dengan mangsa Sindiket Penipuan Dato Seri
kesian dengan mangsa.. bukan sikit, berjuta tu..... klik gambar bawah untuk cerita
jadi, sebelum terasa nak melabur, kaji dan tanya dengan orang lain dulu... kalau agak-agak pulangan pelaburan tu lumayan dam masa yang singkat, ada baiknya rujuk kepada ramai orang sebelum buat keputusan
Khamis, 19 September 2013
world's no car day, jom naik kenderaan awam
save the date:22 September 2013 setiap tahun
langkah yang diambil PRASARANA ni memang tepat pada masanya. tatkala dunia semakin semput dengan asap kenderaan yang menyesakkan, tak salah sehari kita tinggalkan kenderaan bermotor kita "berehat".
lebih-lebih lagi ketika harga minyak dah naik... sesekali layan mesti best kan... lebih-lebih lagi yang dah terlalu jarang dan dah terlalu lama tak "menikmati" perjalanan menggunakan perkhidmatan rel yang disediakan prasarana....
bila lagi nak "merasai" kesusahan mereka-mereka yang bersesak dalam perjalanan pergi dan balik ketika dalam perjalanan mencari sesuap nasi...
info lanjut... baca kat sini.... Klik tajuk untuk press release dari prasarana
RapidKL Calls on City Commuters to Support World Car-Free Day
On a day that some cities adopt more aggressive measures like closure of public roads and organising of cyclethons, Malaysians can still show their support to the environmental campaign by simply using public transport this Sunday.
“In creating awareness amongst members of the public, RapidKL will be embarking on various campaigns at its stations in support of World Car-Free Day this Sunday,” Prasarana Group Managing Director Dato’ Shahril Mokhtar said in a statement here today. (click title for complete news)
Sabtu, 14 September 2013
apabila orang dewasa menyertai pertandingan mewarna
Jumaat, 13 September 2013
pencuri wifi, denda RM500 Ribu Dan Penjara 5 Tahun Menanti anda
SKMM menyatakan bahawa jika anda mencuri atau menggunakan wifi orang lain tanpa kebenaran, anda boleh di denda RM500 Ribu atau dipenjara 5 tahun.
samada anda penjual peralatan atau yang menggunakannya, anda boleh didakwa di bawah akta komunikasi dan multimedia 1988.
ini berita gembira kepada mereka-mereka yang selama ni sakit hati dengan line internet korang menjadi perlahan tiba-tiba akibat aktiviti mencuri wifi ni.
dan yang selalu dok "meminjam tanpa kebenaran" eloklah hentikan sebelum anggota SKMM mengetuk rumah anda....
sumber: mixfm 830am, sinar fm 9am, business fm 11am.
akan update kalau dapat clip video berita...
Blob Fish, World Ugliest Fish
Ahad, 8 September 2013
aku dan kau,dua dunia berbeza
kau memandu kereta, aku menaiki kenderaan awam untuk ke mana mana...
di jalan raya, kita nampak sama... jalan yang sama, kesesakan yang sama... tetapi sebenarnya kita di dua dunia berbeza...
tatkala sangkut dalam kesesakan... kau hadapi dengan keselesaan...tapi aku hadapinya dgn kesesakan yg menyesakkan...
tatkala kau menghadapi kesegaran penyegar udara penuh haruman... aku sedang menahan pancaindera dari bermacam2 bauan dari badan.
tatkala kau menghadapinya dengan lagu2 kegemaran... aku hadapinya dengan hingar bingar percakapan diselangi lagu2 yang tak pernah aku faham butir perkataan..
tapi kenapa... hari hari mu penuh rungutan? hari hari mu penuh sungutan?kesesakan sering dijadikan alasan....
ketahuilah... tatkala aku memberi salam dihadapan pintu rumahku... aku mampu melukis segaris senyuman tetapi kau... tiba di rumah dengan keserabutan...
Rabu, 4 September 2013
apabila si pemakai kasut berasa kasihan dengan si pemakai selipar jepun
"jangan memandang kesusahan orang yang memakai selipar jika anda masih memakai kasut... jangan rasa simpati kepada mereka yang memakai selipar jepun jika anda sentiasa memakai kasut dan tak pernah sentiasa memakai selipar jepun.... sesungguhnya mereka yang memakai selipar jepun amat jarang merungut walaupun kulit kakinya tercalar tetapi mereka yang memakai kasut akan merungut walaupun yang tercalar hanyalah permukaan kulit kasutnya"....
renung2kanlah..
dalam realiti, orang susah jarang kita lihat mengeluh dengan kesusahannya. mereka akan teruskan hidup walau sesusah manapun kehidupan mereka... mereka akan cari jalan untuk menempuhi kesusahan mereka itu dan cuba mencari jalan untuk memperbaiki kehidupan..
dan mereka yang mengeluh?
tak perlulah disebutkan kerana mereka ini begitu sensitif...
selalunya mereka dengan memberi contoh pada mereka yang miskin dan susah...
timbul persoalan, adakah mereka cuba menyembunyikan keluhan hati mereka dengan menimbulkan rasa simpati di hati orang lain...
kenapa tidak mereka membantu?
atau
rasa simpati mereka hanya untuk menyatakan "simpatilah kepada diriku... kos gaya hidup dah naik dan aku rasa sedikit miskin dari dahulu"?
aku pernah menjadi si pemakai selipar jepun, aku pernah rasa jerih peritnya sebagai si pemakai selipar jepun.... dan... tidak pula aku sebarkan dan bercerita tentang apa yang aku rasa kepada orang lain.... tidak sama sekali....
kalau ada aku ceritakan pun...
adakah dengan cerita sedemikian akan beraturlah tangan-tangan mereka menghulurkan bantuan?
TIDAK, malah aku mungkin dituduh menipu, membohong, dan lain-lain lagi....
tiba-tiba, kenapa mereka berkata tentang simpati mereka dengan mereka yang susah?
kenapa ya....? ikhlas kah atau hanya kiasan...?
teringat kata-kata seorang sahabat rapat yang sedih dengan situasi sekarang... "
orang susah adalah "survivor" dan mereka boleh menempuh apa sahaja cabaran kesusahan dengan hanya sedikit keluhan dan banyak menadah kesyukuran".....
aku hanya mampu bersyukur, sekurang-kurangnya apa yang berlaku tidak terlalu memberi kesan, dan dengan apa yang terjadi, aku akan cuba sebaiknya menyediakan payung untuk musim hujan yang mendatang...
persoalannya... adakah mereka yang berkata-kata tu pernah jadi si pemakai selipar atau tidak? atau mereka yang terlupa .....
Isnin, 2 September 2013
harga RON95 naik harga, ramai yang naik minyak, chill, jom baca apa luahan isi hati nettizen di facebook
sebelum tu...jom baca apa yang sempat aku rembat updet-updet dari facebook pasal minyak naik ni...
1.Tu la angpa dok sebuk dari dulu dok kata nnti minyak naik lah tu... naik naik naik.. tak naik pun angpa dok kecoh naik naik naik.. kan dah ulang pat blas ratus kali...dah jadi doa la tuh. Allah dengar tu ulang banyak kali. karang dah naik Allah makbulkan doa hangpaa! Aminnn.. sapa nak jawab? rokok nsik, berkepui2 gak sehari bako rm10 hengget kot. rilex jer kan haiisshhh.. cukup setahun, lepas gak lv sebijik. *jeling kat laki
2.Minyak naik bersebab, think positif walaupun perit nak terima.. Jangan bodohkan pemimpin tetapi bodohkan lah diri sendiri sebab apa tak belajar pandai sampai boleh jadi menteri..
Yang mana pro-pembangkang nak kata aku lalang, aku x kisah.. Sebab pikirlah baik², jika ketua pembangkang kita jd perdana menteri sekalipun, mampukah beliau kekalkan harga minyak ini hingga hari kiamat?
bagus juga kecoh pasal harga minyak naik, org dh lupa pasal Man Utd kalah semalam.. ada hikmah! kahkahkah.. Kbye..
3.Waawwawawa... Shell KD penuh mcm ada free flow utk Ron95.. Hahahaha... X sanggup nak Q kang terlepas perkara wajib semata2 nk penuhkan minyak.. Jap lagi akan ku pergi ke Shell itu semula utk melakukan pengisian penuh dan menikmati hari terakhir Ron95 dgn harga RM 1.90 per liter.. Esok dah mula dgn harga baru walaupun gajiku gaji lama.. Moh le kita!
~Maghrib dulu
4. Salam 20sen.. Jom maghrib
5.Kat news feed penuh psl minyak naik harga effective 3rd sept 2013, ada sesetgh kata rumors.. PM da teruk kena maki... Hai nowadays.. Sume benda naik... Darah pun naik je...
Darah sy pun naik.. Tp terhenti setakat itu sahaja.. Istighfar..
6.Harga ayam naik.....boikot ayam..mkn la ikan ke bnda lain ke...
Harga petrol naik....ape bnda nak boikot?crita lebat pn xguna....kne bli gak...
banyak lagi sebenarnya... malas nak kopipes banyak-banyak...penuh lak entry kali ni... apepun...
buat yang hari2 update pasal agama, yang ni dalam bab sabar... takkan ni pun takleh nak sabar.... yang hari2 update pasal ujian, takkan takleh berlapang dada menghadapi ujian kenaikan harga minyak? hilang dah sebahagian iman di dada tu?
p/s: pemborong dan supplier bahan mentah jangan ngengada nak jadikan minyak naik sebagai alasan naikkan harga barang.... report karang... korang kata tabur pasir dalam periuk nasi korang....