Inilah gunung pertama yg aku daki... pengalaman pertama panjat gunung. Sedikit info, Gunung ini terletak di Felda kahang timur, Kluang. Gambar ini diambil semasa dlm perjalanan.
Pintu masuk ke kawasan hutan lipur gunung Belumut. ===>
Pendakian gunung ini cukup mencabar mental terutama apabila terpaksa menempuhi trek yg sentiasa turun dan naik. Ada beberapa buah bukit yang terpaksa ditempuhi sebelum anda tiba ke kawasan yg mana sudut pendakian menghampiri 70 darjah. ibarat memanjat dinding...
<--salah satu trek pendakian, sekali tgk... macam bukit belakang rumah pakcik jiran aku je...dlm gamba nie lah...tp...sekali pegi...baru tau trek tuh camna...
salah satu pemandangan kat puncak, indahnya ciptaan tuhan. Batu yg tercacak nie, adalah satu-satunya penanda puncak. Sebelum sampai ke puncak, anda akan tiba di satu kawasan yang gondol (bukit botak/false summit). Jadi ambil laluan sebelah kiri dan anda akan terus ke puncak sebenar dlm 15 ke 20 minit
Satu lagi pemandangan indah di puncak gunung ini, apatah lagi perjalanan kepuncak begitu mencabar, satu kepuasan dapat menjejakkan kaki ke puncak gunung ini. Walaupun ada satu dua lokasi yg tak dapat di letakkan seperti batu gigi (crown stone) dan beberapa lagi lokasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan