Iklan Berbayar

Selasa, 30 Jun 2015

classmate dubsmash crazy behind the scene pt.2

part 2, let see how my classmate making dubsmash


dubsmash crazy in the making pt 1

my classmate going crazyyyy.... dubsmash time!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



minyak naik, ramai mula naik minyak

harga baru minyak mulai bulan julai

2015July petrol prices per litre: 
RON95 petrol up 10 sen to RM2.15
RON97 up 20 sen to RM2.55.
Diesel price unchanged at RM2.05.


Ahad, 28 Jun 2015

pedaftaran ke kolej komuniti kota tinggi masih dibuka sehingga 7 julai 2015credit

INFORMASI: pengambilan pelajar ke sesi Julai 2015 masih dibuka sehingga 7 julai 2015. jika anda/kenalan anda/anak kenalan anda/saudara mara anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pelancongan, ini peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan di Kolej Komuniti Kota Tinggi.

jika ada sebarang pertanyaan, boleh sms/whatsapp ke nombor 016 7433471 dan saya sedia membantu anda...

"kenapa anda perlu membayar untuk melancong sedangkan ramai yang sedia membayar anda utk melancong"

credit: Kolej Komuniti Kota Tinggi FB Page

Sabtu, 27 Jun 2015

meriahnya bazaar sempena ramadhan di kota tinggi

seperti lazimnya, bazaar ramadhan  di kota tinggi ddibahagikan kepada 2 bahagian, bazaar basah (juadah dan kuih muih) di tempat letak kereta kip mart, dan bazaar kering (pakaian dan kerepek) di kawasan jalan niaga. dan seperti tahun-tahun lepas, kedua-dua bazaar ini tetap meriah dgn kunjungan mereka yang mahu membeli belah. ada kalanya pengunjung dari singapura dan keluang juga datang berkunjung ke bazaar ini. memang meriah.... tengok sajalah gambar di bawah ni..


memang meriah... dan kemeriahan ini akan berterusan sehingga malam Aidilfitri. pelbagai barangan di jual dan tersedia terutamanya baju melayu dan baju kurung... sempat juga saya berkunjung ke bazaar ini memandangkan bazaar ini terletak di belakang bilik sewa... buka sehingga lewat dan semakin lewat menjelang minggu-minggu terakhir ramadhan..

apa lagi, jika ada bajet lebih untuk raya dan tak sempat menempah baju raya juga hiasan raya, datanglah ke sini... kawasan kedai baru jalan niaga yang terletak dibelakang bangunan yang terdapat hotel bin khalid dan restoren yummy riverside.... selamat membeli belah!

oh ya, entry akan datang kita tgk pula kemeriahan bazaar ramadan untuk juadah di parking kip mart pula....

Jumaat, 26 Jun 2015

kota tinggi: seronoknya berbuka ditepian sungai

kita biasa disajikan dengan berita berbuka di dataran atau di padang-padang awam di bandar-bandar. seronok bukan berbuka beramai-ramai. Akan tetapi keunikan Kota Tinggi mempunyai keunikan tersendiri, penduduk di sini berbuka di tepian sungai seperti berkelah. dengan adanya sungai yg berada di tengah-tengah bandar, semestinya seronok berbuka bersama keluarga.

terasa kemeriahan bila berbuka di sini. dengan keindahan lanskap yang berjaga, pasti seronok. saya juga mahu merasainya satu hari nanti. Ajak rakan-rakan untuk berbuka puasa atau mungkin sambil ber-bbq. memang peluang yang tak mungkin akan dilepaskan....

Khamis, 25 Jun 2015

drones vs pigeon?

lama tak pos video, hari ni  dapat upload kat youtube... enjoy the video ok....


Rabu, 24 Jun 2015

syukur alhamdulillah... manisnya kejayaan, result dah keluar!

syukur, tiada apa yang dapat aku katakan ketika ini. walaupun ada yg lebih baik keputusannya dari aku, tapi keputuan inilah yg terbaik untuk aku setakat ini...

walaupun ianya hanyalah keputusan semester satu pengajian peringkat sijil, syukur ke hadrat ilahi...


dan... paling penting....

semester ke 2 dan berikutnya.... azam kuat untuk aku teruskan "kemanisan" ini tertanam kukuh disanubari!

-DOAKAN-


Jumaat, 5 Jun 2015

semester satu dah nak abis, cepat masa berlalu

assalamualaikum, dah lama tak menari jari ni... (ceh, alasan, biasa dok menari kat wassap, insta, fb bagai) sampai bersawang blog ni...

alhamdulillah, final exam untuk semester satu dah mula menjengah. beginilah hidup sebagai seorang student, tak berani nak kata hidup sebagai seorang blogger, pasal, jarang jengah blog sendiri...

syukur juga, carrymark dah mula keluar, sasaran nampaknya tak jauh tersasar. Tak sia-sia lah usaha selama beberapa bulan ni. walaupun dah lama tak bergelar pelajar...

mungkin ada yang tatau atau terlepas pandang, ya, sy ni dah jadi pelajar balik, usia dah camni baru naj sambung belajar peringkat sijil. cari batu loncatan yang rendah sikit....

lagipun minat dalam bidang pelancongan dah semakin berkembang... maka eloklah mendalami selok belok pelancongan ni kan...

dan satu lagi, mohon maaf tak update apa-apa aktiviti sepanjang pengajian... entahlah, makin malas pun ya, makin tepu pun ya... nak ketuk keyboard tulis blog manjang takde idea.... doa-doakanlah jari dan otak ni dapat bekerjasama....

kali ni takde gambar... malas nak upload... doakan kejayaan saya...