Iklan Berbayar

Sabtu, 31 Ogos 2013

Selasa, 27 Ogos 2013

mimpi ngeri untuk perokok, bagus idea ni

patut dicetak disetiap batang rokok yang dijual di Malaysia...



Tapikan... perasan atau tidak, habis je isap rokok, gambar keranda pun hilang sama.. cadangan, gambar keranda tu dicetak di bahagian puntung... jadi... akan mengingatkan perokok yang habis je hisap rokok... dia menghampiri kematian... hehehhe kan horror bunyinya kan....

dan... paling nyata...

sekali puntung dijentik... peringatan tu terus dilupakan... betul tak rakan-rakan blogger sekalian.....

hahah...

p/s: menulis melalui pengalaman...

Isnin, 26 Ogos 2013

karaoke suka suki di rumah terbuka kuatagh,

 Updet dari entry semalam, ingatkan nak letak gambar... tapi malas nak upload satu-tu... kita lyn je video... jgn ditanya kenapa kualiti camni... biasalah...kualiti video hp




karaoke suka-suka di waktu hujan sesambil  makan....

gendang gendut tali kecapi... kenyang perut, karaoke la ape lagi!!

ops...gendut2 sensitip... hahaha


if you thinking of "banging" me, let me "bang" your head first!

what is your dream proposal?

being romantic while being proposed is a dream of all.  a moment of a lifetime some say....


disastrous proposal ever... its so not cool lah... 

just a reminder to over "romantic" thinking guy who wanna make "his own moment of lifetime"

"Bang" her, but not to get "bang" by her

scary!

;)

Ahad, 25 Ogos 2013

sahabat pena bertemu selepas 7 dekad

sahabat pena... zaman sekarang mungkin perkataan ini dah pupus diganti dengan sahabat cyber. dengan kehadiran laman2 sosial dan juga program2 messenger seperti skype, wechat dan byk lagi, kosa kata ini semakin jauh dari kotak pemikiran dan pertuturan kita.


kali terakhir aku mendengar perkataan ini pun ketika aku masih belajar di sekolah rendah yang mana perhubungan jarak jauh hanya melalui surat. dari situlah bermulanya perkataan “sahabat” pena atau penpal td... dan mana nak jumpa sahabat2 pena ni... dah tentu dalam ruangan sahabat di media2 cetak.
aku percaya, ramai yang berjaya mengumpul rakan bukan sahaja dari seluruh negara malah ada yang berjaya berkawan dengan seseorang yang berada separuh perjalanan glob ni.
tapi, bolehkah seseorang itu berhubung dengan hanya melalui surat selama 7 dekad dan hanya selepas 7 dekad baru mereka bertemu?
tonton video ini..

raya gath kuatagh

meriah... makanan melimpah ruah...orang pun ramai...  paling laris... kambing golek...  3 ekor selesai sepantas kilat...

makan free...batch pelajar sponsor... apa lagi... bon apetite!!!!

burp

Jumaat, 16 Ogos 2013

bank in cek luar negara

hari ni...curi2 masa nak bank in cek google adsense... almaklumlah... pertama kali dapat cek ni.... jadi, masa ni lah nak timba pengalaman berurusan dengan cek luar negara..

singgah kat cimb... tanya kat customer service dia... alamak... kena gi home branch... ini bermakna... perjalanan balik kampung lah... kos lagi...

tapi sebelum tu... ada baiknya google dan tanyakan soalan kat kengkawan kat fb dulu... well...apa guna kawan dan google kan....

mulakan pencarian kat google... ramai yang kongsi pengalaman, taip je “bank in foreign check in malaysia”, tak kurang sepuluh web.. jadi... kita selongkar dulu....

hasilnya... agak memberangsangkan... lain bank lain caj dia... wah.. mahal jugak ye caj2 dia... nak tau lebih lanjut, kena masuk website setiap bank dan tgk jadual caj berkaitan.

langkah seterusnya,pilihlah bank yang menawarkan caj paling murah, tak gitu?

phew... pengalaman berharga betul... dan cek balik kat google adsense... owh... ada option untuk western union money transfer.. next time mmg guna western union pulak lah... senang cerita... caj pun murah...

Selasa, 13 Ogos 2013

duit raya dari google

alhamdulillah..merasa jugak hasil adsense dari google... terima kasih kepada pengunjung2 blog yang sudi menonton clip2 yang pernah aku poskan kat blog ni...  terima kasih dan terima kasih...
jemput sama2 follow blog dan saluran youtube (carian: bob matcha/taugeh1978)share beramai2 clip2 yang ada....
terima kasih dan selamat hari raya....

Jumaat, 9 Ogos 2013

kampung sijangkang semakin menjadi pilihan untuk lokasi drama dan filem melayu

selamat hari raya untuk semua reader... percubaan untuk mengupdate blog gunakan semak-fon... hehe... mmg terkial2... haha..

tak sangka... kampung yg dulunya hanya mula dikenali dgn kehadiran industri pembuatan kapal oleh ngv tech yang mana selalu pm dtg... kini mula jadi tumpuan pembikin drama... baik dari tv siaran percuma hinggalah tv siaran berbayar... wah...ini satu perkembangan yg boleh dikatakan positif...

yg terbaru... setia di hujung nyawa raya... scene tepi sungai tu... mmg cam.... area jeti nelayan...

apakah akan satu hari nnt kampung sijangkang akan terus jadi tumpuan penerbit drama dan filem?harap2 trend ini berterusan....mcm kg yg kat hulu selangor tu..

Jumaat, 2 Ogos 2013

Apabila Sultan Johor Pandu Keretapi

Jika dahulu Baginda selalu turun padang dengan menaiki motorsikal berkuasa tinggi dan singgah diseluruh pelusuk negeri, kini baginda turun padang dengan kelainan sendiri...

 memandu sendiri keretapi ke segamat...


Ianya  juga menjadi satu tarikan.Apa yang pasti,  sememangnya baginda memiliki lesen untuk memandu lokomotif tersebut...

Hats Off...

kelakar apa yang tak patut dilakukan di dalam masjid!


dalam gelak ambil pengajaran....

Sistem Kurangkan Jenayah Kecurian Telefon Bimbit Diperkenal Sebelum Akhir Tahun Ini











KUALA LUMPUR: Telefon bimbit curi tidak boleh digunakan dalam tempoh tiga jam selepas pemiliknya membuat laporan mengenai kehilangan peranti tersebut.
Malah tindakan menukar kad SIM juga tidak akan mengakifkan telefon bimbit tersebut.
Sistem tersebut yang akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini adalah sebahagian daripada insiatif kerajaan untuk mengurangkan jenayah kecurian telefon bimbit.
Sumber industri telekomunikasi berkata, pengawal selia industri tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi pada April lalu supaya mematuhi syarat-syarat di bawah inisiatif baru itu.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata sistem tersebut akan mengurangkan jenayah jalanan dan kecurian telefon bimbit memandangkan telefon pintar yang dicuri boleh dijual separuh daripada harga asal di pasaran gelap.
"Ya, kami sedang berusaha. Banyak negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Britain sudah melaksanakan sistem ini. Kami mendapat sokongan pengguna," katanya.
Beliau berkata SKMM sedang menyelesaikan beberapa isu teknikal dengan pengendali rangkaian sebelum perkhidmatan itu dilancarkan.
Menurut, Mohamed Sharil syarikat telekomunikasi tidak akan mengenakan caj kepada pelanggan-pelanggan mereka untuk perkhidmatan baharu itu.
baca lagi di sini