Iklan Berbayar

Selasa, 12 April 2011

restoren ikan patin RM13 000

semalam.... riuh rendah dunia siber dan kedai kopi serta kedai mamak..... alkisah orang makan ikan patin berharga RM13 ribu, mahal tu...lagi-lagi kalau yang makan tu 50 orang.... dikisah dari orang yang makan dan dikatakan membayar harga makanan tersebut....


wow...lebih mahal dari emas!

ribut bertiup punyalah kencang....sampai ada yang bagi cadangan macam usop wilcha....

kite bako!!!.... kita bako!!!.... punye tebako hati dema semue...ate, mahai sangat......

hari ni, orang yang beno membayornye kate....eh... terloghat perak lak, diorang bukan makan 50 orang, tapi 350 orang.... siap dengan ikan mahal lain, udang galah, sayur kampung.... aku pulak meleleh.... tapi lepas "kalkulet" baru RM37 hengget lebih sorang!.... terus air liur berjurai macam waterfall.... fuh..... oklah tu.... murah......

tapi yang jadi persoalannya sapa la yang nak jadi hero gi repot kat reporter tu ye.... kesian pulak kat tuan punya kedai makan.....  jadi sesapa yang nak bako membako tu....simpan balik la peralatan korang tu....  kena humban kat sungai pahang tak ke susah.... lebar woooo....tak cukup tangan nak berenang.....

yang nak jadi hero gi komplen sana sini tu....lain kali fikir 2 3 kali dulu ye.... bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, silap2 gigi berterabur.....hahah

tuan punya kedai, lepas ni InsyaAllah rezeki bertambah murah.... ambil menda ni jadi positif, kedai tu seantero malaysia akan cari... macam dalam entri sebelum ni, sifat ingin tahu rakyat malaysia ni agak hebat.... mesti jadi macam acara memburu harta karun.....

maka hari ni terungkailah semua kisah misteri kedai ikan patin RM13 000 tuh....

p/s: untuk tuan punya kedai, register trademark ni, mesti kaw-kaw punya popular mengalahkan artis yang menang anugerah "artis paling popular" tu.... cadangan nama kedai.... "RESTOREN PATIN RM13 000"

lawak menu ikan patin, apa... RM13 000??

semalam aku dengar member aku cerita, dia dengar kat radio, pasal orang makan ikan patin kat temerloh.... kecur air liur aku, lagi-lagi ikan patin masak tempoyak.... dah la mahal.... kalau nak makan hari-hari memang tak mampu....

ironinya, aku kurang selera sikit makan ikan air tawar ni, tapi kalau terubuk masin goreng garing atau masak lemak, patin tempoyak atau baung tempoyak tu aku selera lah....

tapi tu berita semalam dan hari ni meriah di dada akhbar, "makan 50 orang, harga RM13 000"...  APA? RM 13 000? perkhhhh boleh buat kenduri kawen. order katering nasik beriani untuk 800 orang tu weh.... terus tertelan air lur aku yang nak meleleh......

timbul macam-macam pendapat.... "peniaga tu tipu" kata sorang yang aku tak kenali...

"orang islam ke tak tu, menipu pun agak-agak la" aku dengar rungutan lagi..... dan bersambung-sambung lah rungutan tu....

"kes terpencil" pendapat dari beberapa forum, blog dan kenyatan akhbar....

---------------------------------------------------------------------------------------------------

dulu, korang ingat tak kes kari kepala ikan harga RM50? sampai kecoh 1 Malaysia dibuatnya, punyalah hangin makcik yang beli kepala ikan, punya la ribut pembaca dan pengomen serta pengkritik bebas kedai kopi... habis pendapat dan makian dihambur dan diumpat..... amat kurang yang bersetuju dengan harga tu...

biasalah, suara tipikal pelanggan di malaysia.... ops....jangan saman arrr, tapi korang marah ke?

dekat seminggu jugak la isu tu berlegar-legar kat ruang cyber dan jadi topik kedai kopi dan juga kedai mamak.... tapi korang tau tak.... dalam pada orang umpat tu...perniagaan makcik tu tak kurang pun.... dah macam satu promosi percuma pulak.... pelanggannya meningkat berganda! iskkk promosi kontroversi sungguh....

nak tau kenapa, sebabnya, rakyat malaysia ni sifat ingin tahu dia tinggi (kepoci....hahha jangan marah!), jadi, bila sesuatu kedai tu dah jadi kontroversi, dan ramai yang tak puas hati, mesti ada yang terdetik di hati "hebat sangat ke, sedap sangat ke kari kepala ikan tu, sampai RM50?" maka beramai-ramailah serbu kedai makcik tu..... silap-silap bersilat makcik tu nak penuhi order "kari kepala ikan".....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

kali ni, makan 50 orang harga RM13 000, percaya tak percaya, mesti ramai yang serbu kedai dia.... ye lah, nak merasa barang seketul dua ikan patin buah tu.... setakat habis RM25 sekali makan ape lah sangat.... janji dapat merasa, kan...kan....

penggemar ikan patin, takkan tak timbul tanda tanya dan ingin merasa?.... paling tidak mesti terdetik, "hebat sangat ke masakan kedai tu sampai harga RM13 000?"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sampai saat ni aku tertanya-tanya, apa tujuan peniaga tu caj sampai harga setaraf "hotel 6 bintang", adakah itu harga sebenarnya apa yang dimakan oleh pelanggan tu? (sebab menu lain tak disertakan sekali), atau niat dihati nak "potong" pelanggan yang pertama kali datang?, atau sengaja nak buat kontroversi?

walau apa pun tujuan, ingatan untuk peniaga, terutama peniaga gerai makanan dan nasi campur, letak la tanda harga, pasal aku tengok kedai makan (terutama mamak dengan melayu) tanda harga ada dalam kepala hotak dengan mulut. lagi satu janganlah kontroversi sangat, takut-takut ada pelanggan meninggal kena heart attack, kan korang jugak yang susah. dah tercalar imej dan kredibiliti. takut pulak orang nak datang.


iskkk komen lebih-lebih kang kena lak saman... macam ada satu kes tu.... buat naya je.....

Khamis, 7 April 2011

mimpi ngeri..... macam-macam hal bila nak pilihanraya ni

tak tau ape nak cakap.... bising? meriah? hingar bingar? atau....entahla... bercampur baur bunyi.... sorakan, teriakan, jeritan..... dah macam rojak pasembur, kalau tak rojak mamak.... adoyai.... nak gi mamak pun susah...

polis merata.... orang berkumpul macam semut.... ada yang cakap berapi, ada yang berucap sampai berasap-asap... nasib tak ada bau hangit..... pelik jugak ni.... orang dah ramai bersorak sambil menggenggam tangan ke langit....

aku pandang kiri....penuh warna biru muda....aku pandang kanan....penuh warna biru tua....

"rasuah...rasuah.... biru tua rasuah!!" jerit sebelah kiri....

"rosak akhlak....biru muda rosak akhlak!!" balas sebelah kanan....

"Allah...ape jadi ni" aku duk berbisik....

"tolak-tolak, tolak biru tua" sorakan bergema

"hapus-hapus, hapus biru muda" jeritan bertambah emosi...

tiba tiba ada suara sumbang yang entah mana datangnya.... rasa-rasa macam dari belakang.....

"biru muda pengkhianat!!!!!!!!" cukup jelas, cukup kuat....berdesing telinga aku hoi!

"apa...hoi biru tua perasuah...!!!" jeritan balas dari sebelah kiri.....

"hoi barua!!!!!!!!" terdengar lagi jeritan emosi.... sekonyong-konyong pelbagai barangan berterbangan....

"ah sudah...." aku mula panik......

jeritan semakin bersahut-sahutan....

"barua pengkhianat!!"----------"barua perasuah!!!!" jeritan bersilih ganti

aduh....sakit kepala.... tak lama kemudian aku terasa asakan dari kanan dan kiri....

"mana polis berperisai.....mana diorang ni pergi... ARGHHH!!!!" jeritan aku semakin tenggelam.... macam ibarat gajah bertempur, aku dok tersepit ni..... "tolong....aku tak terlibat...."

tiba-tiba pandangan aku diselimuti kabus yang amat tebal....perit, pedih dan menyesakkan pernafasan.....

apakah....adakah....nyawaku sudah hampir penghujungnya...Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku.....

serentak itu aku terasa satu terjahan padu... aku tahu ianya adalah semburan dari meriam air polis berperisai... arghhh aku kelemasan.... semburan tepat ke muka....

aku hampir pengsan...dalam pada itu sayup-sayup terdengar..... satu bisikan..... "pengundi tu kan raja yang akan memilih pemimpin yang akan bekerja untuk rakyat, tetapi di mana letaknya taraf raja jika pemimpin boleh mempengaruhi pemilih? siapa raja? atau pemilih dah jadi 'kaduk naik junjung'?".....

tiba-tiba.... "GEDEBUSHHH!!!!" satu tembakan tepat ke muka sekali lagi.....aku terus menjerit.....

"huh...huh...huuuhhhh" nafas aku termengah-mengah....

"astaghfirullah...." aku meraup muka.... mimpi ngeri rupanya......

jeling jam kat sebelah, baru jam 230pg....

iskkk gila ah...baru aku fikir nak beli kereta kancil ke kereta mini cooper klasik.... isk isk isk....dah mimpi camni sekali.....

apakah ianya satu petanda..? mungkin aku terlalu banyak disuapkan berita pilihanraya kut.... ermhhh tak apalah.... aku sambung tidurlah......

Rabu, 6 April 2011

mampukah kita menjimatkan elektrik? tanya pada diri kita... berdisiplinkah kita menggunakan elektrik?

saya tertarik dengan topik ni, persoalan yang ditimbulkan di blog u - wartawan mengenai habit penggunaan elektrik masakini. adakah penjimatan elektrik satu yang mustahil? adakah gaya hidup kita masakini menyebabkan kita susah untuk mengawal penggunaan elektrik? saya rasa jawapan ini ada dalam diri kita sendiri.

jika kita ingin berbicara tentang cara-cara penjimatan elektrik, terlalu banyak perbincangan mengenainya di laman-laman sesawang. dengan hanya memasukkan kata kunci di enjin pencarian, terhidanglah dihadapan kita dengan berbagai cara dan kaedah penjimatan, persoalannya, mahukah kita membaca dan mahukah kita mempraktikkanya?

satu cara mudah yang mungkin boleh membantu anda untuk mengurangkan bil elektrik adalah dengan tidak meninggalkan palam sentiasa terpasang di soketnya sepanjang masa, harus diingat, sekalipun suis soket dimatikan, masih ada keboroan arus elektrik yang melaluinya, oleh itu, semakin lama dan semakin banyak palam yang terpasang, semakin tinggilah penggunaan elektrik di rumah kita.

ini dapat dibuktikan dengan bil-bil elektrik yang saya terima setiap bulan. jika sebelum ini saya perlu membayar sekitar RM30 ke RM40 sebulan (penggunaan untuk 2 orang bujang) kini bil yang tercatat membolehkan saya "mendapat subsidi kerajaan" iaitu bil yang tidak mencecah RM20! jimat bukan?

rujuk entry bil elektrik percuma

rujuk entry ke 2

rujuk entry ke 3

mungkin ramai yang tak mempercayainya, tapi jika kita meluangkan sedikit masa dan cuba mempraktikkan tips-tips penjimatan elektrik yang banyak di ruang siber, tak mustahil kita dapat menjimatkan 30 ke 40 peratus bil elektrik, mungkin lebih dari itu.....

apa yang penting, kemahuan dan disiplin kita untuk melakukannya....

atau kita sekadar mahu mengeluh tanpa ada satu tindakan yang benar-benar berkesan?

tanyalah pada diri kita sendiri....

Isnin, 4 April 2011

lawak.... macam hampeh lawak ni....

Jokes for today:
Bob The Sperm

"Once there was a sperm named Bob. When all the other sperm were just swimming around, Bob was doing sprints and lifting weights all the other sperms asked him one day, "Why don't you just swim around like us?"
Bob replied, with a smirk, "well, when the time comes, I'm gonna be the first one there".
The others told him it was just destiny, but he said it wasn't. So, the day finally came when they were called upon. They were swimming along when Bob pulled ahead of the rest. Suddenly he stopped and turned around and headed back.
The others asked him why he turned around and he said, "back up boys it's a BLOW JOB!"



by the way...for those who call me bob...i'm not "that" sperm uh......