salam...
agak bizi semenjak dua menjak ni, akibat kehilangan talian internet kat kampung. streamyx wireless router kena sambar petir da.. dan tgh tunggu puan wife balik bawak modem. akak ada beli satu wireless router tapi takde function dsl, jadi, talian internet masih tertangguh. nasib baik ada jumpoa broadband akak dalam beg laptop untuk kegunaan rumah. ermhh asal dapat internet dan asal dapat updet dah la...
hujung minggu ni, majlis resepsi akan diadakan. macam aku pernah cerita dulu, majlis kat kampung aku ni dari preparation sampai ke penamat majlis mau 2 hari satu malam. tapi aku ternyata silap.
semenjak dari hari rabu lagi makcik dan sepupu aku mula datang membantu. dari persediaan barang-barang, sampailah ke goodie bag pun diorang tolong. syukur... terima kasih sangat-sangat. sekurang-kurangnya semangat gotong royong dalam keluarga aku masih kuat diamalkan.
waktu aku taip ni pun ada dah yang datang, ingatkan tadi takde sapa datang pasal dah tanya kat mak, takde sapa datang petang ni, ingatkan nak bersantai relax-relax. ermhhh ada jugak. terpaksalah aku turun gak ni.
eh...lupa plak, menu pun diorang dah plankan. ermh... dari pagi sabtu sampailah ke petang hari ahad, tapi ape menunya, jeng jeng jeng.... nnt aku updet. malam karang ke.... hahahhaah
eh...diorang dah panggil (saja bagi alasan ni...wekkkk!) nak gerak dulu... jumpa entri akan datang... hahahha (padahal dah malas nak taip lagi keh keh keh)
Iklan Berbayar
Khamis, 16 Februari 2012
Sabtu, 11 Februari 2012
skill yang perlu ada pada seseorang yang mahu menceburi bidang perkhidmatan pelanggan
mungkin ramai yang mengatakan aku tertinggal keretapi, mungkin juga ada yang berkata aku ni tak sensitif dengan isu semasa... ni semua ayam punya pasal lah kan...
ramai yang dok bertekak, terutamanya netizen. adoyai, macam-macam pendapat dilontarkan. ada kalanya boleh membakar api yang begitu sensitif di malaysia ni. api perkauman. tapi aku tak berminat langsung nak melontarkan pendapat dari ape yang berlaku, apa yang sedang berlaku atau yang akan berlaku terutama isu "ayam kentucky" ni... tapi aku lebih berminat kepada customer service atau khidmat pelanggan.
apa yang berlaku tak mengejutkan. dan aku dah jangkakan satu hari akan berlaku dan telahpun berlaku. aku hanya tergelak bila membaca komen2 netizen baik di blog dan facebook. aku pernah tulis pasal ni dulu, klik kat tajuk ni "restoren, makan luar dan tapak kasut" korang bacalah apa akibatnya kalau pelanggan kerek sangat
CUSTOMER ALWAYS RIGHT.... satu azimat yang cukup kuat yang tiada bandingnya. setiap pelanggan akan menggunakan tagline ni. tak kiralah dari segi apa situasi pun. pada dasarnya, aku pun setuju dengan tagline tu. dan orang yang mencipta tagline tu pun orang-orang yang menyediakan perkhidmatan.
satu bidang yang cukup mencabar. aku yang berpengalaman hampir 1 dekad dalam bidang ni tak menafikan, inilah bidang yang paling mencabar dan diri seseorang tu memang akan dicabar ke tahap paling maksima. ramai yang kecundang, ramai yang gagal, dan ramai yang memecat diri sendiri (meletak jawatan) akibat tidak tahan tekanan dan tak kurang juga dipecat.
oleh itu, kepada mereka-mereka yang teringin nak keje dalam bidang perkhidmatan pelanggan, ini ada beberapa nasihat untuk korang fikirkan dan WAJIB ada dalam diri korang.
1. hati yang keras dan tidak ada perasaan (hati batu) - tanpa perasaan takut dan emosi yang mengganggu, pendek kata, tak mudah menangis atau tersentap hati walau berbakul makian dihamburkan.
2. kulit tebal, kebal dan keras - kalis malu dan tak mudah blushing. pelanggan akan maki dan memekak tanpa mengira keadaan. ramai orang ke, tgh penat ke, dah nak mati kena sakit jantung ke. diorang takkan pedulik punya.
3. muka yang manis - bukan sweet menggedik-gedik, senyuman yang paling manis perlu dilontarkan. tak kiralah yang memaki tu muka macam singa atau bawak singa sekalipun... pastikan muka tenang dan senyuman sentiasa terukir.
4. tak mudah panik - tenang dan tak menggelabah
5. hipokrit - yang ni mungkin paling panas, hipokrit tu penting dalam servis orang ni, orang marah, kita senyum, orang maki kita cakap lemah lembut. orang memekak kita mendengar, kita faham dan kita cuba selesaikan... lepas selesai, pegi belakang kedai, korang makilah... korang hentamlah balik... korang lepaskanlah marah korang kat objek-objek yang bukan benda hidup.
sedikit panduan lah untuk korang yang berminat dengan bidang khidmat pelanggan terutama dalam FnB, aku tau, bidang ni majoriti akan jadikan sebagai bidang separuh masa atau bidang "last resort". so, tak ramai yang tahu selok belok dan rasanya kerja khidmat pelanggan ni.
p/s: lupakan aje kalau korang takde ciri2 ni, nanti menyusahkan employer korang pulak
ramai yang dok bertekak, terutamanya netizen. adoyai, macam-macam pendapat dilontarkan. ada kalanya boleh membakar api yang begitu sensitif di malaysia ni. api perkauman. tapi aku tak berminat langsung nak melontarkan pendapat dari ape yang berlaku, apa yang sedang berlaku atau yang akan berlaku terutama isu "ayam kentucky" ni... tapi aku lebih berminat kepada customer service atau khidmat pelanggan.apa yang berlaku tak mengejutkan. dan aku dah jangkakan satu hari akan berlaku dan telahpun berlaku. aku hanya tergelak bila membaca komen2 netizen baik di blog dan facebook. aku pernah tulis pasal ni dulu, klik kat tajuk ni "restoren, makan luar dan tapak kasut" korang bacalah apa akibatnya kalau pelanggan kerek sangat
***********
CUSTOMER ALWAYS RIGHT.... satu azimat yang cukup kuat yang tiada bandingnya. setiap pelanggan akan menggunakan tagline ni. tak kiralah dari segi apa situasi pun. pada dasarnya, aku pun setuju dengan tagline tu. dan orang yang mencipta tagline tu pun orang-orang yang menyediakan perkhidmatan.
satu bidang yang cukup mencabar. aku yang berpengalaman hampir 1 dekad dalam bidang ni tak menafikan, inilah bidang yang paling mencabar dan diri seseorang tu memang akan dicabar ke tahap paling maksima. ramai yang kecundang, ramai yang gagal, dan ramai yang memecat diri sendiri (meletak jawatan) akibat tidak tahan tekanan dan tak kurang juga dipecat.
oleh itu, kepada mereka-mereka yang teringin nak keje dalam bidang perkhidmatan pelanggan, ini ada beberapa nasihat untuk korang fikirkan dan WAJIB ada dalam diri korang.
1. hati yang keras dan tidak ada perasaan (hati batu) - tanpa perasaan takut dan emosi yang mengganggu, pendek kata, tak mudah menangis atau tersentap hati walau berbakul makian dihamburkan.
2. kulit tebal, kebal dan keras - kalis malu dan tak mudah blushing. pelanggan akan maki dan memekak tanpa mengira keadaan. ramai orang ke, tgh penat ke, dah nak mati kena sakit jantung ke. diorang takkan pedulik punya.
3. muka yang manis - bukan sweet menggedik-gedik, senyuman yang paling manis perlu dilontarkan. tak kiralah yang memaki tu muka macam singa atau bawak singa sekalipun... pastikan muka tenang dan senyuman sentiasa terukir.
4. tak mudah panik - tenang dan tak menggelabah
5. hipokrit - yang ni mungkin paling panas, hipokrit tu penting dalam servis orang ni, orang marah, kita senyum, orang maki kita cakap lemah lembut. orang memekak kita mendengar, kita faham dan kita cuba selesaikan... lepas selesai, pegi belakang kedai, korang makilah... korang hentamlah balik... korang lepaskanlah marah korang kat objek-objek yang bukan benda hidup.
sedikit panduan lah untuk korang yang berminat dengan bidang khidmat pelanggan terutama dalam FnB, aku tau, bidang ni majoriti akan jadikan sebagai bidang separuh masa atau bidang "last resort". so, tak ramai yang tahu selok belok dan rasanya kerja khidmat pelanggan ni.
p/s: lupakan aje kalau korang takde ciri2 ni, nanti menyusahkan employer korang pulak
Rabu, 8 Februari 2012
[video] tutorial akad nikah, saat aku meninggalkan status bujang
salam, lama tak menulis... entah... terasa malas walaupun banyak pengisian yang hendak dikongsi... tapi takpelah, tonton video ni buat pengubat rindu korang....
edit video pun lebih kurang je... maaflah...guna camera cikai je... jadi, takdelah HD quality
untuk yang masih bujang, bolehlah buat tutorial untuk latihan akad nikah dengan senafas.... malu kalau banyak sangat tersasul bro.....
p/s: kepada yang tengah hangat bercinta, cepat-cepatlah usahakan simpanan yang patut buat belanja kawen...

Selasa, 31 Januari 2012
sesungguhnya, marah itu meletihkan
marah, ramai yang tahu perasaan ni. memang tak selesa, memang tak menyenangkan. satu perasaan yang sememangnya tak elok dan amatlah tak baik diamalkan.
masih ada kaitan dengan entri sebelum ini. rasa marah, kecewa dan sakit hati ternyata "memakan" diri sedikit. aku rasa begitu lemah dan hilang semangat. seakan tenaga aku diserap dek aura buruk tu.
memang amat sukar untuk seseorang yang jarang marah, yang jarang naik hangin. memang amat meletihkan. ternyata, marah tu amat berbahaya jika diamalkan. dan kesannya, aku letih dan hilang semangat.
p/s:marah memang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung....silap hari bulan, kembali ke rahmat tuhan yang esa... moral, kawal marah ye kengkawan....

khidmat pelanggan anda mengecewakan, prasarana dan rapidkl sila ambil perhatian
kekecewaan yang amat memeritkan. tanpa mengharapkan satu servis bertaraf 5 bintang, aku terpaksa menghadapi satu peristiwa yang aku rasakan, satu servis yang aku rasakan lebih rendah dari ekspetasi servis aku yang rendah.
selama beberapa tahun aku dalan industri servis, tak pernah aku berhadapan dengan seseorang yang menjadi barisan hadapan yang memberikan servis tanpa cuba mengetahui apa masalah pelanggan dan cuba memberi penyelesaian sebaiknya. ya, aku hanyalah seorang pengguna menggunakan servis yang harganya amat kecil dan mungkin tak bernilai apa-apa, tetapi dengan servis sedemikian, nilai yang tak seberapa tu akan menjadi satu harga yang cukup besar untuk dibayar.
kejadian berlaku pada 31/1/2012, sekitar jam 11.30pg memulakan perjalanan dari bukit jalil menuju ke jelatek, membeli token perjalanan di mesin layan diri dan aku cukup gembira dengan servis yang dapat memudahkan pengguna lrt. tak seperti dulu, tak perlu beratur panjang dan tak perlu menghabiskan masa. pada aku ianya satu kemudahan yang baik. walaupun perlaksanaan token tersebut seperti mendadak, hanya beberapa bulan dan mungkin kurang dari setahun dari pelaksanaan kad "rabbit", aku tetap menyokong penuh tindakan rapidkl dan prasarana memberi kepelbagaian kaedah pembayaran khidmat untuk penggunanya. ianya memang memudahkan dan mempercepatkan perjalanan pengguna.
sampai di stesen masjid jamek, stesen pertukaran ke kelana jaya line, aku turun untuk pertukaran tren ke stesen jelatek dan terus menuju ke laluan keluar, apabila aku menyentuhkan token tambang, pintu laluan tidak dibuka. aku cuba mencari seseorang yang aku boleh jadikan rujukan dan pertanyaan dan mencuba beberapa kali, masih tidak terbuka. mungkin aku sedikit blur atau boleh, boleh dikatakan "agak bodoh" dengan sistem baru ni.aku telah memasukkan token ke dalam slot dan dengan cara itu sahaja aku boleh keluar melalui laluan tersebut. disebabkan tiada staff stesen yang boleh dirujuk, aku ke kaunter dan bertanya kepada petugas kaunter yang ada, hanya beliau bertugas berseorangan. ketika itu sekitar jam 12.30 tgh hari.
apabila aku mengadu masalah dan bertanyakan kepada petugas tersebut, yang aku lupa nak tanya namanya, petugas itu hanya menjawab dengan jawapan ringkas tanpa cuba memahami apa masalah yang dihadapi. "Abang dah masukkan token tu kan?, beli kena token baru kat seberang sana" huh... ringkaskan jawapan dia. memang menyentap hulu jantung aku masa tu. aku cuba kawal diri agar kekecewaan tidak menguasai diri. ternyata, pengalaman mengawal dan mengurus kekecewaan agak "tercalar" ketika itu apabila petugas tersebut mempersoalkan "kenapa aku masukkan token tersebut" dan "tidak menggunakan laluan belakang" untuk keluar dan bertukar ke stesen laluan kelana jaya untuk ke jelatek? memang tersentap, cukup tersentap, tanpa cuba memahami apa permasalahan pelanggan, terus menyalahkan pelanggan? sungguh bagus skil khidmat pelanggan dari sebuah syarikat prasarana yang cukup gah liputannya di media elektronik dan media cetak.
sungguh mudah petugas tersebut untuk melepaskan diri mempersoalkan "kenapa tidak bertanya dan terus memasukkan token ke dalam slot"...
oh, mudahnya, salahkan pelanggan buta-buta tanpa ada inisiatif untuk mendengar pemasalahan pelanggan yang mengadu. amat-amat mengecewakan dengan servis sebegini.
timbul persoalan, di mana silapnya, adakah petugas terbabit tidak diberikan latihan sebaiknya? atau pengurus stesen tidak memantau dan ambil peduli tentang servis yang diberikan oleh staffnya?
pengurus stesen masjid jamek, encik mohd zamri, sila ambil perhatian ya....
ada lagi yang mengecewakan. aku hanya mengetahui laluan untuk menukar stesen berada di belakang kaunter khidmat pelanggan TETAPI, tiada papan tanda untuk mengarahkan penumpang ke situ. walaupun laluan tersebut betul-betul berada di hadapan eskelator. tanpa papan tanda untuk mengarahkan penumpang yang hendak menukar laluan dengan jelas, pasti mereka terkeliru.oleh itu hal ini seharusnya diambil perhatian yang lebih serius. harus diingat, walau beratus ribu penumpang tetap anda menggunakan perkhidmatan itu setiap hari, ada beberapa orang yang agak jarang menggunakan perkhidmatan ini terutama pelancong dan mereka akan keliru dengan sistem ini. ditambah pula dengan khidmat pelanggan kurang memuaskan. jika saya sebagai pelancong, sudah tentu saya akan memberi satu pandangan yang amat buruk.
walauapapun, aku sekadar meluahkan kekecewaan yang amat sangat. satu perkhidmatan yang mantap seharusnya disertakan dengan satu perlaksanaan yang akan memantapkan lagi perkhidmatan tersebut. bukanlah perlaksanaan yang boleh mengecewakan pelanggan. seorang pelanggan anda mungkin membayar tambang tak sampai RM10,satu nilai yang kecil, tetapi bukanlah satu alasan yang boleh digunakan dengan memberikan perkhidmatan tahap rendah. maaf agak kasar bunyinya.
sesungguhnya aku amat kecewa....
p/s: terasa macam nak e-mailkan kepada pengurusan syarikat prasarana dan rapidkal, juga emailkan kepada editor-editor suratkhabar agar penambahbaikan khidmat pelanggan boleh dilakukan... apa kata anda?

Langgan:
Catatan (Atom)