![]() |
| mata pena+blog=senjata pemusnah massa |
dalam masa berborak tu, terkeluar lak cerita pasal mulut dan pena.... ye lah...dedua benda ni kalau tak digunakan secara berhemah memang boleh mengundang bencana kat dunia ni...
yang kita sedia maklum...ramai yang akan mengatakan mulut adalah punca seseorang tu sakit hati, malah jadi punca seseorang tu bertelagah.... fitnah, adu domba dan memacam lagi... selama ni pun aku sangka mulut jugalah jadi punca. tapi betulke mulut jadi punca?
untuk persoalan ni...pada permulaannya aku katakan ya....kerana mulut seseorang kita boleh jadi benci kepada seseorang individu. ye lah..kalau mulut tu asyik cerita buruk pasal individu lain, secara tak langsung kita pun terpengaruh kan.... tu cerita pasal orang yang suka bawak cerita... tapi apa kata orang tu sendiri yang suka "bermulut longkang" dan tak sensitif dengan perasaan orang lain?? dah tentu skop kebencian kita tu bertambah kecil dan hanya bertumpu kepada si "mulut longkang" tu sendiri....
rupanya, masih ada senjata yang lagi tajam dari mulut yang longkang lagi celupar... apa kata kita dah sakit hati pastu kita luahkan dalam penulisan....kat sini pendapat aku mula berubah....
satu keadaan yang mana kita mencatat dan mengekalkan rasa benci dan jelak kita pada seseorang dalam bentuk penulisan dan ianya dibaca oleh ramai orang...contohnya dalam blog, walaupun mungkin si pencatat hanya ada beberapa orang pengikut, satu hari pasti cerita kebenciannya tu akan terus dibaca dan dibaca. atas sebab ke"kekal"an sesuatu skrip dan penulisan tersebut..... kat sinilah kenapa mata pena (penulisan) menjadi senjata paling tajam... kalau mulut longkang, kesan yang amat ketara hanya terkena kepada orang yang dituju dan terguris hatinya sedangkan penulisan....jika kena dengan gaya bahasa, ianya boleh menusuk sanubari dan mempengaruhi minda seseorang....
kat sini barulah kita boleh nampak kenapa kes saman-menyaman banyak disebabkan oleh penulisan dan bukan percakapan (terutama yang off-record atau kenyataan media)
secara tak langsung, aku mengakui bahawa "mata pena lebih tajam dari mata pedang" sememangnya benar dan akan kekal sampai bila-bila......
awas..jika disalahgunakan..... dunia ni boleh terbalik..... dan sebaik-baiknya, jika anda ada bakat menulis atau suka menulis, walaupun anda tengah marah.... janganlah diluah secara "membabi-buta" dan kurang bertapis.... silap haribulan.... mudarat untuk diri sendiri.....
