Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label nor azita osman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nor azita osman. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Ogos 2010

Manusia dan psikologi

Masih ingat kisah Norazita yang menghina Johor dan "facebook page" yang menghentam dia? sampaikan hampir 20 ribu orang klik kat "suka/like", page tersebut telah DITUTUP!... diulang sekali lagi DITUTUP! Dengan rasminya pada waktu subuh 20/8/2010....

Aku dah ikut page tu hampir 2 minggu, pada mulanya perasaan ingin tahu mengelojak dan benar-benar marah walaupun aku bukan orang johor pun, tapi aku pernah bermastautin kat Johor. Geram. tapi...ternyata, semua tu hanyalah mainan seorang yang "PSYCHO" rasa menyesal pun ada, cuma nasib baik aku bukanlah penghentam tegar kat page tu. Cuma dengan hajat dan niat, alang-alang dah hampir 20k, takkan aku tak boleh berkenalan dengan beberapa orang dan cuba buat marketing pasal unit trust aku ni... (hehe...peluang terhidang mesti diambil kesempatan! money minded sungguh)

semakin lama semakin mengarut pula page tu, yang seronoknya admin bermain wayang sampaikan berjanji sehingga hari Isnin, 16/8/2010, admin page tersebut nak ambil tindakan. hmmm oklah tu... TETAPI, janji tinggal janji...aku tgk beberapa penyokong mula mendesak dan mendesak, persoalan demi persoalan diasak kepada admin, saat ini admin mila beremosi dan mula mengarut dengan membuat beberapa profil palsu. Aku pon tidak ketinggalan menambah perencah dan perisa terhadap bidasan diorang... seronok kau...hentam admin beramai.

disini penghentam admin mula guna pendekatan psikologi, ternyata taktik yg amat berkesan. hinggakan ancaman laporan ke pihak berkuasa dan pihak cybersecurity. dan hasilnya, salah seorang admin telah mengambil tindakan drastik dengan memadam page tersebut...dan yang pasti...bukan satu tp dua! fuh... tak sangka, admin page tu "PSYCHOTIC!"

Sekarang, terima kasih untuk mereka-mereka yang berusaha menutup page tersebut dengan cara halus dan berkesan, siapa? biarlah aku simpan ketat identiti mereka. ternyata mereka begitu dedikasi hinggakan tak sampai 24 jam page tersebut ditutup. terima kasih untuk mereka-mereka yang terlibat. secara tak langsung mereka dah "membersihkan" PSIKO-CYBER dan juga "membersihkan" nama NOR AZITA OSMAN dari kejian dan cacian (walaupun aku tak pernah setuju dengan apa yang dia buat,tetapi past is past) - hik hik hik...nor azita, bila nak belanja diorang nie....haha...

oklah...dah tamat cerita makian dan fitnah, ingatlah...hati-hati bila nak bersuara, kebebasan bersuara bukanlah sesuatu yang boleh disalah guna...silap-silap ada hati yang sakit, kata-kata makan diri... kepada yang lain, hati2 bila melontarkan kata-kata, jangan sampai kata-kata menjerat diri...

Ahad, 8 Ogos 2010

Jangan Dikejut Naga yang tidur

Baru-baru ini, gempar dengan satu "post" di facebook yang menyebabkan ramai warga johor melahirkan kemarahan. ramai yang sakit hati, ramai yang mual dan ramai yang menunjukkan rasa kecewa.

Al kisah, seorang penjawat awam telah "terlajak" taip dengan menyatakan 'aku tak sangka johor nie hina,xde famous amos kt jb...yang ada kt senai airport jer...bandar konon...gerek apenyer...wut a jerk....'. ternyata, kenyataan beliau disambut dengan perasaan marah meluap-luap hinggakan terlalu ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka. apakah ramai yang tidak sedar bahawa gurauan kadang-kadang membawa padah. dah la beliau bekerja di johor dan tinggal di johor. yang jadi persoalannya, apakah ramai pengguna internet masakini yang tidak sedar, setiap huruf, setiap perkataan mereka dipantau, setiap sambungan internet mereka diperhatikan? Rupa-rupanya, masih ramai yang khilaf tentang perkara ini.
Ternyata, kemarahan mereka dizahirkan dalam satu ruangan (page) yang mengutuk keterlanjuran beliau dan permohonan maaf secara terbuka. tak disangka, ibarat seekor naga yang sedang tidur, usah diganggu, jika tidak, padah yang diterima. saya hanya memantau, hanya memerhati. walaupun sebelum ini ada yang dikenakan tindakan undang-undang atas keterlanjuran mereka menaip dan menzahirkan perasaan mereka, masih ada lagi yang cuba bermain api. adakah ianya benar-benar keterlanjuran untuk bergurau sedangkan dah berbuih nasihat "fikir dulu sebelum "posting" !" bila dah terlepas...maka nasi dah jadi bubur... tak sedar-sedar lagi rupanya pengguna internet dimalaysia.

Malas nak ulas panjang, yang dah terlanjur,yang dah terlepas, betulkanlah keadaan. akui kesilapan dan keterlanjuran.gunakan media massa untuk menzahirkan kemaafan dan kekesalan. biarlah kita rasa malu sekali dan isu terus selesai berbanding isu berlarutan dan kita asyik dimaki dan dicaci. apa yang penting, sering bertanya kepada diri sendiri, "patut atau tidak aku "post" benda ni, fikir dua kali tentang apakah implikasinya. kepada yang berkecil hati, gunakanlah saluran undang-undang yang ada. apa yang penting, kita ada penegak keadilan, laporkan kepada mereka. usah dibiarkan perkara yang mungkin dianggap kecil kerana ia berada diruang siber, takut nanti menjadi barah yang mengancam nyawa.

Fikir-fikirlah, jangan disalah-anggapkan kebebasan bersuara, anda boleh berkata apa saja, kerana lidah badan binasa, dan kerana lidah jugalah ramai yang merana.

Tepuk dada tanya akal, jangan sampai tepuk dahi macam orang hilang akal.


p/s - maaf jika ada yang tersinggung, jangan buat "PAGE" untuk benci saya, nanti "FAMOUS-AMOS" Saya seantero malaysia...peace!