Iklan Berbayar

Ahad, 31 Januari 2016

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 6

sambungan kisah pelajar senja dari episod 5

aku selamat mendaftarkan diri di Kolej Komuniti Kota tinggi. Sebuah kolej "kecil". manakan tidak, kelas hanya ada 1 bg setiap semester. dan bilangan ketika aku mendaftarkan diri hanya ada 8 orang. tak lama kemudian selepas beberapa intake, maka cukuplah 14 orang sekelas. bermula la diari aku sebagai seorang pelajar. untuk pengetahuan semua, pengajian di kolej komuniti sebenarnya hanya 4 semester dengan 3 semester kelas dan semester akhir untuk praktikal.

3 semester inilah aku belajar pelbagai ilmu asas mengenai pelancongan. Ilmu yang banyak boleh dikembangkan jika anda berminat dalam bidang pelancongan dan rekreasi. sedikit sebanyak mata pelajaran yang diajar di kolej ini adalah seperti Operasi agensi pelancongan, rekreasi air dan darat, tiketan dan beberapa lagi subjek yang menyediakan diri pelajar untuk masuk ke bidang pelancongan.

sepanjang pembelajaran, banyak kisah-kisah menarik. lawatan demi lawatan persis seorang pelancong dan seorang yang membawa pelancong sudah pasti menyeronokkan. Semestinya, lawatan dan aktiviti praktikal sememangnya diterapkan dalam pembelajaran. Pengiraan markah sebanyak 70% praktikal dan markah peperiksaan akhir yang hanya merangkumi 30% sudah tentu tertumpu dengantugasan yang memerlukan pelajar banyak "bergelumang" dengan tugas-tugas kertas kerja perlaksanaan dan perlaksanaan program itu sendiri. Tugasan ini banyak melatih pelajar dan menyediakan pelajar untuk "bersedia" apabila melangkah ke dunia pekerjaan itu sendiri.

mana arah selepas belajar? tepuk dada tanya akal. arah mana yang lebih sesuai. Adakah ke arah agensi pelancongan? ke arah aktiviti luar atau aktiviti air? atau menjadi seorang ketua rombongan. terlalu banyak pilihan yang boleh dibuat.

yang penting atitud pelajar itu sendiri ketika bekerja dan mempraktikan ilmu yang diajar. Alhamdulillah, sepanjang pengajian banyak perkongsian pengalaman oleh pensyarah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing banyak memberi sedikit sebanyak gambaran tentang jalan mana yang akan ditempuh dan dipilih nanti...

tentang lawatan, memang seronok dan menyeronokkan. walaupun dengan bajet yang terhad dan ada kalanya pelajar terpaksa membayar sebahagian dari kos lawatan, bayaran tersebut ternyata berbaloi. di sini pelajar dapat belajar membuat bajet serta membuat pengurusan lawatan. segala-galanya persis menguruskan lawatan untuk pelancong. pengalaman yang cukup berharga untuk diri sendiri dan dalam pekerjaan..

ketika belajar jugalah, aku dapat menimba ilmu untuk diaplikasikan jika aku mahu melancong dan menjelajah samada destinasi tempatan atau luar, samada sekadar lawatan atau pengembaraan, samada kawasan bandar atau alam semulajadi. begitu juga menilai sesuatu destinasi samada ianya cukup menarik minat seseorang untuk melawat atau tidak. tak ketinggalan juga "how to make money from this industry".

apa yang pasti.... pengorbanan aku belajar selama setahun ni amat "membuka mata dan fikiran" aku mengenai industri pelancongan. walaupun industri pelancongan seakan "malap" terutama ketika ekonomi yang dikatakan "sakit" ni, sebenarnya banyak ruang dan peluang yang masih terbuka. Ketika kita asyik menumpukan kepada "pelancongan bandar", sebenarnya banyak "permata-permata" kasar destinasi yang boleh digilap terutama destinasi alam semulajadi. Hutan, air terjun, sungai, tasik, bukit, gunung ganang dan kampung serta industri pertanian antara segmen pelancongan yang masih boleh dieksploitasi dan masih meluas untuk dipromosikan. apa yang penting, agen-agen dan penyedia perkhidmatan perlulah bersedia untuk lebih aktif dalam menyediakan pakej-pakej serta aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan pelancong "terliur dan teruja" untuk membeli perkhidmatan yang disediakan...

dan paling penting, perkhidmatan terbaik, agar apa yang ditawarkan dapat membuatkan pelancong tidak jemu untuk datang dan mendapatkan perkhidmatan dari penyedia.

diam tak diam, beberapa minggu lagi aku akan menamatkan pengajian selama 3 semester di kolej ini. semester praktikal akan menjelma dan kemungkinan kerja juga menanti. InsyaAllah aku akan terus bercerita tentang pengalaman aku di tempat praktikal. buat masa ini catatan seorang pelajar senja akan mula berselang seli dengan informasi yang mungkin berguna untuk sesiapa yang gemar melancong. perkongsian mengenai destinasi yang pernah aku pergi selama aku belajar juga akan dimuatkan. semoga memberi manfaat untuk semua....

Bersambung lagi...

Rabu, 27 Januari 2016

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 5

sambungan dari episod 4...

terhenti seketika kisah catatan seorang pelajar senja, pemergian ibu ketika program di KLIA benar-benar menghentikan mood aku nak menaip... buntu, terkejut, tersebak, dan kesibukan membantu adik beradik lain dalam menguruskan majlis tahlil membataskan jejari ni nak menaip....

sebelum aku teruskan menaip, Al-Fatihah buat arwah...

yang pergi akan pergi, yang tinggal teruskan kehidupan hingga tiba masanya untuk pergi... cukuplah titisan air mata... bina semangat baru, kejarlah cita-cita.

cukup.. kita fokuskan dengan dengan sambungan di episod 5, morning star plan, bila merasakan tiba masa untuk keluar dari keadaan. kerja dicari dan aku... bersedia untuk menyambung pengajian. panggilan ketika aku mandi pagi benar-benar membuatkan aku mengusap lega. tercapai juga cita-cita aku nak sambung belajar walaupun hanya di peringkat sijil!.panggilan dari pihak kolej komuniti benar-benar membuatkan aku rasa teruja untuk menyambung pelajaran aku yang dah berbelas tahun tertangguh!.

mungkin ada yang tertanya-tanya, masih bolehkah seseorang yang dah berumur untuk mengambil kursus di kolej komuniti?

jawapannya... BOLEH, kelayakan, berusia 18tahun ke atas, lulus spm dengan 1 kredit dan nyawa masih dikandung badan. had umur, TIADA. Boleh berhubung dengan Pejabat kolej komuniti terdekat dan dapatkan maklumat lanjut.

Berbelas tahun... ya, berbelas tahun bergelumang dengan arus kehidupan, berbagai informasi dicari, akhirnya kolej ini juga menjadi pilihan. minat yang mendalam dalam bidang pelancongan dan rekreasi juga yuran yang murah (RM200 satu semester) banyak mendorong aku membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang ini. dengan silibus yang merangkumi 70 peratus penilaian berdasarkan praktikal dan 30 peratus berdasarkan teori. Sudah tentu rangkuman silibus ini amat menarik minat terutama bg mereka yang tidak menggemari ujian teori! dan jangkamasa pengajian lebih kurang 16 bulan termasuk latihan industri.

akan tetapi, pengajian sepenuh masa ini menuntut "pengorbanan" kerana kelas mengikut "waktu pejabat" bermakna penuntut perlu berada di kelas selama sehari suntuk! pandai-pandailah nak hidup, mana nak belajar, mana nak bekerja. Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi ujian ini.

apa seronoknya bidang pelancongan?

sudah tentu, sebut sahaja bidang pelancongan dan rekreasi, ramai yang menggemarinya.. mempelajarinya, sudah tentu memberikan diri anda ilmu bukan sahaja untuk persediaan anda menjalani aktiviti melancong dan berekreasi tetapi ianya membuka minda anda yang kadangkala tertanya-tanya, "apakah potensi pelancongan?".

secara peribadi, pelancongan memang mendapat permintaan. adakalanya perkara yang tidak masuk akal juga boleh "dijual". mungkin anda tidak pernah terduga, jika anda memiliki 5 batang pokok getah, sebenarnya anda boleh menjana pendapatan yang boleh mencapai ribuan ringgit. ketika belajar inilah aku nampak semua tu. kebun sekangkang kera juga boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. asalkan tahu bagaimana mahu menarik pengunjung...

begitu juga sebuah rumah kayu yang usang, tetap berpotensi asalkan anda tahu merencana aktiviti!

pelbagai subjek yang berkaitan dengan pelancongan dapat dipelajari. episod akan datang akan diceritakan tentang pengalaman aku belajar di kolej serba ringkas ini. aktiviti-aktiviti menarik serta bermacam-macam ilmu yang dapat di timba... bukan itu sahaja, pengajian di kolej ini juga boleh menjadi "batu loncatan" kepada mereka yang telah lama meninggalkan dunia pengajian untuk ke pengajian yang lebih tinggi diperingkat diploma dan ijazah.....

bersambung ke episod akan datang....


Jumaat, 22 Januari 2016

al fatihah, satu kehilangan

22 januari 2015....
alfatihah utk ibu...
ibu pergi dengan tenang...
tenang wajahmu tatkala aku mengucup dahimu...
aku sebak....
belum aku sempat berkongsi kejayaan ku
menggenggam segulung sijil...
segulung sijil yg aku mahu jadikan hadiah...
demi sebuah senyuman...
senyuman yang terukir di wajahmu...
sesungguhnya aku mahu kau merasa bangga...
yang anakmu mampu menebus kegagalannya...
ibu...
aku tahu aku bukanlah seorang anak yang baik...
tetapi aku mahu menjadi seorang yang lebih baik...
ibu...
ku tahan titisan air mata...
aku tidak mahu menangis tatkala menatap wajahmu...
buat kali terakhir...
walaupun hati ku menangis kesebakkan...
ibu... tenanglah dikau..
dipayungi rahmat yg Maha Esa
Al Fatihah...

Khamis, 21 Januari 2016

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 4

sambungan dari episod 3

hari ini kami memulakan perjalanan untuk lawatan teknikal di KLIA2, juga untuk latih amali pengangkutan pelancongan (pelajar semester 2) dan subjek tempahan dan tiketan (assignment operasi di lapangan terbang).
beginilah pelajar sijil pelancongan di kolej komuniti...

baiklah... teruskan dengan sambungan kisah sentap....

kisah sentap tu menyebabkan aku membulatkan tekad untuk aku terus melangkah. walaupun teragak-agak, aku bulatkan tekad untuk aku berhenti! aku tak sanggup lagi....

apatah lagi bila kata-kata ini tengiang-ngiang di telinga....
"kalau pergi kerja pun terpaksa seret kaki, lebih baik berhenti!"

dan ditambah dengan video motivasi ini... YES!!! i dare to dream!!


wake up and go out of you comfort zone! masa tu aku berkira-kira untuk berniaga.. tak kisahlah, nak berniaga apa pun...

but... ermm its fails with flying darkness! terus aku switch to 2nd option, JUAL BARANG ANTIK!, nasib baik aku pernah berkenalan dengan seorang peniaga barang antik di kota tinggi ni... risik2, borak2, dapatlah aku jadi "agen rasmi" peniaga tu... lepaslah duit belanja sekurang-kurangnya...

mungkin Allah mahu menguji hambaNya, aku gagal dengan apa yang aku rancangkan TETAPI aku masih dapat mengusahakan sesuatu yang boleh menjana "sedikit" pendapatan... Alhamdulillah, walaupun aku bukanlah seorang hamba yang baik, TETAPI rahmat dan kasih sayangNya terus mencurah...

Ya Allah, ampunilah hambaMu ini...

berbulan juga aku hidup dalam keadaan "sekadar cukup" ketika inilah aku berada di "uncomfort zone". pushing my limit of survival physically and mentally. rasa bila ketika aku perlukan sokongan, tiada siapa yg mahu menyokong... dan org yang mahu menyokong aku, tiba-tiba "hilang"...

tak mengapa... aku terus memandang keadaan ini dengan penuh positif, aku tahu, tuhan sedang menduga aku... dan rahmat lain adalah, aku belajar erti hidup dengan mengalami kehidupan susah. di sini aku memahami erti survival dalam kehidupan. di sini juga aku belajar "menghargai pendapatan" dan nikmat kehidupan.

ketika ini aku banyak berkenalan dengan ramai orang, yang terbuang, yang membuang, dan yg dibuang. pelbagai kisah hidup manusia yang bergelandangan juga dapat aku selami. ya, tebing sungai kota tinggi banyak menyimpan kisah manusia. kisah manusia yang InsyaAllah dapat membuka kotak pemikiran aku untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik! keadaan ini juga membuatkan aku belajar dan memahami maksud kata-kata....

"selagi masih ada makanan untuk dimakan untuk sarapan, makan tengahari, dan malam, selagi masih ada rumah untuk melindungi diri dan keluarga, selagi masih ada pakaian untuk melindungi aurat diri dan keluarga dan juga ada kenderaan yang boleh digunakan, BERSYUKURLAH... tak perlu bersungut dan merungut dengan rezeki kurniaan Allah. jika mahu lebih, berusaha dan berdoalah...."

dan sehingga kini, aku akan berasa "sedih" jika ada makanan yang dimakan tidak habis... apatah lagi "terpaksa" membuang makanan yang telah basi kerana tidak habis dimakan.... teringat mereka-mereka yang lapar di luar sana...

dan apabila makan, aku akan pastikan apa yang ada di pinggan dimakan habis tanpa sisa melainkan yang tidak boleh dimakan a.k.a makan sampai licin! biarlah mereka katakan aku kebulur dan dari situ aku mula mendisiplinkan diri untuk meletakkan apa yang perlu di atas pinggan tanpa perlu ada rasa tamak!

sesungguhnya pengalaman itu terlalu berharga, merasai kehidupan tanpa bantuan dari orang lain. walaupun aku tidaklah berada dalam keadaan seperti mereka yang bergelandangan, sekurang-kurangnya pengalaman ini membuatkan aku bersedia dengancabaran yang mendatang...

hinggalah satu hari, my lovely wife planning a "morning star"to  turn our life!

oklah.... stop dulu... nanti abis pulak cerita... what is happening? jeng...jeng...JENG!!!

Rabu, 20 Januari 2016

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 3

salam..... sambungan dari episod 2, hari ini aku berada di gopeng, amali subjek rekreasi air, whitewater rafting atau bahasa melayunya... berakit arus deras... nanti aku ceritakan kisah berakit ni....

selepas beberapa tahun "melayan" menjadi seorang "pengurus kedai", aku mulai bosan dan mula mencari-cari peluang lain... pelbagai temuduga aku hadiri namun... tiada yang tersangkut hinggakan terpandang satu iklan,

MEDIA MONITORING...

amende tu...terai google... NADA! NIL! EMPTY!... rasa ingin tahu membuak2... apa lagi, terus apply... beberapa hari lepas tu aku dapat satu email dan panggilan telefon. PANGGILAN untuk temuduga....

sewaktu temuduga barulah aku tahu ape bendanya media monitoring ni... terangguk2 aku dengar penerangan interviewer tu... owhhh camtu... kali ni aku takmau nak cerita lanjut ape bendanya media monitoring ni... yang nyatanya ianya adalah "to monitor mass media for news, article, tv and programs as well as advertising for client and will be client"

bermula dari print media (aku sering tertido waktu bekerja haha..) hinggalah dipindahkan ke electronic media (naik muntah dok tgk dan edit rakaman berita, tp pada masa sama dok seronok edit rancangan menarik dan simpan) bertahun juga, dari kerja graveyard shift sampailah ke normal shift, aku dah alami... dan ketika bekerja di sinilah kata2 boss aku betul2 menyentap perasaan, hati, jantung dan membakar semangat aku untuk sambung belajar... dan kata2 itu juga yang memadam semangat aku yang ada dari terus bekerja... sampai hari ini aku terngiang-ngiang kata-kata tu...

"you cuma ada SPM, diorang ada DIPLOMA atau DEGREE" so u tak sama level pemikiran dengan diorang...

zsapp!!!! tersentap jantung aku.. taulah aku tak dapat capai tahap tugasan yang diberi tapi... perlu ke? kat sini baru terbuka hati aku betapa KERTAS yang bernama diploma atau degree tu penting! cuma satu je lah, i am an experience person. i know the level of CURRENT FRESH GRADUATE punya attitude... keje nak mudah, taknak buat lebih dari jobscope dan taknak selalu buat keje extra... suruh pun taknak buat... tu yang tensen tu

***urut dada, sakit hati masih berbekas.. walaupun aku terima dengan hati terbuka, tetapi aku cukup marah, geram dan berbuku perasaan tu.....

YES, thats why i am continue my study!

bersambung lagi.... jumpa di episod 4!