Iklan Berbayar

Jumaat, 5 Jun 2015

semester satu dah nak abis, cepat masa berlalu

assalamualaikum, dah lama tak menari jari ni... (ceh, alasan, biasa dok menari kat wassap, insta, fb bagai) sampai bersawang blog ni...

alhamdulillah, final exam untuk semester satu dah mula menjengah. beginilah hidup sebagai seorang student, tak berani nak kata hidup sebagai seorang blogger, pasal, jarang jengah blog sendiri...

syukur juga, carrymark dah mula keluar, sasaran nampaknya tak jauh tersasar. Tak sia-sia lah usaha selama beberapa bulan ni. walaupun dah lama tak bergelar pelajar...

mungkin ada yang tatau atau terlepas pandang, ya, sy ni dah jadi pelajar balik, usia dah camni baru naj sambung belajar peringkat sijil. cari batu loncatan yang rendah sikit....

lagipun minat dalam bidang pelancongan dah semakin berkembang... maka eloklah mendalami selok belok pelancongan ni kan...

dan satu lagi, mohon maaf tak update apa-apa aktiviti sepanjang pengajian... entahlah, makin malas pun ya, makin tepu pun ya... nak ketuk keyboard tulis blog manjang takde idea.... doa-doakanlah jari dan otak ni dapat bekerjasama....

kali ni takde gambar... malas nak upload... doakan kejayaan saya...

Isnin, 30 Mac 2015

video gambar perjalanan cuti-cuti di borneo




jalan-jalan ke borneo, gambar dalam bentuk video. latihan untuk kelas interpretasi pelancongan, semester 1, kursus Sijil pelancongan dan Pengembaraan, kolej Komuniti Kota Tinggi.

Selamat Menonton!!

betapa tak sukanya aku dengan ulat tiket

ulat tiket, memang annoying, masalah yang tak pernah selesai agaknya. di mana pihak berkuasa? di mana SPAD, tolonglah, tak sanggup rasanya bila berjalan hendak membeli tiket bas ekspres tapi ulat-ulat ni dengan tak segan silu memanggil dan menarik orang yang lalu lalang untuk membeli tiket dari mereka...

memang gangguan, ya, sememangnya gangguan. tak salah jika syarikat bas mahu meningkatkan jualan tiket, tapi tolonglah, itu bukan caranya. hinggakan sy yg baru turun dari bas pun ditawarkan tiket. tak sempat lagi cecahkan kaki ke tanah dah ada pertanyaan. adoiii... kadang tu sampai semput nak menepis pertanyaan diorang ni.

lemah dan malas betul nak berhadapan dengan diorang ni. tahu tak, walau sekeras mana pun diorang berusaha, jangan haraplah aku nak beli tiket dari syarikat yang "menggajikan" ulat tiket ni. aku paham, ulat2 tiket ni hanya diberi komisyen tapi ada kalanya tingkah laku diorang ni biadap! memang tak la nak beli dari tiket syarikat bas ni.... buat semak je...

kepada syarikat bas, tolonglah... jgn "upah" ulat-ulat tiket (taik) ni.... merimaskan tau.

aku memang sokong apa yg dibuat di TBS. penjualan tiket berpusat lebih selesa untuk aku berurusan. nampak professional dan sempurna. lebih-lebih lagi di mata pelancong "backpackers". dah la imej pengangkutan awam banyak diburukkan oleh segelintir dari mereka yang tak beretika, ni pula ditambah dengan perlakuan ulat-ulat tiket...

Isnin, 23 Mac 2015

tak makan kerak roti?

saya mkn semuanya, termasuklah kerak sebelah luar roti dan agak terkilan kalau nampak bahagian ni dibuang ke dalam tong sampah, rasa sedih sangat makanan buat camtu, mungkin mereka tak pernah rasa lapar terputus makanan, wallahuaalam. entahlah... memang agak emosi bila "membuang makanan" ni... pernah sekali rasa sayu membuang nasi basi yang tak termakan... terbayang diri sendiri pernah "terputus bekalan makanan dan wang"... terasa nak menitik air mata ni....

apa pun, inilah realiti kehidupan, masing masing ada cara Dan pandangan tersendiri...

Sabtu, 21 Mac 2015

satu petang di Kota Tinggi, jom main buih sabun

seronok pulak tengok bebudak ni main belon buih sabun ni. teringat zaman kecik-kecik dulu... lagi satu dulu buih-buih ni kecik-kecik jer....