mungkin ramai dah tahu, saya dah bergelar pelajar hampir sebulan lepas... seorang pelajar sijil pelancongan dan pengembaraan, kolej komuniti kota tinggi.
dan hari ni... dapatlah kad matrik ni ha... ermhhh lain macam rasanya, maklumlah... dah lama sangat tak pakai "kad pengenalan pelajar" nih...
walaupun usia menginjak siri 4, dan berada di kelas yang rata-rata berusia di bawah 25 tahun, alhamdulillah dapat juga menyesuaikan diri. kadang kala terasa muda, kadang kala terasa berusia (taknak guna term TUA, hahahah)
walaupun tempoh kelas sama seperti pekerja pejabat (8am hingga 5pm, dan biasanya tamat sekitar 430pm) masa berlalu begitu pantas hinggakan tak terasa langsung. mungkin rasa seronok dengan gelagat rakan-rakan sekelas yang menghiburkan menjadikan masa begitu cemburu....
apapun, hampir sebulan di kolej komuniti ni, memang happening... kenapa lah masa habis SPM dulu tak dikenalkan dengan konsep kolej macam ni...
mungkin ada hikmah disebaliknya...
untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, jika gagal mendapat tawaran ke mana-mana IPTA/S atau kolej, meh la daftar kat kolej komuniti ni... terutama kolej komuniti Kota tinggi... learning with FUN, all that i can say....
Iklan Berbayar
Khamis, 19 Mac 2015
Selasa, 17 Mac 2015
tips GST, tips ni berguna
Tips GST
1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak.
2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (akta ssm) dan juga no pendaftaran GST. Jika gst dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA.
3. Setelah berurusniaga, semak nama dan no pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.
4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi.
Peniaga boleh dikenakan denda rm200k jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli. Sekian, terima kasih...
dapat dari media sosial!
Ahad, 15 Mac 2015
brand new day, brand new week, brand new classroom
ahli keluarga pelajar semester mac semakin bertambah. kelas asal yg penuh keselesaan, dengan kemudahan meja terpaksa dilupakan dengan pertambahan ahli keluarga. 14 orang semuanya.
tak seronok sungguh, hilang dah pemandangan luar yang cantik... isskkk tak best dah. tapi demi ilmu, layankan ajelah...
pssttt... nasib baik boleh bukak lappy dan HP.... asalkan pandai-pandai "cover" dan laman utamanya adalah encik google....
tak seronok sungguh, hilang dah pemandangan luar yang cantik... isskkk tak best dah. tapi demi ilmu, layankan ajelah...
pssttt... nasib baik boleh bukak lappy dan HP.... asalkan pandai-pandai "cover" dan laman utamanya adalah encik google....
Sabtu, 14 Mac 2015
gambar-gambar sekitar lawatan menteri Pelancongan ke homestay kampung temenin baru, kota tinggi
| wajah ceria para senior sebelum memulakan perjalanan |
| we are juniors, classmate penulis, memang kami suka bergambar |
| sebelum bertolak, kata aluan dari pensyarah |
| dalam perjalanan ini... cewah... feeling2 nyanyi lagu ekamatra plak... |
| update facebook/twitter/wassap ke bang... ke hantar report utk yang "tersa....." hihihihii |
| selamat datang ke Homestay Kampung temenin baru... |
| "kami tetap suka bergambar" senir-senior di Kolej Komuniti memang sporting! |
| orang kuat Kampung Temenin Baru |
| classmate penulis pun sporting jugak! |
| walau kami dijemput, kami tetap "ringan tangan dan tulang" |
| kami membantu dengan senyuman.... |
| berat sama dipikul, ringan sama dijinjing |
| sempat juga kami "belajar" membakar ikan |
| sempat juga penulis mengambil gambar ni dalam kesibukan persiapan dan hujan gerimis |
| terjumpa sebiji buah markisa (passion fruit) kalau buat jus memang kegemaran penulis |
| sebahagian tenaga pengajar kolej Komuniti yang hadir |
| kumpulan kompang dah bersedia menyambut kehadiran Menteri Pelancongan |
| salah satu hasil penduduk kampung, kerepek pisang tanduk |
| tuan punya perusahaan kerepek pisang tanduk |
| selfie dulu sebelum menteri datang |
| Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, walaupun hujan lebat, senyuman tetap terukir, cantik topi Dato Sri, pinjam boleh? |
| Pasukan kompang mengalu-alukan kedatangan Menteri walaupun hujan turun dengan lebatnya |
| setelah semua acara selesai, makan adalah agenda utama yang perlu "diselesesaikan" |
| semua lauk yang terhidang penulis ambik, jangan jeles.... |
| belangkas kegemaran dan siput gonggong yang belum pernah penulis rasa |
| bergambar dengan menteri, pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti KOta Tinggi |
| acara "memakan pencuci mulut" disambung |
| kami ceria dan sporting |
| pencuci mulut yang sedap menceriakan kami.... |
| candid snapshot... nikmatnya pencuci mulut |
| siapa bilang pencuci mulut tak sedap, tengok, suapan tepat ke dalam mulut walaupun memandang ke arah lain |
| "akak, saya borong ye" |
| bergambar lagi... |
| jemputan dari hos program, salah sebuah rumah yang menjadi homestay |
| feeling-feeling suasana "hari raya di kampung" masing2 sibuk nak bergambar kat tingkap |
| sehabis program, kami masih ringan tulang untuk membantu mengemas, kami tetap ceria |
| terima kasih tuan rumah, ada program jemputlah kami lagi |
Rabu, 11 Mac 2015
kalau kita bosan dengan lawak yang sama, kenapa kita tak boleh bosan menangis?
kata-kata takde hikmah : sila "baca" gambar dibawah dan tanya diri kenapa tidak? stop crying, wake up and standing strong! kalau ayat jiwangnya... hapuskanlah airmata mu....
Langgan:
Catatan (Atom)


