Iklan Berbayar

Sabtu, 6 September 2014

road tour philately southern 2014

secara kebetulan...

terserempak dengan program road tour philately southern 2014. apa lagi, terus ronda-ronda. walaupun tak betapa banyak, 3 booth untuk pameran yang ringkas, dan satu booth jualan setem.

tiba-tiba rasa ingin tahu semakin membuak. mulalah sesi perbualan dengan yang jaga booth jualan. banyak juga pertanyaan yang diutarakan. sekadar menambah pengetahuan mengenai industri pos dan sejarahnya...

malas nak cerita panjang-panjang, jom layan gambar-gambar sekitar road tour philately southern 2014

Rabu, 3 September 2014

indahnya kota tinggi, nikmati keindahan matahari terbit dan terbenam di tebing sungainya

seronok kan kalau dapat nikmati keindahan matahari terbit dan terbenam di tempat yang sama?

baru saya perasan yang saya boleh nikmati keduanya di tebing sungai kota tinggi. tu pun gatal-gatal nak meronda dan kebetulan cuaca amat baik. alhamdulillah,Allah beri saya peluang untuk saya melihat dengan mata kepala saya sendiri... tak terucap dengan kata-kata. hanya ungkapan Syukur dan semestinya keindahan itu dirakamkan dengan lensa kamera “semakfon” yang tak seberapa.

keindahan ciptaan tuhan memang menakjubkan. seakan hilang kesan kedurjanaan manusia ke atas sungai yang mengalir lesu yang mencarik pemandangan.

sesungguhnya... kita amat kerdil...

word-less wednesday,my last selfie

my name is udang galah, this is my last selfie before heading to dinner table... not as guest but i am on the menu...

bon appetite!

Selasa, 2 September 2014

cara elakkan automatic update apps facebook

kita selalu bermain permainan di facebook... tapi tahukah anda ada permainan yang menggunakan aplikasi automatic update yang akan buat posting secara automatik ke wall facebook anda dan ianya adakala merimaskan.

apatah lagi jika bukan kita yang bermain permainan tersebut... sudah tentu mengundang pelbagai spekulasi.

ini tips dari seorang kawan sekolah. mungkin dapat memberi manfaat untuk kawan semua...

nak elak automatic sharing kat timeline, do this: in desktop facebook (gune laptop or PC ye, bukan facebook app kat phone), pegi settings (click arrow kebawah kat atas belah kanan, and then ade settings) kat column belah kiri ade tulis apps. click apps, nanti die akan display all apps yang gune facebook, termasuklah seme games. for each game yang nak disable automatic sharing to timeline, hover the cursor over each app, then akan ade icon pencil & X. click the pencil icon and under "App visibility and post audience", select "only me". buat untuk seme apps yang kite taknak share kat timeline. you can choose to delete the app from facebook tapi nanti takut game tak jalan plak.

bolehlah dicuba, semoga wall anda tidak memberi stress kepada anda dan teman-teman facebook anda

Selasa, 26 Ogos 2014

syawal, hari lahir dan western union

sebulan lepas, ramadhan penuh rahmat kita tinggalkan... kini syawal melabuhkan tirainya, sebulan dipenuhi dengan sesi maaf memaafi dan rumah terbuka. meriah dengan sanak saudara jauh dan dekat, sahabat handai lama dan baru, mengambil kesempatan untuk bertemu bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita sepanjang tahun. ada juga cerita cerita melangkau zaman...

masing-masing dengan agenda masing-masing. seronok mengeratkan silaturrahim yang dah terjalin.

boleh dikatakan... tiada perasaan lain selain perasaan gembira. begitulah indahnya syawal...

tapi, jangan dilupa, ada yang bersedih dikala syawal dan sambutannya hanya sekadar adanya..

....................................…………………

selamat hari lahir untuk aku... sekadar ucapan untuk diri sendiri... yang keberapa? a big 36!

ramai cakap,age just a number... kenyataan sedapkan hati sendiri dari mereka yang tak dapat menerima hakikat  yang usia semakin meningkat.

adakah tua itu menakutkan?

tidak bg aku... aku takkan menyorokkan usia sebenar aku. ya... ramai yang kurang suka apabila ditanya mengenai usia sebenar mereka...

takut tua atau takut mati... jawapan tu ada dalam hati setiap individu... siapalah aku mahu mempertikaikan jawpan mereka...

i am 36 and i am ageing gracefully...

………………………………………………………

western union...

perkara baru yang aku dapat belajar. itupun selepas aku terlibat dengan google. kiriman wang ke seluruh dunia paling efisyen. kiriman wang dari dublin baru diterima memang byk membantu lebih-lebih tatkala aku perlukan suntikan modal...

2 kali berurusan,wang begitu mudah untuk dipindahkan. tak sampai satu hari kiriman wang dari dublin dapat dikelurkan di malaysia... pantas, mudah dan tak perlu bersusah payah nak bank in... isi borang dan hulur ic... terus boleh ambil tanpa prosedur yang rumit.

amat bagus untuk mereka yang menggunakan pengiklanan google adsense. juga untuk mereka yang berhasrat mengirim wang ke serata dunia...

……………………………………………………

sesungguhnya.... dunia adalah sekolah,kehidupan adalah bilik darjah dan pengalaman adalah guru yang terbaik. kita akan terus belajar dan belajar hinggalah nyawa bercerai dari badan.