Iklan Berbayar

Selasa, 13 Ogos 2013

duit raya dari google

alhamdulillah..merasa jugak hasil adsense dari google... terima kasih kepada pengunjung2 blog yang sudi menonton clip2 yang pernah aku poskan kat blog ni...  terima kasih dan terima kasih...
jemput sama2 follow blog dan saluran youtube (carian: bob matcha/taugeh1978)share beramai2 clip2 yang ada....
terima kasih dan selamat hari raya....

Jumaat, 9 Ogos 2013

kampung sijangkang semakin menjadi pilihan untuk lokasi drama dan filem melayu

selamat hari raya untuk semua reader... percubaan untuk mengupdate blog gunakan semak-fon... hehe... mmg terkial2... haha..

tak sangka... kampung yg dulunya hanya mula dikenali dgn kehadiran industri pembuatan kapal oleh ngv tech yang mana selalu pm dtg... kini mula jadi tumpuan pembikin drama... baik dari tv siaran percuma hinggalah tv siaran berbayar... wah...ini satu perkembangan yg boleh dikatakan positif...

yg terbaru... setia di hujung nyawa raya... scene tepi sungai tu... mmg cam.... area jeti nelayan...

apakah akan satu hari nnt kampung sijangkang akan terus jadi tumpuan penerbit drama dan filem?harap2 trend ini berterusan....mcm kg yg kat hulu selangor tu..

Jumaat, 2 Ogos 2013

Apabila Sultan Johor Pandu Keretapi

Jika dahulu Baginda selalu turun padang dengan menaiki motorsikal berkuasa tinggi dan singgah diseluruh pelusuk negeri, kini baginda turun padang dengan kelainan sendiri...

 memandu sendiri keretapi ke segamat...


Ianya  juga menjadi satu tarikan.Apa yang pasti,  sememangnya baginda memiliki lesen untuk memandu lokomotif tersebut...

Hats Off...

kelakar apa yang tak patut dilakukan di dalam masjid!


dalam gelak ambil pengajaran....

Sistem Kurangkan Jenayah Kecurian Telefon Bimbit Diperkenal Sebelum Akhir Tahun Ini











KUALA LUMPUR: Telefon bimbit curi tidak boleh digunakan dalam tempoh tiga jam selepas pemiliknya membuat laporan mengenai kehilangan peranti tersebut.
Malah tindakan menukar kad SIM juga tidak akan mengakifkan telefon bimbit tersebut.
Sistem tersebut yang akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini adalah sebahagian daripada insiatif kerajaan untuk mengurangkan jenayah kecurian telefon bimbit.
Sumber industri telekomunikasi berkata, pengawal selia industri tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi pada April lalu supaya mematuhi syarat-syarat di bawah inisiatif baru itu.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata sistem tersebut akan mengurangkan jenayah jalanan dan kecurian telefon bimbit memandangkan telefon pintar yang dicuri boleh dijual separuh daripada harga asal di pasaran gelap.
"Ya, kami sedang berusaha. Banyak negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Britain sudah melaksanakan sistem ini. Kami mendapat sokongan pengguna," katanya.
Beliau berkata SKMM sedang menyelesaikan beberapa isu teknikal dengan pengendali rangkaian sebelum perkhidmatan itu dilancarkan.
Menurut, Mohamed Sharil syarikat telekomunikasi tidak akan mengenakan caj kepada pelanggan-pelanggan mereka untuk perkhidmatan baharu itu.
baca lagi di sini