Iklan Berbayar

Jumaat, 2 Ogos 2013

Apabila Sultan Johor Pandu Keretapi

Jika dahulu Baginda selalu turun padang dengan menaiki motorsikal berkuasa tinggi dan singgah diseluruh pelusuk negeri, kini baginda turun padang dengan kelainan sendiri...

 memandu sendiri keretapi ke segamat...


Ianya  juga menjadi satu tarikan.Apa yang pasti,  sememangnya baginda memiliki lesen untuk memandu lokomotif tersebut...

Hats Off...

kelakar apa yang tak patut dilakukan di dalam masjid!


dalam gelak ambil pengajaran....

Sistem Kurangkan Jenayah Kecurian Telefon Bimbit Diperkenal Sebelum Akhir Tahun Ini











KUALA LUMPUR: Telefon bimbit curi tidak boleh digunakan dalam tempoh tiga jam selepas pemiliknya membuat laporan mengenai kehilangan peranti tersebut.
Malah tindakan menukar kad SIM juga tidak akan mengakifkan telefon bimbit tersebut.
Sistem tersebut yang akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini adalah sebahagian daripada insiatif kerajaan untuk mengurangkan jenayah kecurian telefon bimbit.
Sumber industri telekomunikasi berkata, pengawal selia industri tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi pada April lalu supaya mematuhi syarat-syarat di bawah inisiatif baru itu.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata sistem tersebut akan mengurangkan jenayah jalanan dan kecurian telefon bimbit memandangkan telefon pintar yang dicuri boleh dijual separuh daripada harga asal di pasaran gelap.
"Ya, kami sedang berusaha. Banyak negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Britain sudah melaksanakan sistem ini. Kami mendapat sokongan pengguna," katanya.
Beliau berkata SKMM sedang menyelesaikan beberapa isu teknikal dengan pengendali rangkaian sebelum perkhidmatan itu dilancarkan.
Menurut, Mohamed Sharil syarikat telekomunikasi tidak akan mengenakan caj kepada pelanggan-pelanggan mereka untuk perkhidmatan baharu itu.
baca lagi di sini

Rabu, 31 Julai 2013

AES kampung style

demam balik kampung dah bermula....

antara topik yang hangat, road blok, AES, speed trap dan macam2 lagi lah....

sebut pasal AES, benda ni pernah sensasi dulu.... macam2 pendapat, macam2 luahan perasaan.... aku taknak komen... aku cuma nak share gambar ni je....



AES baling batu...kompom tak ada yg nak speed... sayang kereta

Selasa, 30 Julai 2013

pantasnya ramadhan berlalu

ramadhan, bulan beribu hikmah,

kehadirannya dinanti, tetapi ia pantas berlari, sedar tak sedar syawal semakin hampir... terasa aku tak terkejar, atau aku yang alpa dek kesibukan... atau.... aku yang merangkak dan terus merangkak..?

ada yang kata, ramadhan ibarat pesta, pesta makanan dan pesta berbelanja.... itu terpulang kepada pemahaman masing-masing....

aku, masih bersederhana... Inshaa Allah...

masih teringat tatkala sahur pertama....
masih teringat tatkala berbuka di hari pertama...

seperti semuanya baru semalam berlaku...

ramadhan, peninggalanmu akan meninggalkan seribu kenangan... aku hanya mampu berharap yang aku akan bertemu dengan ramadhan akan datang....

Inshaa Allah....