Iklan Berbayar

Rabu, 18 Julai 2012

video - bagaimana nak maksimumkan pelaburan unit trust

lagi satu perkongsian, ni sekadar panduan...ni pun aku dah post laaaaaama dulu.... well macam biasalah.... ilmu kalau tak dikongsi mana nak ada hasilnya kan.... aku takmo kedekut ilmu.... tak sanggup tgk org lain dok nganga tertanya-tanya kenapa ada orang boleh kaya tapi dia tak boleh..... pastu "speku" macam-macam....

-----$$$repost dari entri lama.$$$-----

jeng jeng jeng...post lepas dah blaja ape tu unit trust, kali ni camne nak maksimumkan pulangan unit trust korang tu... ye lah, sapa nak melabur untuk rugi kan... tapi percayalah korang, rugi tak melabur ni... kenapa rugi? korang lepaskan peluang nak "menambah" dan "memberanakkan" duit korang semaksimum mungkin...

anyway, korang layan dulu video ni....


jadi camna? dapat idea camne nak maksimumkan pelaburan korang? ni antara caranya... maksud aku antaranya adalah, banyak lagi cara korang nak maksimumkan pelaburan tu... tapi kalau tak melabur mana nak tau kan camne... jadi, sekadar nasihat.... selagi ada peluang untuk melabur, laburlah.... sedikit atau banyak pulangan, ianya tetap pulangan dari pelaburan... yang penting kita haruslah kreatif.... kenapa aku selalu promotekan pelaburan ni? jawapan dia senang, risiko yang terkawal dan sesuai untuk pelaburan jangka panjang....
-----------------$$$$------------------

ramai dah melabur, korang camne? dah melabur?... bagus.... tapi cukup ke pelaburan tu? kalau rasa tak cukup.... ape lagi.... tambah je lagi.....

Jumaat, 13 Julai 2012

sedikit demi sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik

salam jumaat,

sebut hari jumaat, teringat masa khutbah jumaat beberapa minggu lepas ketika awal bulan syaaban.. seperti yang kita sedia maklum, bulan syaaban ni banyak pahala yang menanti kita. terutamanya malam nisfu syaaban. maka berpusu-pusulah mereka mengerjakan amalan di malam tersebut demi "mengaut" pahala yang sedia terhidang

tetapi, bila hari-hari biasa, mereka seakan alpa dan lupa, amalan-amalan yang kecil ditinggalkan begitu sahaja. sedangkan Allah lebih suka kepada mereka yang tidak hanya membuat amalan ketika hari-hari tertentu tetapi membuat amalam biarpun kecil secara berterusan.

terlintas dalam hati, kenapa orang kita agak susah memulakan simpanan atau memulakan pelaburan,  terutama pelaburan dalam unit trust. rupa-rupanya seakan terprogram dalam minda mereka bahawa mereka hanya mahukan pulangan yang cepat dan lumayan sekaligus tetapi melupakan pulangan yang kecil dan berterusan. Tu yang ramai terjebak dengan skim cepat kaya..... nak pulangan cepat tapi akhirnya, terlungkup menepuk dahi tak sudah....

akhirnya, mereka melepaskan peluang untuk menjana dan merancang kewangan dengan berkesan....

jadi, kenapa perlu tunggu, mulakan dengan saiz yang kecil, buat tambahan setiap bulan, sedikit demi sedikit, kita akan nampak hasilnya, jika tak mampu gunakan wang tunai, gunakan simpanan kwsp.asalkan peluang yang terhidang tidak dilepaskan begitu sahaja...

ingat pesanan orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, tetapi, zaman moden ni, sikit-sikit lama-lama jadi jutawan... jadi bolehlah tinggalkan legasi untuk keturunan kita......

Selasa, 10 Julai 2012

what is gastrosexual

Just a little sharing, run a bit from money and investment topic. Found out this urban words during watching bella at NTV7 this morning

after a simple search....



1.A term used to describe men who cook, taking the household chore part away from it, and turning it more into a hobby, used to impress friends and prospective partners. More and more, women are finding a partner's ability to cook as important as other attractive features (looks, personality, status, income, etc.)
My friend Pat hosts large dinner parties at least once a month. He makes fancy tapas and serves them with wine he paired himself. What a gastrosexual!

Gordon Ramsay is a gastrosexual.
 
2.Men who use their culinary skills to impress their friends and potential love interests.
Brian's in the kitchen with the girls showing off his new blender. He's such a Gastrosexual
 
3. A man who sees cooking as a hobby and not just a chore. Deeply passionate about analysis and innovation and creativity in cuisine.
May often dress like a metrosexual, and itsn't afraid to explore his artistic side and even feminine side through cooking.
Jamie Oliver, Gordon Ramsey, Heston Blumenthal, Rex Newmark, Keith Floyd are all examples of the Gastrosexual.
 
4. Word made up by PR bods to attempt to boost popularity and editorial value of mediocre food products.

Follows general marketing/ PR rule of thumb that if you can't think of a word that fits what you're describing, then just make up a new word, either by adding 'sexual' or 'ability' to the end of it. See also campaignability
This product really speaks to those gastrosexuals out there who want to show their friends how skilled they are in the kitchen.
 
 Guys.... are you ready to become one?

heheheh

Sabtu, 7 Julai 2012

orang yang gagah takut dengan benda ni

dalam dunia ni,ramai yang mengaku diri mereka kuat.mereka mengaku yang mereka tabah dan gagah. percayalah, mereka sebenarnya penakut.....

percaya atau tidak...

dalam bercinta, mereka adalah si gagah yang sanggup berenang lautan api... biarpun sampai habis duit dalam simpanan dan KWSP

dalam berniaga, mereka adalah gergasi dengan segala halangan sanggup diredah, biarpun habis bergolok gadai harta benda untuk mecapai apa yang dihajati...

dalam kehidupan, mereka adalah hero hingga segala rintangan sanggup mereka harungi dan tempuhi....

tetapi....

bila ada yang datang nak cerita pasal pelaburan yang sah di sisi undang-undang (bukan skim cepat kaya) mereka akan mencipta seribu satu alasan dan persoalan untuk melarikan diri....tanpa memberi peluang dan membuka hati mereka untuk mengetahui...

tepuk dada tanya akal, beranikah mereka?

sesekali terjengah: hasil pelaburan aku dalam unit trust

tersentak......
sebelum ni aku dah dump lebig kurang RM1000 duit KWSP aku dalam unit trust.... tu pun kebetulan aku dah lulus exam CUTE dan dah menjadi seorang agen berdaftar.... sebelum2 ni aku memang ignorance... tak peduli ape pun pasal pelaburan ni. bukan takda yang aproach menda-menda ni semua.... biasalah...kalau dah ignorance tu.... letak selonggok duit pun masih tak peduli....

mungkin akibat dari promosi "duit segera" yang selalu diwar-warkan di ruang cyber kut.... hati aku tak terbukak...

10 tahun aku hidup dalam ignorance....hasilnya... HA-ALIF-MIM-PA-YA-HA.... HAMPEH...

2-3 hari ni, tatkala aku mengemas, terpandanglah statement investmen aku....ASB ngan PUBLIC MUTUAL, yang asb dah tentulah agak masyuk, biarpun dalam bentuk pinjaman bank, setiap tahun aku boleh dapat sekitar RM3000, ermhhh jadilah.... atleast dah macam "bonus" tetap awal tahun....kan? nak harapkan bonus kompeni untuk kerja no.1, aku berapalah sangat. sekurang-kurangnya tatkala org lain menepuk dahi akibat "lubang poket yang besar" di awal tahun, aku boleh buat "perancangan melubangkan poket" untuk tahun tu....

paling tidak.... tambah pelaburan untuk masa hadapan....

aku labur dalam fund ni, klik utk besarkan


yang PUBLIC MUTUAL plak, iskk aku baru dump RM1000, tolak caj ape semua, adalah dalam RM800++, tapi dalam masa hampir 2 tahun, kira unit yang ada dengan unit price terkini....hmmmm capital gain dekat 50 peratus!.... ini dah bagus....

tu yang aku buat entry ni.... sekadar nak berkongsi ilmu....

mungkin entri ni agak annoying... takpe, aku faham... aku pernah rasa apa yang korang rasa... tp sekarang barulah terasa.... terasa seronoknya menuai hasil dan terasa sesal pasal tak melabur 10 tahun lepas!

syoknya melabur bila ada hasilnya....

psst...kalau nak belajar/nak tahu.... jom sesi teh tarik.....