Iklan Berbayar

Khamis, 15 Mac 2012

Prepaid service tax in July?

Is it for real?

according to HLIB Research, Government likely to give "green light".

 hmmm... RM10.60 for RM10 reload, RM106.00 for RM100 reload....

"KUALA LUMPUR: Rumour has it that the government may have finally decided to allow telecommunications companies (telcos) to pass on the six percent service tax to prepaid subscribers, HLIB Research says.

"It is understood that the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has issued a memo to all the industry players instructing the telcos to be technically prepared for the launch on July 1," said the research house today. (read more) " - malay mail, 15 march

i am sure, people will blame the government, but actually, the tax is currently charged and paid by mobile provider. and the question is, are these provider become greed? or taking chances for not taking the blame once the charge imposed to their customer?

in coporate world, chances are something "hard to resist"

for my opinion, mobile provider actually have so many ways to "impose the tax without making it so obvious" such as, more "provider friendly" package... no need to make people feel uneasy....

or...maybe, the provider start "recovering damage" after lots of "convenience package" and promotions imposed?

let the things flow... and what i am very sure, with the convenience of number portability, provider who give the best offer will be chosen... let see how long they can brag about this charge after they impose this....

ha...ha...ha...

Rabu, 14 Mac 2012

mengajar anak berenang

bila paling sesuai nak ajar anak berenang? setahun? dua tahun?

di UK, kanak-kanak semuda 3 bulan dah mula diajar berenang. mungkin ramai ibu bapa yang tak sampai hati nak "mencampakkan" anaknya ke dalam air diusia semuda tu kan...tapi hakikatnya, baby-baby comel ni ada "natural instinct" bila berada dalam air... tgk aje video kat bawah ni... relax je muka baby-baby comel tu...





amacam, ada berani?

Isnin, 12 Mac 2012

tips cuti cuti bajet, takde duit tapi boleh melancong

cuti sekolah baru je bermula. mesti ramai yang pergi bercuti kan. almaklumlah, awal-awal tahun ni, ramai yang begitu "mewah" dengan cuti dan juga "bekalan" poket yang begitu tebal.

dan persoalan paling besar, berapa besar "lubang poket" yang dihasilkan?

ye lah, mana yang pergi bercuti dengan keluarga, dah tentu belanja yang dikeluarkan agak besar. tak dinafikan. tapi tak apalah, masa untuk keluarga lebih bernilai dari wang ringgit kan

okeylah, takyah bebel panjang, kang merapu plak tulisan aku ni. dah lama sebenarnya aku nak kongsi tips tips menjimatkan

1. melancong bukan waktu 'peak season'

ramai antara kita suka pergi melancong ketika orang lain pun cuti sama. secara teori, memanglah meriah dengan adanya ramai orang. the more the merrier kan... hakikatnya, dengan penambahan permintaan, harga penginapan, kadangkala harga makanan pun memecut tinggi ke awan.... hehehhe tu sebab aku lebih suka melancong di hari biasa. lagi-lagi diwaktu belum ada anak nI...kan. tapi, kalau dah ada anak terutama yang dah bersekolah, maka kenalah buat planning lain.

2. kurangkan bintang hotel penginapan

hotel yang selesa, dah tentu jadi pilihan. tetapi perlukah bilik hotel yang lengkap dengan kemewahan dan lain-lain? jadi, adalah baik rancang aktiviti percutian tu samada hendak bercuti di luar hotel atau satu  percutian yang asyik terperuk dalam bilik macam pengantin baru? pilihan di tangan anda

3.tempah penginapan dalam talian

banyak untungnya jika menempah bilik dalam talian. antaranya adalah diskaun yang diberikan. tak caya, cuba google mana-mana website yang menawarkan tempahan bilik secara online. mungkin ramai yang tak mengetahui perkhidmatan ni.... majoriti akan ada diskaun. tapi berhati_hati, pilihlah website yang benar-benar boleh dipercayai. jangan lupa juga periksa harga bilik yang hendak ditempah dengan hotel untuk dapatkan update harga sebenar.

4. rancang lokasi lebih awal

elakkan ad-hoc vacation melainkan korang dah biasa dan bersedia. seeloknya rancang lokasi lebih awal, buat kajian awal lokasi tersebut. kaji tentang perkhidmatan, kemudahan,  pengangkutan dan kos. especially tempat yang belum pernah dikunjungi. sekurag-kurangnya ada persediaan untuk risiko yang bakal dihadapi.

5.tempah penerbangan seawal mungkin

yang ini mungkin ramai dah tahu. tempahan awal untuk penerbangan sebenarnya betul-betul menjimatkan. ada kalanya sehingga 100 peratus!. untuk pemilihan penyedia atau syarikat penerbangan, pilihlah syarikat penerbangan tambang murah. asal selesa dah la kan. lagipun penerbangan dalam negara bukannya memakan masa berjam-jam.

6. guna kenderaan awam

bercuti adalah masa untuk kita merehatkan minda dan fizikal. kenapa perlu memandu sendiri untuk pergi ke destinasi yang jauh  yang tentunya memenatkan fizikal dan mental? gunakanlah kenderaan awam, tak perlu memandu, dan yag paling menarik tentulah boleh  berehat dalam perjalanan. kan itu lebih baik dari terpaksa berehat selepas tiba di destinasi. rugi masa dan tenaga. seeloknya memandu biarlah terhad apabila sudah tiba dilokasi.

7.coupon diskaun

akhir-akhir ini jika korang perasan, banyak iklan-iklan diskaun bersepah-sepah di website-website dan blog yang korang kunjungi kan, mungkin korang rasa annoy dengan iklan-iklan ni. fikir 2 kali sebelum  korang mengabaikan iklan tersebut. ada kalanya iklan iklan ini memberi peluang korang untuk menikmati makanan di restoren dan cafe yang harganya boleh membakar poket korang ditahap maksima. ataupun korang boleh dapatkan bilik-bilik hotel yang lebih baik dengan harga hotel bajet. kan lebih bermakna percutian korang tu. diskaun sehingga 70 peratus atau lebih mungkin korang akan dapat. dah jimat kan.

8. ringan dan ringkas, go backpack-ing

korang bercuti nak rehatkan minda, nak meneroka dan melihat negeri orang, apa perlunya membawa bagasi seperti hendak berpindah atau bermigrasi? cukuplah sekadar membawa sebuah backpack dan pakaian untuk beberapa hari. tak perlulah pakaian yang seakan mahu ke parti. keep it simple and light... seperti mana yang biasa kita tengok pelancong-pelancong dari barat. walau apepun, dengan sebuah beg dah tentu memberI lebih banyak ruang untuk korang bawak "lebih banyak beg" apabila balik nanti kan.... apetah lagi bila korang ni seorang kaki shopping dan pergi ke destinasi shopping heaven!

jadi, ape lagi, jomlah pergi bercuti... rehatkan minda, tenangkan fikiran. tak kisahlah cuti-cuti malaysia atau antarabangsa....

buah ketapang boleh dimakan?

ketapang, tropical almond, indian almondatau dalam baha saintifiknya, Terminalia catappa

ramai yang sedia maklum pasal pokok ni, pokok berdaun lebar dan rendang seringkali dijadikan sebagai pokok teduhan.

buah ketapang yang masih muda
teringat masa zaman sekolah rendah dulu, selalu duduk kat bawah pohon ni semasa waktu rehat. tak tau pulak yang buah atau lebih tepat lagi biji pokok ni boleh dimakan. isinya seakan kacang merupakan "delicacy" di sesetengah tempat kat dunia ni


warna bila dah masak

proses memecah biji untuk mendapatkan isi

biji yang telah dipecahkan dan isi "kacang" yang boleh dimakan

isi yang sidah diproses,

sapa sangka kan, dulu biji pokok ni aku selalu sepak-sepak dan jadikan alat permainan masa zaman kanak-kanak dulu adalah "kacang" yang boleh dimakan. nampak enak dan menyelerakan.

Ahad, 11 Mac 2012

tambang teksi dari kuchai lama ke TBS RM3, biar betul..

lama tak menarikan jari, ampun maaf untuk semua pengunjung. mood hilang skit lepas dari majlis tu hari. nak tulis pasal majlis tu pun belum ada mood lagi pasal...gambar masih belum ada kesempatan nak di-upload. semangat tu belum sampai lagi gamaknya...

oklah, pagi 11/3/2012, aku nak hantar cik puan gi TBS-BTS, cik puan nak balik kampung sekejap pasal nak hantar buah tangan yang diborong masa bercuti di pulau mutiara tempoh hari. pasal cuti ni pun belum ada kesempatan nak tulis...hehhe teruk kan.... dipendekkan cerita, aku pun tahan lah teksi. lagipun TBS-BTS tu bukanlah jauh sangat kalau naik teksi, dalam sepuluh minit je kalau jalan tak jem.....

punyalah peramah pemandu teksi tu, sedari aku melangkah masuk je, terserlah keramahannya. seronok pulak rasa bila masih ada lagi pemandu teksi yang berdedikasi macam tu. nak aje aku cadangkan nama dia kat kementerian pelancongan untuk program pemandu teksi duta pelancongan. dalam ramah tu, aku perasan, pemandu teksi ni tak tekan meter la.... ape lagi, "telinga kiri" dok dengar bisikan-bisikan yang kurang menyenangkan. asyik tengiang bisikan "abihla....ko kena sembelih pagi ni". tapi aku cuba abaikan.... alang-alang pemandu teksi ni ramah, aku layankan aje...seronok berbual dengan abg teksi ni....

jauh di sudut hati, ada rungutan tak puas hati pasal meter jugak... biasalah, manusia....

tak lama lepas tu, sampai TBS, baru abang tu perasan yg dia tak tekan meter, tanpa ada reaksi terkejut dan dengan muka selamba, dia pun sebutlah tambang....

"3 ringgit je dik"

terasa awan nano...eh... awan kelabu menyelubungi kotak fikiran aku.... satu persoalan "besar" menerjah dalam lubuk hati yang dari tadi dok merungut...

"HAA....biar betul?".....

"bagi abang 3 ringgit je dik, abang lupa tekan meter tadi" sambung abang tu. macam boleh baca fikiran aku yang kelabu tadi.....

aku tau tambang teksi yang sebenar jauh lebih Mahal dari tu... biarpun tak jem sekalipun, RM3 tuh terlalu murah.

terharu...... dan aku hulurlah anggaran tambang yang sepatutnya....

memang aku sanjung keperibadian abang teksi tu, jujur dan berdedikasi... tak macam selalu yang kita dengar dan mungkin yang pernah kita alami. pengalaman hari ini memang akan dikenang....

semoga bertambah rezeki mereka yang mencari rezeki dengan jujur, amin....