Iklan Berbayar

Sabtu, 7 Januari 2012

tali raket Lin Dan putus terbarai, satu serangan psikologi?

Lin Dan, pemain ulung dari negara china, tali raketnya putus terbarai bila buat smash.... ermhh reput ke tali raket dia?

selama 33 tahun aku hidup, pernah meminati badminton terutama ketika malaysia menjadi pasukan antara yang terbaik di di dunia, ketika adik beradik anak kepada arwah hj sidek menjadi bintang, belom pernah berlaku kejadian seperti ini....

bersepai atau terbarai?

ni pukul bulu tangkis ke bola skuasy?
nampak tak? berlubang dibuatnya. salah satu faktor yang aku boleh jangkakan, tali raketnya terlalu ketat. kebiasaan untuk pemain prefessional untuk menggunakan regangan tali maksima kerana mereka tidak perlukan keanjalan tali untuk memacu bulu tangkis tidak seperti pemain amatur.

adalah mustahil untuk mengatakan tali tu dah reput, takkan lah kan..... atau, ianya sebagai satu serangan psikologi untuk sesiapa sahaja bakal lawannya di masa hadapan?

Jumaat, 6 Januari 2012

kesian harimau ni, giginya dah patah

harimau ni ditemui di sekitar kawasan kereta kabel langkawi, berhampiran dengan jambatan. nampak garang tetapi cukup jinak, hinggakan ianya hanya menganga melihatkan pengunjung yang lalu lalang....

tetapi.... harimau ni memang membuatkan aku terkejut dan sangat-sangat terkejut.... itupun selepas dia menegur aku dengan suara yang cukup menyedihkan....sempat aku ambik gambar dia.....

.
kesiankan.... nampak terbiar dan berpenyakit..... hehehhe jangan marah ye.... santai hujung minggu....

insurans kenderaan naik, mesti ramai tepuk dahi

mesti ramai yang menyampah kan... mulai 16 januari ini, insurans kederaan bermotor akan dinaikkan antara RM1 hingga RM64.

menurut bank negara, kenaikan ini dikenakan hanya selepas 30 tahun dan akan dikaji setiap 4 tahun sekali selepas ini.

kenaikan untuk kenderaan persendirian adalah seperti berikut:-


perlindungan pihak ke-3 bagi motorsikal 110cc, kenaikan antara RM1 hingga RM3.50 setahun untuk 4 tahun akan datang


kereta persendirian 1400cc - kenaikan antara RM6 hingga RM34 setahun untuk jangka masa yang sama

sumber : the sun

clothes that poke eye? parah ni, kita perlukan lebih "english education"

tak tau nak cakap camne.... sampai jadi bahan gelak, mungkinkah pembelajaran bahasa inggeris perlu dipertingkatkan lagi?

korang bacalah keratan akhbar ni, pada aku malu dan memalukan...kena gelak pulak tu,
dan lebih memalukan lagi... isu pembelajaran bahasa inggeris pernah jadi isu hangat... 

klik kalau nak besarkan

sememangnya memartabatkan bahasa melayu itu penting, walaupun kadang kala kita (termasuk aku jugak) mencemarkan martabat bahasa sendiri.... tanpa kita sedari.... tetapi kalau dah jadi macam ni... ermmm

malu lagi memalukan... adakah ini hasil perjuangan memartabatkan bahasa melayu hinggakan bahasa ke 2 di malaysia jadi macam ni?

entahlah...nak bangkitkan isu PPSMI, malas dah bila mereka yang "terlalu bijak lagi pandai" dah masuk campur dan akibatnya jadi macam air batu campur..... kalau ye pun air batu campur... sedap jugak tapi ni, ermmm sampah bercampur kut?

aku akui, tak semua antara kita fasih dan lancar berbahasa inggeris, seperti mana kekok dan pelatnya mereka cuba berbahasa melayu walaupun 11 tahun dimasukkan dalam sistem pembelajaran di malaysia.

Tepuk dada tanya akal, dah jadi macam ni, ramai tepuk dahi sambil ketawakan korang macam orang hilang akal....

Khamis, 5 Januari 2012

dah buang shoutmix

salam...seminggu tak tulis blog.... balik kota tinggi melawat mentua sesambil shopping baju melayu kat pasar kemboja.....

dan hari ini....dengan rasminya shoutmix aku dah buang, memang perasan ramai yg mengeluh pasal shoutmix ni. tak kisahlah, aku taknak guna dah... so, selamat jalan ye shoutmix!

ingat, aku bukan "cheapskate", mana tau ada yang cakap aku asyik nak guna barang free, anyway, hak aku untuk memilih samada nak guna atau tak... kan.... kan.... jadi,aku pilih untuk tidak menggunakannya....

tengoklah...kalau ada perkhidmatan lain yang boleh aku gunakan.... tapi buat sementara, aku guna guna apa-apa service lagi.....