Iklan Berbayar

Rabu, 5 Oktober 2011

tablet komputer termurah dalam dunia, kenapa tak dilancar di malaysia

india sekali lagi, lepas pernah melancarkan kereta termurah dalam dunia, sekarang melancarkan pula tablet komputer termurah... hanya 60 dollar! atau lebih kurang RM185.... lagi murah dari henpon 3g cap ayam tu...

buat masa sekarang, ianya hanya untuk pembelajaran... tapi kalau betul RnD, tak mustahil kita dapat tablet dengan harga yang amat murah!


berita lanjut boleh tgk kat sini http://www.crazyengineers.com/akash-tablet-worlds-cheapest-tablet-60-1089/

ni video pelancaran tablet tu...

mari tengok aksi pukau, awas, ini mungkin berlaku kepada anda

kita biasa terdengar, juruwang dipukau sampai habis duit dalam drawer, pastu menggelupur... pasal duit "short", ada yang lebih malang, beribu duit habis dikerjakan dek "pemukau"...

sebenarnya, mereka hanya bermain dengan psikologi kita... tak caya tengok video ni.... ia mungkin berlaku kepada anda...

url video http://www.youtube.com/watch?v=wZ-oOtdLyIs&NR=1

trik bolasepak menarik

layan video ni.....

angry bird theme... menarik!



lagi teknik yang menarik...



sambungan teknik yang menarik...



mana tau korang tak pernah tgk lagi kan....

layan.............

Selasa, 4 Oktober 2011

kenapa aku kurang setuju kebebasan bersuara yang kurang menggunakan akal

dah beberapa hari tak updet, rasa gatal plak tangan ni... apa nak buat...ada urusan "membina masjid" yang perlu didahulukan....
dan aku terbaca dari facebook, sesuatu yang selalu aku katakan, kenapa kebebasan bersuara ni lebih banyak buruk dari baik. lebih-lebih lagi bila yang bercakap tu kurang menggunakan akal bila bercakap....
Teka-teki Imam Ghazali rah.a
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “
dan ingatlah, bahawa lidah kita ni lebih banyak "melakukan dosa"... jagalah ia dan bersama-sama kita elakkan menyakitkan orang lain... 

Ahad, 2 Oktober 2011

VIDEO perkahwinan bertajaan RM12 juta norman dan meme

hari perkahwinan 2 orang artis yang paling kontroversi.... siap tajaan RM12 juta tu... perghhhh beruntung diorang ye...



last-word....

kadang-kadang liputan negatif boleh jadi satu hasil yang amat positif... kan kan... jadi, jika ada yang beri pendapat atau  kritikan yang negatif, tak perlu cepat melatah, marah dan memaki tak tentu pasal, gunakan akal fikiran macamana nak menjadikan liputan negatif kepada suatu yang amat positif...dalam kes ni, siap dengan bonus lagi!

jadi yang selalu melayan amarah jiwa bila dikritik, korang cuma membuka pintu "kebodohan" diri sendiri dan org lain akan tengok korang tu "teramatlah bodoh dan berada di tahap kebodohan yang tertinggi"...