Iklan Berbayar

Jumaat, 5 Ogos 2011

"usop wilcha" tinggalkan dunia koporat

tak mengejutkan, dengan rezeki yang bertambah murah, ruang dan peluang seharusnya diambil dan diterokai, sebagai seseorang yang dah lama berkecimpung dengan dunia koporat, abg usop (shy8) dah tentu masak dengan selok belok cabaran ni kan.... cuma satu, selamat berjaya untuk abg shy8 dalam menghadapi gelombang dunia  hiburan yang tak kurang mencabarnya....

artikel lanjut korang boleh baca kat sini

'Usop Wilcha' Lepas Jawatan Pengurus Selepas Jadi Deejay 



Shy8 bersama anak dan isterinya

KUALA LUMPUR: Penyampai baru Hot FM, Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 bakal melepaskan jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad dalam masa terdekat.
Jelas Shy8 yang dikenali dengan watak Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, dia sudah memikirkan semasaknya perkara itu dan mengambil keputusan memilih dunia hiburan sebagai kerjaya tetap.
"Mulanya memang saya yakin boleh membahagikan masa antara bidang seni dan bidang korporat tetapi sudah dua bulan berlalu saya rasakan hidup saya semakin tidak terurus.

penulis: dengan resume yang flying colours, abg shy8 sudah tentu perjalanan kariernya akan begitu lancar.... pengalaman penuh di dada.....

untuk mereka yang suka dengan kaler pink atau merah jambu, inilah bandarnya

the environment is pink, the buildings are pink, cukup sesuai untuk mereka-mereka yang suka kaler pink, dan juga gila dengan kaler pink...

terjumpa artikel dalam mstar, korang boleh baca kat sini

share sikit artikel tu....

Jaipur bandar merah jambu

Istana Maharaja Jaipur.

BANDAR Merah Jambu atau Pink City. Sewaktu dikhabarkan mengenainya, penulis hanya mengerut dahi memikirkan sama ada terdapat maksud tersirat atau sebaliknya.
Namun kunjungan penulis ke ibu negeri yang juga merupakan bandar terbesar di Rajasthan itu memberikan jawapan sebenar tanpa berselindung walau sedikit pun.
Hampir kesemua bangunan dari rumah, kedai, kolej, pejabat sehingga ke istana semuanya dicat dengan warna merah jambu.


Sekumpulan wanita tempatan berpakaian sari menunju ke arah pintu gerbang City Palace Jaipur.
 
Pintu gerbang pertama untuk ke City Palace Jaipur.
 
Papan tanda menunjukkan arah ke City Palace Jaipur.
 
'Gangajali' merupakan objek perak terbesar di dunia.
 
 
Jalan utama di hadapan Hawa Mahal sentiasa sibuk dengan orang yang membawa penumpang, barang makanan dan bahan tekstil.
 
 
 sumber : mstar


so camner pink-o-holic? cuma nasib baik je orang-orangnye tak kaler pink kan....atau pemerintah situ menguatkuasakan undang-undang "pink" sampaikan pakaian pun berwarna pink....

penulis: wow, jambu u kalau lelaki sana semua pakai pink....

kadar zakat fitrah negeri-negeri

kadar zakat fitrah tahu ini bagi negeri-negeri di malaysia...

Bil     Negeri          Kadar Zakat Fitrah
1     Johor                   RM 7.50
2     Kedah                  RM 7.00
3     Kelantan             RM 7.60
4     Melaka                 RM 6.30
5     Negeri Sembilan     RM 6.50
6     Pahang                 RM 7.30
7     Pulau Pinang     RM 7.30
8     Perak                    RM 7.00
9     Perlis                    RM 6.00
10     Selangor           RM 5.20
11     Terengganu     RM6.00 / RM7.00 / RM8.00
12     Sabah                 RM7.70
13     Sarawak            RM 7.50
14     Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya     RM 5.20

selamat menunaikan ibadah puasa dan menunaikan zakat, sesungguhnya zakat itu sebagai "pencuci" rezeki kita.... insyaAllah.....

Khamis, 4 Ogos 2011

entri wordless wednesday, someone suddenly make my day

salam...hah, korang ingat lagi tak entry ni...?

tak ingat? isk isk isk....kompem aku nie tak pandai berblog kan... tu yang korang tak minat nak baca.... hehhehehe....

tak kisahlah.... yang penting, entry wordless wednesday tu, aku dah dapat sapa yang reply...dan orangnye ialah.....

cik tikah's blog korang terjahla blog dia ya.... reply dia kelakar...



reward : bukan lah reward beso, cuma aku nak masukkan dalam senarai bloglist aku je....
sekurang-kurangnya bertambah senarai bloglist aku....

anyway ada sorang lagi tapi tak dapat dihubungi, so kalau nak reward tu, sila hubungi balik ya....

korang benci dengan orang yang parking sesuka hati, alangkah seronoknya kalau dapat buat camni!

 i love this...aku rasa ramai yang dah share video ni melalui media-media sosial dan forum2... tapi memang aku suka jika tindakan ini diambil oleh dato bandar dan penguatkuasa di malaysia....


pasti masalah double park, parking kat tepi jalan sesuka hati, parking kat tempat parking oku dapat diselesaikan.....

tiba-tiba kawan aku bersuara.....

"kat malaysia ni, pemandu adalah raja di jalan raya, tak caya cuba buat camtu kat malaysia ni, kompom datuk bandar tu bankrap kena saman.... pbt turun naik mahkamah nak menjawab saman, NGO2 pasti mendesak untuk bayaran pampasan... tu belum lagi penubuhan gerakan-gerakan yang mengecam dan facebook penuh dengan status-status yang memaki dan mencemuh tindakan tu..... paling senang, SAMAN PUN DIORANG DAH KATA KEJAM!"

aku terdiam.... terfikir.... betul jugak....

hmmm.... adakah perkataan "HAK" dah mula disalahgunakan? atau UNDANG-UNDANG jatuh di tangga ke 2 selepas "HAK"?