Iklan Berbayar

Rabu, 3 Ogos 2011

kumpulan muzik kejut sahur di bukit piatu melaka, cap kun cak diberi nama (kalau tak silap la)

salam...

buat permulaan, maaf kalau nama kumpulan tu salah atau silap, memang dah dekat 2 dekad aku tinggalkan komuniti kampung bukit piatu. almaklumla...aku blaja kat sekolah menengah teknik kat situ.... sesi tahun 1994 sampai 1995

tiap kali bulan ramadhan, hampir setiap hari mesti ada sekumpulan anak muda akan bermain alat muzik sambil menyanyi, tujuannya, nak kejut orang sahur....  masa tahun pertama aku puasa kat situ memang aku teruja, kadang-kala aku duduk kat halaman rumah sambil memerhatikan gelagat diorang yang boleh buatkan ku tersenyum...

macam-macam lagu ada.... tune lari ke, pic ada sumbang ke, tu belakang cerita

yang paling aku perasan, diorang siap bawak beduk masjid!...hahaha

aku pun dah lupa pasal kumpulan ni... tadi aku masuk facebook page alumni sekolah.... diorang ada berbincang pasal kumpulan ni.... otomatik aku teringat.... terima kasih kat diorang....

aku percaya banyak lagi kumpulan seperti ini di serata negara....andaikata sesapa yang baca entri ni, dan kat kawasan korang ada aktiviti macamni, meh la kongsi ngan aku....

kita sebenarnya sakit mental

salam....

dah beli juadah berbuka belum? kalau sudah, mari santai baca entri aku...ekekkeke

tajuk panas? mana ade... suam-suam kuku je....

ya...sakit mental, antara sedar dan tak, kita sebenarnya ada sakit mental, kita ada kegilaan, kita ada sesuatu yang kita obses. dan macam-macam lagilah..... lagi-lagi dah dekat raya ni, obses dengan baju raya, obses dengan shopping, obses dengan juadah buka dan sahur.... macam-macam lagilah...

excessive blogging side effect, blog-o-zombie

jangan terkejut, obses berblogging juga jadi salah satu masalah mental yang aku sebutkan tadi... hehhehe adoi...sape tepuk aku ni.... dah tepuk sembunyi tangan ye....

relax2, jangan melenting.... tak percaya, korang perhati keliling.... korang duduk kat mana-mana restoren yang pengunjungnya ramai....paling afdal korang duduk kat tengah-tengah bukit bintang, ambik masa sejam dua, korang perhatikanlah manusia sekeliling korang.... mesti korang percaya cakap aku.....

sesungguhnya benar, dan tiada yang benar melainkan benar belaka.... manusia ni ada masalah mental....hahahhaha

cuma yang membezakan, samada ianya dari sudut positif atau negatif..... dan akal yang diberikan tu lah seharusnya digunakan untuk membezakannya dan juga mengawalnya agar kita terus waras untuk menempuh cabaran kehidukan ini....

okeh, nak keluar cari juadah berbuka...nak masak malas, aduyaiii..... bila la nak rajin nie..... (ayat ni pun ada unsur-unsur masalah mental....hahhha)

Selasa, 2 Ogos 2011

puasa dalam kenangan, ketika berada di dalam dunia FnB

salam...

ramadhan kali ni dah tahun ke 3 aku meninggalkan dunia FnB, senyum tawa, gembira, masam kelat, dan bermacam-macam lagi peristiwa yang kadang-kala hadir bersilih ganti dalam kotak fikiran.

mungkin ramai antara pembaca tak pernah bekerja di restoren tatkala ramadhan al mubarak kan.... hmmm lebih 6 tahun, dan alhamdulillah, agak liat nafsu hendak mengalahkan diri yang berpuasa.... tetapi, ramai antara kita mengatakn bahawa bila berpuasa godan paling besar adalah makanan dan minuman.... mungkin....

godaan tu biasalah... walaupun kebiasaan restoren/cafe ada sistem pendingin hawa, tapi bila tengah hari je, dengan bau masakan dan melihatkan air yang berais, sedikit sebanyak tentu menggoda iman kan... tipulah kalau tak terasa... tapi itulah yang terpaksa aku hadapi saban hari....

pada aku kerja bidang fnb ni, cabaran paling getir bukan waktu tengah hari yang terik atau bau makanan yang mampu mengecukan air liur... tapi, waktu berbuka... aku rasa korang mesti paham sesangat kan... diwaktu orang lain berlumba-lumba menyuapkan makanan ke dalam tembolok masing-masing, aku hanya mampu melihat dan kadang kala, hanya sempat berbuka dengan seteguk air sirap sejuk (tu pun pasal ada promosi ramadhan) dan bila waktu aku sempat nak mengisi perut, mungkin sejam atau 2 jam selepas itu... aduh... kadang terasa sadisnya....

ermhh tu lah kenangan terindah buat aku sepanjang bekerja dalam dunia fnb, mungkin ada pembaca yang pernah mengalaminya... jadi ingatlah, setiap kali ke restoren untuk berbuka puasa terutama restoren yang sibuk, waiter/waitress kat situ mungkin hanya mampu menelan air liur sambil teringatkan juadah yang dah dibeli tetapi tak sempat dinikmati lagi.... dan apabila tiba giliran untuk mengiri perut, selera mungkin ilang dek kerana kerenah pelanggan yang hmmm entahlah, malas nak sebut.... hehehhe

itu je entry untuk permulaan puasa ni, selamat berpuasa... dah dekat2 raya nanti barulah nak cerita pasal 4 tahun aku tak beraya di hari raya pertama dan ke 2....

dah...rehat dulu...bahasa pun merapu...ape da....(tepuk dahi sendiri)

patutlah jam mewah tu mahal, handmade....

kenapa jam mewah mahal?

kat sini jawapannya... tu lah...jangan asyik tau pakai jam je...tambahkan pengetahuan korang...


dan jam ni kebiasaannya bernilai 4 angka dan ke atas....

bergaya...sudah tentu, papa, sedar diri kalau tak mampu, tapi pengetahuan, priceless dan semua orang mampu memilikinya...

bangunan tertinggi mencecah 1600m di arab saudi? this arabs must be crazy, if this building will be build in malaysia, malaysian will getting frenzy creating facebook page to slam the plan, haha

 salam....

first of all.... woi... jangan marah aku dek tajuk tu haaa.... bulan pose tak elok marah-marah tau..... 

satu perkara yang akan menyebabkan kita ternganga, billionaire arab merancang untuk membina bangunan yang pada perkiraan, hampir 2 kali lebih tinggi dari menara 100 tingkat...opsss.... menara burj al-khalifa... setinggi 1 batu atau 1.6 kilometer... tinggi tu.... apehalpun korang baca link kat bawah tu....

dan kos dia mencecah 5 billion pound, atau RM30 billion ringgit.....

berita lengkap klik link kat bawah ni

http://www.biggerpockets.com/renewsblog/2008/03/31/introducing-the-worlds-tallest-building-mile-high-tower-in-saudi-arabia/


Introducing the World’s Tallest Building: Mile-High Tower in Saudi Arabia

 

Update 1/4/2010: The Burj Dubai, the world’s tallest skyscraper, opened today in Dubai, renamed as the Burj Khalifa, an impressive 828 meters, or 2717 feet, tall. While not a mile high, as initially speculated, the new tower is still 320 meters taller than the next tallest skyscraper, the Taipei 101 tower.

 

. . . and we thought the Freedom Tower was going to be tall . . .
mile-high-tower1.jpgIt is always fun to preview cool architectural achievements around the world! We’ve covered everything from the world’s smallest apartment to the coolest architectural projects in the middle east (includes the then proposed-tallest building in the world) to the world’s largest building (proposed in Moscow – slated to dwarf the Pentagon).
Once again, we’ve learned of a building that is slated to make the competition cry tears of inadequacy . . .
The Daily Mail reported today that Saudi Prince al-Walid bin Talal, one of the richest men on Earth, has unveiled plans to build a tower that will be 1 mile tall (5,280 feet) in Jeddah, Saudi Arabia – dubbed the Mile-High Tower.
mile-high-tower.jpgPhoto Courtesy of The Daily Mail

jeddah-mile-high-tower.jpg Artist rendering below:

mile-high-tower-jeddah.jpg
 
 
Mile-High Tower compared to other skyscrapers in the Middle-East:
tallest-buildings.jpg


 hmmm memang betul gila la orang arab ni.... yup... kegilaan dengan teknologi arkitektur yang memang gila-gila.... dan mungkin mereka terlupa agaknya, perlumbaan ni mengingatkan kita bahawa kiamat semakin dekat.... di mana banyak bangunan pencakar langit dibina....

 off-topic : tiba-tiba teringat kat bangunan RM5 billion yang dirancang di malaysia tapi masih tak nampak bayang lagi.... andai kata dengan kos RM30 billion, kita boleh bina 6 menara 100 tingkat tu, dan apa yang pasti, mungkin agak kelakar, penuhla forum2, facebook page, dan macam-macam lagi gerakan penentangan projek seperti ni di ruang cyber.... mungkin juga  isu ini akan dibincangkan sehingga beberapa generasi dan akan timbul ramai so call "pejuang".....

 ops...cukup2, kang jadi isu panas  plak blog aku nie...hahahhaha jangan marah-marah ye pembaca semua.... sekadar berkongsi maklumat yang aku dapat dari berita radio tadi....