Iklan Berbayar

Rabu, 8 Jun 2011

blog bekas pilot nuri, selami kehidupan seorang bekas juruterbang

salam...

sedari minggu lepas lagi hajat hati nak review blog ni, selepas blog ex komando yang aku suka sangat tu... yang ni satu lagi blog dari seorang bekas "service man", seorang juruterbang nuri... baca kat sini http://xnuripilot.blogspot.com/

muka depan buku karangan xnuri pilot

kenapa aku nak review, baru-baru ni, beliau dah menerbitkan sebuah buku dengan usaha beliau sendiri dan aku rasa aku nak "meluaskan" lagi kejayaan beliau menerbitkan buku tersebut. tahniah untuk beliau...

dan rasanya dengan adanya dunia blog, secara tak langsung kita boleh 'mengasah' bakat kita menulis dan walaupun kadar pembacaan di malaysia ni agak rendah, siapa tahu, anda boleh bergelar seorang penulis yang boleh bercerita dan menceritakan sesuatu isu...

apa lagi, jom sergah blog beliau, jikalau selalu kita sering membaca blog-blog dari blogger muda, apa kata kita membaca blog dari seorang yang telah matang.... dari segi gaya bahasa dan tarian ulasan beliau.

p/s : alang-alang dah ada buku, dapatkan buku beliau.... selami kehidupan seorang juruterbang nuri, bagaimana nak dapatkan, sila masuk ke blog tersebut untuk hubungi beliau

Selasa, 7 Jun 2011

bila dah 20 hari kerja tanpa henti...

salam semua...


dah 3 hari tak posting, akibat dari keletihan melampau... bukan taknak posting tapi, keadaan yang memaksa....

mungkin masih ada yang masih ingat posting aku pasal tak dapat offday... ya... memang menjadi kenyataan.....bukan saja kenyataan, malah berganda....

muka aku semasa buat keje... arrr.... arrr... arrr..... zombey!

weekend lepas aku terpaksa kerja jugak.... jadi kalau dihitung. hampir 20 hari aku keje tanpa ada offday, terasa tekanan dalam diri dan kepala otak ni semakin.... ermhhh jangan kena...iskkk taknak sebutlah.. takut jadi realiti....

tak apalah.. anggapkan ianya sebagai satu komitmen.... betapa kalau aku ni kalau "terlalu memikirkan" tugas dan tanggungjawab.....  macam dalam gambar kat atas tu... arrrc....arrrch!!!

alahaiii tak jadi macam muka mak limah dalam filem HMLBR dah....  tapi dah macam "zombie"... hahahhahahha....hahhaha...... Grrrrr

Jumaat, 3 Jun 2011

pelik: sukan terjun yang sampai sekarang sukar aku fahami

sukan yang pelik...memang pelik dan sangat-sangatlah peliknya... cuba tonton video di bawah, dah banyak kali cuba menggali jawapan tapi masih tak jumpa acara sukan apa yang dipertontonkan tu... kalau korang ada jawapan... boleh bagitau... yang nyata, bunyi peserta tu jatuh cukup "mengerikan"


Khamis, 2 Jun 2011

extreem smokers: people say smokes kills tapi aku hisap paip besar ni tak mati pun

salam... kali ni entry santai... malas nak sakit-sakit kepala.... cuma sekadar ingatan, kepada mereka yang merokok, yang kadang-kadang merokok atau yang baru nak merokok... ada baiknya hentikanlah...takda faedahnya... tapi kalau nak merokok jugak... itu keputusan masing-masing... sebelum tu...layan gambar ni... sanggup tak kalau korang hisap paip sebesar ni... kalau sanggup. aku bagi award... "most extreem smokers" hik hik hik

walaupun aku merokok dan agak tegar merokok... aku tetap menghormati kepada mereka yang tak merokok... dan rasa kurang selesa kalau tengah aku merokok ada budak kecik/baby berdekatan... dari segi hak asasi, diorang memang berhak untuk menghirup udara yang segar tanpa pencemaran.... betul tak?

ingat, merokok membahayakan kesihatan.... SMOKES KILLS....

p/s: cerita pasal hak asasi untuk non smokers, hak untuk para smokers camne ye....mungkin boleh disediakan satu tempat/bilik/lounge yang dapat mengasingkan perokok dari bukan perokok.... barulah adil dari segi hak asasi manusia kan...

Rabu, 1 Jun 2011

sedar atau tidak, blogger adalah pengarang, editor dan "proof reader"

salam...

mungkin kita tak sedar, kurang menyedari atau saja-saja buat tak sedar....

secara asas, blogger memegang 3 jawatan di atas....

ya, kita adalah pengarang, kita yang akan mengarang sesuatu  artikel. samada artikel tu panjang atau pendek, padat atau meleret, semuanya adalah bergantung kepada skil dan pengalaman kita.

ya, kita adalah editor, sudah tentu, kita akan menilaikan artikel apakah yang hendak disiarkan, kita juga menentukan masa siaran sesuatu artikel. terutama jika seseorang blogger tu mempunyai banyak idea dan menyimpannya dalam draf....

ya, kita juga seorang proof reader, kita akan membaca berulang-ulang kali. menilai kesesuaian lenggok bahasa dan juga melihat kesalahan ejaan dan tatabahasa (yang ni kurang sikit dipraktikkan). sekurang-kurangnya kita akan menilai tulisan kita tu menarik atau tidak untuk dibaca...

walauapapun, jika blog anda adalah terbitan sesuatu syarikat, maka anda adalah bos, anda adalah kuli, dan platform seperti blogspot, wordpress dan lain-lain hanyalah sebagai vendor yang menyebarkan dan memasarkan terbitan anda.....

sayangilah blog anda, terutama jika anda berminat untuk jadi seorang penulis, jurnalis atau wartawan... di sinilah tapak latihannya...