Iklan Berbayar

Rabu, 11 Mei 2011

kampung sijangkang? ape ke "tuuuut" nama kampung tu....

salam....

mesti sesapa yang pernah datang atau tinggal kat kampung ni marah kat aku.... ada aku kena baling dengan batu-bata kalau dia jumpa aku kat kampung... sabar... sabar.... jangan melatah sangat, relax la beb, baru nak buat tajuk sensasi korang dah marah sampai nak rejam batu-bata....

kelab basikal klasik klik umej utk baca aktiviti diorang
 alamak, basikal klasik la, tak sangka, minat ni mula bercambah kembali dengan suburnya. hahahha ape, ingat kereta klasik dengan motorsikal klasik je ada peminat ke... tengok, basikal klasik pon ada peminat la.... tapi aku, tetap dengan mountain bike (mode poyo, boleh tak?) anyway korang klik je kat gambar tu untuk korang baca blog diorang... ataupun korang klik kat sini --> http://anjungsepedaantiksijangkang.blogspot.com

korang akan disambut dengan pintu gerbang ni

yahhh aku selongkar lagi dan lagi.... tu dia, jumpa lagi... ada orang buat review pasal pintu-pintu gerbang yang menarik, tersenarai lagi, walaupun pada aku agak simple, tapi berjaya menarik perhatian orang tu dah kira bagus! Lokasi, jalan batu 8..... nak baca lagi --> http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/pintu-gerbang-yang-unik

pasar basah kampung sijangkang

pasar basah yang di pusatkan, ala-ala pasar borong gitu... ala-ala aje lah. satu kemudahan baru untuk penduduk kampung membeli barangan dapur. dulu pasar basah adalah terdiri dari "gerai pacak" kat pekan batu 1. tapi sekarang, disebabkan trafik dah meningkat dan usaha untuk memperkemaskan "impresi" orang ramai, maka kemudahan ini dibuka....






hihi...tiba-tiba aku terasa korang mesti maki aku. mesti korang cakap, aku ni terlebih poyo... lantak korang lah.... jangan jeles kalau kampung korang takde industri buat kapal.... syukur kat kampung aku ni adanya sungai yang agak lebar (secara teknikal aku tak tau tapi kalau dalam peta seberang tu pulau, ke korang panggil menda tu selat?) kompeni anak tempatan dengan nama NGV Tech mengeluarkan kapal-kapal yang ditempah oleh syarikat perkapalan dalam dan luar negara... bukan kapal kayu ye.... baca berita di sini

dan baru-baru ni, pusat logistik proton pun baru dirasmikan, ermhhh tak sangka, kalau dulu kampung ni hanya rancak dengan industri pertanian. kalau ada pun, kawasan industri di kawasan perdagangan bebas yang taklah sebesar mana, tapi sekarang perlahan-lahan kegiatan ekonomi semakin rancak.... sampaikan, "your pocket will be blasted if u wanna buy a piece of land" kat area ni....

last but not least, redakan kepanasan korang akibat ke"poyo"an aku.... enjoy gambar "sungai" yang aman damai ni.... aku rembat gak dari pakcik google....

mendamaikan kan.... ak rindu nak ke sungai ni, boleh mancing tapi hasilnya.... hehe


aku sendiri sebenarnya anak jati (ingat, anak jati, bukan anak jeti!) kampung ni. membesar dari kecik sampai habis sekolah sebelum aku "merantau" mencari pengalaman hidup. kampung yang aman. hari ni aku bukan nak cerita pasal kampung aku dengan detail, cuma gatal-gatal tangan terai google nama kampung aku ni, alamakkk boleh kembang tak kuncup hidung serombong aku... hahhahha... ni lah hasilnya. saja nak memperkenalkan kampung aku....  harap korang enjoylah ye.....

Selasa, 10 Mei 2011

harga gula naik la woii!!!!

salam....

dah sehari tak menaip.... merenyam betul la jari jemari ni.... ahai.... tu lah kalau dah suka blogging.... ermmm mulai semalam harga gula naik 20 sen kan? apa reaksi korang eh.... ?? mesti korang tak puas hati kan.... sampaikan dari peniaga, pemborong, penjual kuih, kedai mamak bahkan sampai perdana menteri pun korang sungutkan.....

dan macam-macamlah alasan...baik dari pengguna dan dari pihak yang menaikkan harga.... aku kat sini bukan nak cakap atau bersungut pasal harga gula naik ke hape...takmo ikut stream korang ah.... balik-balik cerita benda sama.... naik, naik, dan naik....haishhhh....tapi kalau ada satu barang tu tak naik....menggelabah macam dunia nak kiamat, segala macam akar, binatang atau serangga sanggup ditelan!

aku sebenarnya tertarik dengan satu alasan ni, GULA MENYEBABKAN PELBAGAI MASALAH KESIHATAN....dan bila kenaikan gula berlaku, maka alasan ni lah yang "dinyanyikan" semaksima mungkin. pada aku, lagu kalau selalu diputarkan mesti korang bosan kan.... tak caya. cuba korang mainkan lagu justin bieber 10 kali berturut-turut, dari kena bieber fever boleh terus dengue fever tau! bak kata aku, macam promosikan "berhenti merokok di bulan ramadhan"..... yang aku jumpa bertambah kuat orang isap rokok adalah.... kan...kannnn....

cadangan aku, dari korang dok berbuih mulut keluar stetmen yang kononnya nak nasihatkan orang tu, cuba korang letakkan advertisement ngeri macam kat kotak rokok, print kat pembungkus gula.... kalau kat kotak rokok mungkin tak berjaya pasal perokok sememangnya "orang yang berani mati".... atau kalau dah "nak mati" baru berenti.... tapi cuba bayangkan, setiap kali menyudu gula kita ternampak kaki yang membusuk, membengkak ditambah dengan tulisan-tulisan yang  meloyakan, agak-agak korang berselera lagi tak korang nak menyudu gula tu?

hilang selera? bagusss....
ni contoh gambar yang boleh diletak....hilang selera kan

silap haribulan, nak minum pun hilang selera.... haaa...kan dah kurang penggunaan gula tu.... mesti lepas ni orang takkan berebut-rebut nak beli gula kan.... especially bila ada ura-ura gula kekurangan bekalan. nak beli je nampak advertisement tu.... kaki busuk.... yek! ... nak beli kuih yang manis-manis pun teringat kat advertisement tu... lagila...eee yeeekkkkk!!!!!!!!

dan ada baiknya advertisement ni digunapakai diseluruh dunia untuk menyedarkan pengguna..anyway, kalau ada advertisement compay nak ambik idea aku ni... korang jangan main rembat je..... aku tau siap korang....aku lempang laju-laju....lainla kalau korang bayar barang RM10k ke, RM20k ke.....

kaching!!!!!!!!!!

Isnin, 9 Mei 2011

saya mintak "keturunan" tuan!

kisah ni terjadi ketika aku masih menuntut di sebuat ipt di selatan tanah air, ketika itu setiap penuntut diwajibkan untuk menghadiri kursus BTN. aku yang sememang aktif dalam kegiatan rekreasi ambik keputusan untuk join kursus masa cuti semester. disebabkan "jiwa" adventure yang menebal, kitorang cuba mencari lokasi kursus paling jauh.... dan akhirnya, kitorang ambik keputusan untuk memilih kem kaki bukit di perlis. kem ni terletak di hutan rekreasi gua kelam, satu tempat baru yang menarik.... bisik hati kecik aku.... aku rasa kengkawan aku pun merasakan perasaan yg sama.... cantek.....

dalam kursus ni ada satu aktiviti yang sememangnya jadi kegemaran aku... iaitu abseiling. menuruni tebing menggunakan tali.... kepada yang tak biasa, memang aktiviti ni "menggayatkan", sebelum aktiviti ni dijalankan, satu taklimat ringkas dan demo diadakan. safety... tali....cara pakai harness, bla...bla..bla....

"baiklah...semua dah faham...kita mulakan, saya nak peserta lelaki mulakan dulu" arah jurulatih...

"mari kita tengok, kental tak jiwa lelaki ni, ke menggeletar macam pondan" sambung jurulatih tu menyindir. depan peserta pompuan pulak tu.....

bergerak dalam barisan kitorang mula mendaki bukit untuk ketempat abseiling. satu tebing bukit setinggi bangunan 3 tingkat.....

"ingat, sebelum turun, mintak izin, TUAN, SAYA BLA BLA bin/binti BLA BLA mintak keizinan untuk turun, TUAN!" pesan sorang jurulatih yang mengawasi peserta di tempat permulaan....

disebabkan ramai antara peserta lelaki adalah ahli kelab rekreasi, maka mudahlah diorang menjalankan aktiviti ni.... lepas sorang, sorang.... macam-macam gaya, ada yang 4 kali lompat dah sampai tanah, ada yang buat aksi spider (upside-down) dan macam-macam lagi lah.... saja, nak bakar semangat yang lain-lain....

ketika inilah ketegasan jurulatih agak kendur, terhibur dengan gelagat sesetengah peserta yang penuh skill dan tak kurang yang terketar-ketar kegayatan..... entahlah...kitorang yang dah lepas ni sentiasa memberi rangsangan dan sokongan padu untuk menaikan semangat diorang.

tiba-tiba dipertengahan aktiviti, terdengar satu suara yang lantang tapi agak bergetar meminta izin yang menyebabkan dahi berkerut dan mulut terlopong.....

"tuan, saya bla-bla binti bla-bla minta "KETURUNAN", tuan!!" dengan penuh yakin ......

HAaaahhhhH?!!!

tak lama lepas tu berderai gelak ketawa....baik jurulatih baik peserta.... yang menyebutnya pun terpinga-pinga sebelum tergelak sama....

adoyaiiii......

"kalau nak keturunan, saya yang patut mintak izin!" laung jurulatih yang kat bawah tadi sambil sambung gelak

"maaf tuan...tersasul!" balas peserta pompuan tadi.... ada nada gelak yang tak dapat disembunyikan....

"dah...turun, adoii...ko buat aku tergelak besar pepagi ni" balas jurulatih tu....

kitorang yang kat bawah ni dok tergelak-gelak.... peserta pompuan tadi dapat buat dengan konfiden.... hilang terus gayat...tak taulah, nak kata malu, muka dia ceria semacam... yang nyata, pagi tu, memang jadi sesi "ice breaking" paling berkesan...

aktiviti selepas tu memang kitorang bergerak sebagai satu pasukan. macam dah biasa dan kenal lama. apa pun, itulah perkara yang menjadi memori paling manis yang kuat terpahat dalam memori ingatan aku.....

Ahad, 8 Mei 2011

cap kali cap, permainan menghiburkan masa camping

salam sume....

hati masih berbunga.... pasal semalam follower dah cecah 100, syukur..... sekurang-kurangnya jari jemari ni akan terus gatal nak menaip.....

aku tak taulah, korang pernah tak dengar pasal game cap kali cap ni.... game ni dulu aku selalu main masa camping atau masa mengikuti aktiviti rekreasi.... game untuk mengisi masa tatkala malam dan masa tu dah takda aktiviti lain.... walaupun berkhemah, takkan nak layan hening malam sunyi aje kan....

game dia mudah, peserta duduk dalam bulatan, dan sorang akan jadi leader untuk memulakan satu-satu aksi, kebiasaannya kitorang mulakan dengan aksi mudah....dan peserta berikutnya hendaklah mengikut aksi leader tersebut, bermula dengan tempo yang agak perlahan sambil menyebut "cap kali cap....kali cap...cap cap".... aksi dimulakan... kebiasaannya dengan... tepuk tangan.... maka bermulalah... cap kali cap....kali cap cap cap......cap kali cap...kali cap cap cap.....

di sini leader akan menukar aksi selepas sahaja habis menyebut cap kali cap, kali cap cap cap, dan peserta sebelahnya akan terus mengikut tersebut dan diikuti peserta berikutnya. dari tempo yag perlahan.... leader akan menukar gear kepada tempo yang lebih laju.... dan aksi yang pelbagai.... ikut sukalah aksi camne nak buat.

kalau korang nak tau camne game ni dimainkan, korang terjah video kat bawah ni ha.... memang have fun habih


tu diaa....contoh game cap kali cap tu.... kalau yang ni...sapa tersilap akan tersingkir... tapi kitorang dulu bukan nak cari pemenang.... jadi sesapa yang ter"silap" langkah, akan menerima hukuman mengikut selera kitorang...antara hukuman yang aku tak boleh lupa... "memberi ciuman mesra kat tiang"... "menyanyi dan beraksi hindustan dengan pokok", "dipaksa kentut dalam masa seminit" "aksi anda sebagai seekor langau", "membuat pengumuman yang anda ada ketiak berbau unik" dan macam-macam lagi lah....

kadang-kadang game ni buatkan aku tersenyum sendirian.... walaupun dah lama, sesetengah aksi tu masih segar dalam ingatan, terutama memori masa aku join "kelab rekreasi mahasiswa UTM" dulu.... korang memang superb!

Terima Kasih atas sokongan, dan inilah pengikut yang ke 100!

Salam...

terima kasih, terima kasih dan jutaan terima kasih diucapkan.... sudi jugak korang ikut blog "bercelaru tanpa fokus" ni....

tak tau apa nak diucapkan.... selain dari ucapan terima kasih....

klik kasi beso...kalau nak tgk siapa yang bertuah tu....

dan hari ini aku nak umumkan.... buat kali pertama, pengikut blog ni dah cecah 100... walaupun tak sebanyak mereka yang hebat, atau mereka-mereka yang berjaya mendapatkan 100 pengikut dalam masa yang singkat, aku tetap bersyukur.... disebabkan koranglah...aku terus menaip... walaupun blog ni dah dimulakan langkah pertamanya bertahun dulu.... cuma baru beberapa bulan ni aja aktif...

siapakah yang ke seratus tu? tengok gambar di atas.... dan nama yang bertuah.... adalah... (drum roll)....

ni lah blog tu...klik kalau nak terjah
Blog berhabuk bertulis.... tuan dia czueka zulaika...boleh klik SINI jugak kalau nak  jenguk blog dia

disebabkan dia yang ke 100, maka tanpa kompromi aku masukkan dia dalam bloglist aku...

lepas ni mungkin nak cari yang ke 200....300... dan seterusnya...kita tengok sapa yang bertuah....