perhatian untuk semua blogger dan follower, aku tengah mencari mereka yang bertuah.... siapa yang bertuah? haaa....aku mencari siapa yang berjaya masuk dalam blog ni dengan hit bernombor 1771, cantik kan no tu.... semestinya....
kenapa dengan no 1771 tu? kalau nak tau... itulah hit ke 3000 untuk blog ni.... jadi, mintak kepada sesapa yang berjaya dapat hit 1771 tu buat entry ringkas, tampalkan hit counter yang menunjukkan angka 1771 tu.... dan tinggalkan link dalam ruangan komen.
aku dengan senang hati masukkan blog korang dalam bloglist aku.... senangkan....
Iklan Berbayar
Ahad, 8 Mei 2011
Sabtu, 7 Mei 2011
nostalgia war game, kombat zaman kecik kecik
salam semua....
dah 2 hari aku tak buat entri.... tuan punya badan tetap bersemangat, cuma memori dan ingatan dok berterabur.... almaklumla... nak cerita pasal nostalgia, dah tentu kena cari dan selongkar balik memori yang tersimpan... ibarat nak carik kotak yang dah 30 tahun tersimpan dalam stor, dah tentu ambik masa kan.....
teringat zaman kecik-kecik dulu.... sebelum adanya "paintball" marker, dengan pengaruh cerita dan filem kombat zaman perang dunia ke - 2, maka, dengan kreatifnya.... timbul lah senjata-senjata yang digunakan untuk beraksi....
ni lah satu contoh senjata yang paling popular digunakan.... tak perlu gunakan "silencer" dan keberkesanan tembakan agak tinggi untuk mengenai sasaran, sesuai untuk operasi senyap.... tapi disebabkan jarak tembakan yang agak dekat... kitorang takdelah gunakan untuk serang hendap.... lagipun kitorang dulu cuma bermain di halaman rumah, bukan satu kawasan yang cukup besar macam gelanggang paintball. peraturan dipermudahkan, bahagi 2 kumpulan, tetapkan sempadan agar takde yang beraksi kamikaze dengan menceroboh kawasan, dan SERANG!...nak bunyi atau tak...bergantung kepada kederat memasing.... bunyi guna mulut. yang bestnya, bunyi machine gun tapi peluru sebiji....
ammo....pelbagai.... suka-suka la nak guna... biasanya, orang guna terung pipit, tapi disebabkan terung pipit selalu kehabisan akibat dibuat sayur atau berisiko "disergah" dengan tuan punya pokok, kitorang gunakan buah kopi yang muda....janji bertangkai dan boleh disepit pada pembidik.... tanda-tanda sasaran mengena musuh, terdengar bunyi "adoi".... tu pun pasal biji kopi tu agak keras dan padu.... rasa dia pun... hmm paham-paham je lah...
senjata ke - 2, lebih dramatik disebabkan ada bunyi meletup dan kombat jadi lebih dramatik.... memang seronok abih...lagi-lagi kalau ada pemain yang ramai.... senjata apa.... ahaaaa..... bedil buluh nama dia... kalau tanya orang kampung... macam-macam nama diorang bagi....
bedil buluh ni aku lagi suka dari senapang kayu. macam aku cakap tadi, kesan letupan dia menambahkan dramatik permainan "war game" ni....dan perit dia... berganda-ganda dari perit senapang kayu tadi.... disebabkan "reloading" agak lambat... pemain mestilah ramai baru thrill.... peraturan permainan.... masih sama macam tadi.... saiz, macam-macam saiz.... besar, kecik, panjang, pendek, sesuaikan dengan diri pemain tu... bunyi yang kuat dan tujahan peluru yang padu memang jadi pilihan.... yang penting, musuh akan mengaduh dan "goyang" dengan kehebatan senjata yang kita gunakan tu....
ammo, bedil buluh ni paling senang... kertas surat khabar yang dibasahkan.... gumpal-gumpal....sumbat dalam laras.... dan ready for action!.... tapi ada masanya kitorang ni jadi nakal....kena pulak dapat buluh yang tebal dan lubangnya agak besar, sekali lagi, putik buah kopi jadi pilihan... dan kesannya.... sape pernah kena memang diorang tau..... perghhhh mantop! cuma risiko laras boleh pecah. ada satu lagi rahsia... tak taulah kalau ada yang pernah buat menda ni ke tak... kalau ada di antara musuh guna putik buah kopi, kitorang balas dengan "BUAH GATAL", buah seakan pinang raja tapi saiz kecik dengan kulit warna merah dan lembik kalau masak. dan kesan dia...memang hebat... siapla, jadi macam kera kena belacan....hahaha... biasanya ammo ni kitorang jadikan pilihan terakhir...pasal kesan dia kitorang pon boleh terkena sama....
sekarang, dah takyah susah-susah nak kerat papan buat senapang, redah belukar nak kerat buluh buat bedil.... agak-agak gian nak main war game, cari je tempat main paintball, adrenalin rush dia lagi hebat....
ups...sebelum tu ada senjata dari buluh yang lagi extreme.... MERIAM BULUH!, cuma aku tak galakkan korang main pasal BAHAYA....
tapi kitorang taklah masukkan dalam aktiviti war game kitorang....mau ada yang kembali ke Rahmatullah pulak kang....hahahhaa
last but not least.... ni kemeriahan meriam tu.... sure pekak telinga nie....

Khamis, 5 Mei 2011
bila dengar lagu ni....teringat sambutan kemerdekaan 1995
karaoke session ni aku rakam masa sesi "berpoya-poya" anjuran boss kompeni aku keje sekarang....punya la semangat diorang menyanyi... adoiii ape lagi, aku pun terus rakam wajah-wajah gembira diorang.... hahahah amekow!
dalam pada diorang bergembira, dalam pada aku tenung video ni berkali-kali, teringat pulak sambutan kemerdekaan tahun 1995 bandaraya melaka.... sekolah kitorang dapat jemputan untuk sertai perbarisan sambutan kemerdekaan tersebut.... lepas perbincangan, maka, sekali lagi anggota kadet tentera kena hantar "bertugas".... alamakkk...mementang la kitorang macho.... (poyo je kan ayat)
sebelum sambutan tu berlangsung, kitorang diberi pelepasan khas untuk sertai raptai.... perghhh peluang besar untuk skip kelas dan ponteng secara sah!....punyalah jeles kengkawan lain...baik yang duduk asrama atau yang kat luar...ye lah...ponteng yang dibenarkan dan takde tindakan undang-undang sekolah la katakan.....
ingat lagi...masa tu hari pertama raptai.... kebetulan hari isnin.... masa skolah hari isnin pagi adalah waktu perhimpunan sekolah.... hari tu lah kitorang datang sekolah dengan but spike....dok bunyik klekuk klekak.... sebatu org boleh dengar....hehheh pastu datang dengan pakai t-shirt skola (t-shirt untuk aktiviti sukan) dan benda pertama pengetua sebut dalam perhimpunan "anggota kadet sila berkumpul di sudut sana untuk tunggu trak"... tersengih-sengih memasing sambil usha kengkawan yang dok muncung.... dalam hati... baik yang sengih, yang muncung, tuhan aje yang tau.... korang pepaham je lah bila bab jeles-menjeles ni.... perhimpunan hari isnin tu pun meneruskan agendanya....
trak sampai dan kitorang mula berkumpul, baru perasan, ada 5 orang lagi tak sampai.... sah diorang ni masuk lambat.... aku rasa diorang ni bangun lambat pastu tunggu pengawas yang jaga gate tu blah baru diorang masuk.... aku sengih je dalam hati... dah paham sangat dah...pasal time tu pun aku pengawas.... ah biarkanlah...kejap lagi sampai lah tu.... bisik aku sendiri...
habis berkumpul, taklimat dan sedia naik trak....baru je nak jalan....nampak la beberapa orang yang lambat nie sampai...
"hah...lambat, cepat naik.... karang aku tinggal baru korang tau!" sarjan aku jerkah...semua yang ada kat tapak perhimpunan memandang.... siap pengetua tengah berucap boleh berhenti sekejap pandang kat kitorang.....
"nasib baik dah nak gerak....kalau tak aku suruh korang pumping kat depan perhimpunan tuh...." jerkah sarjan lagi...
tiba-tiba sorang kawan ni cakap kat sarjan... "takpe Jan, kitorang ada hukuman yang sesuai"....
masa tu trak baru mula bergerak dengan perlahan....
"cikgu...ada lima orang datang lambat... nanti kitorang bagi nama diorang!!!!" jerit kawan tu.....
"ha ah cikgu....ni diorang datang lambat cikgu!!!" sambung sorang lagi....
"Ni cikgu...ni dia yang datang lambat" kata sorang lagi sambil menunjuk kat mamat yang datang lambat tu....
ramai-ramai kitorang gelak.... sarjan ngan koperal yang drive tu pun tersengih-sengih dengan perangai bebudak ni.... geleng kepala sarjan tu.....
respon cikgu? ada yang tersengih....ada yang pelik pasal tak paham.... alahai...anak-anak murid zaman sekarang.....
"dah duduk diam-diam, jangan nak jadi beruk kat belakang tu!" terus kena jerkah.... sepantas kilat riuh pasar malam terus sesenyap tanah kubur....
yang tinggal...bunyi trak membelah kesepian...

ibu, ibu, oh hari ibu dah dekat
salam....
baru teringat, hari ibu sabtu ni kan.... maknanya lagi 2 hari.... ermhhh mesti korang dah plan kan.... ape nak bagi, mana nak ajak makan, mana nak bawak jalan-jalan.... tanda nak kenang jasa ibu.... bagus.... jadi anak yang mengenang budi....
aku teringat pasal ada bayak iklan yg tertampal kat blog-blog dari pengiklan-pengiklan.... yang mana diorang cuba promosi "no flower for mother" hehe... aku setuju gak...takkan la asyik bagi bunga... ape, ingat macam korang bercinta ke.... sikit-sikit nak bagi bunga.... tak bunga cokelat....alahaiii create sumthing new la....
lagi satu, bawak gi restoren jamu makan.... bawak gi hotel ka.... ape ka... bukan aku melarang...tapi dengan aktiviti typical camtu, sebenarnya korang cuma menggembirakan hati korang je... kenapa aku ckp camni... macam anti sangat... nak tau kenapa...meh aku cerita... kan aku pernah kerja kat bidang FnB ni...
anyway...tak salah bawak kat restoren kegemaran korang....cuma apa yang aku perhatikan... kalau setakat bawak kat restoren pastu korang hantar balik umah dan tinggalkan diorang.... macam tak ada.... lagipun masa hari tu lah berduyun-duyun orang datang restoren... sesak, menyusahkan dan macam-macam lagi risiko yang akan membuatkan korang tak seronok meluangkan masa dengan ibu korang tu... kan dah rosak program sekejap korang tu...
apa yang aku cadangkan...kalau betul-betul korang berkesempatan dan berhajat nak "celebrate" hari ibu, korang cukuplah sekadar ajak adik beradik kumpul ramai-ramai kat rumah ibu korang tu..pastu masak ramai-ramai, dan luangkan seluruh hujung minggu tu kat rumah parent korang tu... biar meriah, biar riuh dengan anak-anak korang (mana yang dah ada anak) kan laaagi bermakna dari korang hayak paent korang tu ke sana ke mari.... ni pendapat aku lah.... pasal, kadang aku kesian.... especially buat diorang yang sambut "hari ibu" kat restoren/cafe, dengan keadaan yang kelam kabut, bising, dan juga muka pelayan yang keletihan.... rasa cukup membantutkan mood korang kan.... kalau dah hilang mood, adoyai.... buat ape pun dah tak best!
tu lah serba sedikit cadangan aku... takyah bawak gi hotel atau restoren, diorang sibuk dan penat nak melayan karenah pelangan, kang kalau diorang buat muka ketat...korang jugak yang mengeluh....baik habiskan hujung minggu kat rumah parent korang, dan kembalikan nostalgia berkumpul sesama adik beradik.... mesti parent korang hepi tengok anak-anak dengan cucu diorang....
tapi jangan tanya aku sambut ke tak....memang aku tak sambut...hahahha kejam kan...tak kenang budi sungguh... macam anak derhaka je bunyiknye.... ya...memang aku tak sambut atau buat sumthing special.... entah... pada aku...kalau betul-betul aku nak sambut, ada baiknya aku kumpul je kat umah parent aku.... beli ape yang patut then bawak balik rumah.... kumpul dengan adik beradik... biar riuh dengan anak menantu dan cucu... dan paling penting, aku takla jadikan amalan "penghargaan untuk ibu hanya sekali dalam setahun"
lagipun, sebelum ni dan sekarang jugak....aku mana boleh luangkan weekend masa hari ibu ni....kalau dulu aku terpaksa melayan pelanggan yang nak sambut, kali ni tugasan "mendera" aku time hari ibu...ada baiknya aku tak sambut pada spesifik masa.... kan...kan... tapi taknak jadi typical macam org lain yang dok kata "sambut hari ibu/bapa sepanjang tahun"...

Rabu, 4 Mei 2011
terkenang kisah lama, ketika dalam kadet tentera
salam sume....
entri lepas, aku cerita pasal blog ex-komando yang aku suka, sememangnya lawak garapan dia... tapi dalam lawak dalam tergelak, kita tak tau camne perit, pahit, sakit, deritanya latihan nak jadi komando.... dan yang pasti, AKU SENDIRI TAK SANGGUP! hihi...hihi... cuma satu.... aku memang salute kat abang-abang komando.....
bila baca entri-entri pakcik komando ni.... teringat masa aku skola dulu.... terlibat dengan aktiviti kadet tentera... bukan kerana glamer atau macho bila join kadet ni... (almaklumla, aweks2 biasa pandang kat geng-geng kadet...hehe) tapi kerana ingin tahu sikit sebanyak macamana kehidupan sebagai seorang tentera, dan aku tau, apa yang aku belajar dan diajar hanyalah "the tip of an iceberg" tak caya, tanya kat pakcik ex-komando tu....
disebabkan aku ni kat sekolah teknik, maka, pasukan kadet aku ni dilatih oleh kor 10 jurutera, kem terendak melaka... ada la jugak 2 3 kali masuk kem... sekadar menjalani latihan menembak dan beberapa latihan yang biasa untuk pelajar skolah macam kitorang ni.... dan ketua jurulatih untuk skolah kitorang ni nama dia Sarjan Tukiran, bila dia tegas, keras kitorang jadinya.... tapi sekali dia buat lawak.... mau bergegar trak yang bawak kitorang masa tu....
ingat lagi masa kitorang jalani latihan menembak....masa tu masing-masing dibekalkan dengan 5 butir peluru untuk round pertama. ada 2 jenis pistol... browning dan HK, agak excited pasal masing-masing baru pertama kali pegang senjata api.... dan... harus diingat... jangan main-main dengan senjata api... tu benda pertama sarjan tukiran ni bgtau masa taklimat... "silap haribulan senjata makan tuan!" tambah dia lagi.... masing-masing terkedu....
lepas taklimat, masing-masing load peluru dalam magazine.... terus bawak kat lapang sasar.... lepas beberapa arahan prosedur keselamatan dan pemeriksaan (ye lah, kitorang ni budak sekolah, kut jadi ape-ape, letih plak nak menjawap kat mak bapak bebudak ni kan) AIM....FIRE! maka meletup-letuplah pistol memuntahkan peluru.... mak aih...kuat jugak sentakan peluru tu ye... macam nak tercampak....
habih dah round pertama... berduyun masing-masing tengok sasaran.... berterabur! siap sorang penolong jurulatih tu berseloroh... "kalau tembak camni, musuh setakat berjoget pon boleh elak peluru korang ni!"
Berderai kitorang gelak..... "Dah, lepas tampal kesan peluru tu, pergi kumpul kat tempat taklimat" jerkah penolong jurulatih tu....
sepantas kilat tampalan dibuat.... terus kitorang kumpul balik.... kat tempat taklimat... sarjan bagi rumusan latihan kitorang tadi.... bla...bla..bla... sesi soal jawab.... bla bla bla....sampailah sesi cerita sarjan dalam perkhidmatan.... bla bla bla....sampai kisah survival, kisah dia dikenakan dengan jurulatih dihidang dengan ular sawa, monyet dan macam-macam lagi....
mula round ke 2, 5 butir peluru lagi, ikut prosedur macam tadi.... tembak!.... lepas berdentum dentam.... sampai naik berdesing telinga.... terus tengok kat sasaran... kali ni dia tengok sorang-sorang punya tembakan....
"hmm ada kemajuan... walaupun musuh masih boleh berjoget"
tiba-tiba...sampai kat sorang kawan aku ni.... "wah...ini lagi bagus, mari semua tengok"....
"sasaran punya la besau, kau gi tembak tiang, patut bergoyang semacam je sasaran kau tadi" jerkah jurulatih tu sambil berseloroh.... ape lagi semua orang termasuk sarjan aku tergelak-gelak....
"dah...semua berkumpul, serah senjata" arah sarjan,
kitorang pun berkumpul macam diarahkan.... taklimat akhir....bla bla bla.... isk panjang plak taklimat sarjan ni....
"latihan hari ni dah abih, sebelum gerak balik, korang berkawat, pegi ikut koperal...." arahan terakhir dari sarjan...kitorang pun terus la berkawat dengan semangat..... dalam hati... ke mana pulak nak dibawaknya ni...
tiba-tiba koperal bg arahan berhenti...betul-betul depan kantin.
"sebelum gerak balik, korang makan tengah hari dulu" perkhhh cerah terus muka masing-masing...
pertama kali aku makan kat kantin kem tentera.... sesambil tu jurulatih dan beberapa anggota yang kebetulan ada mula berbual mesra dengan kitorang.... mula bercerita tentang kehidupan diorang sebagai tentera...
dalam perjalanan balik, kitorang dok menyakat kawan yang tembak tiang sasaran tu.... tu pun sarjan yang dok mula menyakat.... habih digelakkan.... sampai sekarang aku masih tersenyum kalau teringat kisah-kisah tu.....

Langgan:
Catatan (Atom)