Iklan Berbayar

Khamis, 10 Mac 2011

hari malas....otak buntu nak mengarang

hari ni aku malas.... nak taip panjang-panjang pun malas..... ada sesuatu mengusik jiwa dan pemikiran....

tengok draf dah byk kali....mium air pun dah banyak kali, buat aktiviti membahayakan kesihatan pun dah berkali-kali... fikitan tetap buntu....mata kelat kepala berat.....jauh disudut hati nak je publish update tp..... ah...rehat la hari ni...besok pun jumaat kan.... baru update kut....

cuma nak ucap terima kasih kepada yang sentiasa menyokong entry-entry aku.... terima kasih daun keladi sebab sudi baca apa yang aku merapu......jangan lupa singgah pondok yang lagi satu...

p/s: cecah gak 1000 hitz....semputnya...semputnya....

Rabu, 9 Mac 2011

restoren haji daud kota tinggi, terliur sesi menyendat perut

salam....

jom sambung balik sesi pelancongan dan jalan-jalan seminggu, harap-harap korang sediakan tisu atau korang makan dulu sebelum baca entru kali ini.... masih terasa lagi kelazatannya..heheh...yum yum yum....

restoren haji daud, nama yang tak asing lagi di bandar kota tinggi ni. kedai berhampiran dengan stesen bas sementara kota tinggi. kalau korang pergi kota tinggi naik bas dalam sebulan dua ni, cukup senang nak cari... ni pun kawan aku yang cadangkan untuk makan tengah hari...
kebiasaannya restoren ni penuh menjelang waktu makan tengahari... punya lah ramai.... memang tak syak lagi, sedap!

korang tengoklah gambar kat sebelah ni, sirap limau dia special, tak macam sirap limau yang biasa kita jumpa yang mana limau diperah ke dalam air sirap... nak tau apa specialnya? limau dikisar dan dicampur dengan sirap... sekali imbas tengok macam hidangan di cafe atau hotel... cukup kreatif bukan.

dan rasanya..fuhh!..cukup menyegarkan walaupun kadang-kadang limau yang dikisar ni bukanlah kegemaran ramai akibat dari rasa kelat dari kulit limau tu sendiri...





yang ni minuman untuk aku, limau ais asam boi, memang aku tak lepaskan peluang untuk merasa kalau aku pergi mana-mana restoren. kebiasaannya air limau asam boi ni kita leh dapat kat restoren-restoren cina je. jarang restoren melayu menghidangkan minuman ni. walaupun limau yang diguna taklah sebanyak limau yang diguna di restoren-restoren cina, rasanya dah cukup seimbang dengan makanan yang aku makan untuk tengah hari tu.... "a good pair" omputeh cakap kalau kita makan kat restoren "fine dining".









yang ni, kerabu ulam raja, kalau tak silap aku la...pasal daun ceylon pon lebih kurang sama rupa dan rasanya.... hehehe siap dengan taugeh sekali.... memang sedap. lagi-lagi cicah dengan sambal belacan....mak aih...meleleh.... punya la sedap.... gaulan mesra kerabu tu buatkan aku tak sabar nak gaulkan kerabu tu dengan nasi dan menyuapkan ke mulut.... biarlah segala rasa dan aroma bercampur-gaul dan meransang sel-sel otak yang hanya mampu menterjemahkan rasa tu dengan satu perkataan.... sedap!



aku rasa korang tau ape ke "menatang" ni? hehehe ni lah belangkas... perumpamaan yang biasa digunakan untuk mereka yang hangat bercinta sampaikan merasakan dunia ini ana yang punya....

kalau ditengokkan rupanya....mak aih...huduh.... adik kawan aku cakap, "macam predator dalam cite alien and predator tuh" hihi.... ni lah dia bahan utama yang jadi menu aku tengahhari tu...  lagipun dah lama aku teringin nak makan "menda alah" ni.... dulu kecik-kecik ada la try makan, kitorang bakar buta-buta pastu makan telur dia...tawar la plak..hehe... hari tu aku nak rasa masakan dan kenakan "menatang" ni pulak

haa...ni  lah dia hasilnya, masak lemak cili api belangkas dengan daun selasih... fuh... terangkat cakap ko.... takde bau hamis. walaupun rasa belangkas ni agak tawar (kalau bakar buta-buta je) tapi lepas dimasak sedemikian rupa... rasa lemak-lemak gitu. hakikatnya peranan penting masakan belangkas ni adalah telur dia. itulah punca kesedapan masakan ni... sesapa nak mencuba pastikan senduk lauk ni dengan telur-telurnya....kerana apa...belangkas ni takde daging... tak ambik telur alamat korang hisap cengkerang la jawapnya....hehe



yang ni satu lagi kegemaran aku yang dah lama sangat aku tak makan...nak cari kat kl, mahal gila pasal kebanyakanya diimport, pastu hidang kat restoren yang ada bintang.... jadi aku tak lepaskan peluang "meratah" kupang ni.... hasilnya, yum yum yum.... macam orang mengidam dapat apa yang dia nak....hahahha tu kawan aku cakap bila dia nampak aku dok meratah kupang ni.... manis, lemak, perkhhhh nasib baik aku dah makan seblum buat entry ni...kalo tak terpaksa aku call delivery.... hahah lazatnya kupang masak pedas ni.....



potongan buah ni aku jadikan pencuci mulut.... harus diingat, buah ni akan dihantar ke meja tanpa diminta. jadi, jika korang tak berhajat nak makan buah-buahan ni, korang tolak je dengan baik.... korang paham-paham la kalau aku suruh tolak tu... buah ni bukan komplimentari ye.... kena bayar tau....

ye lah...mana ada barang free kan.... apa-apa hal bertanya....jangan main sebat je... nanti kang bersungut macam nak keluar sesungut....hahahahha


pencicah yang aku ambik...hajat dihati nak cari sambal tempoyak, sekali durian belum musim da....kalau ada pun jenis durian "up-market" yang dah tentunya tak sempat jadi tempoyak. masa mula-mula ambik tu, aku rasa pelik sikit, apsal lain macam kaler dia... lepas bertanya kat akak yang jaga tu, barulah kompom sambal belacan... tak kisahlah...janji ada.... yang penting rasa dia memang rasa sambal belacan....tak pulak rasa sambal tumis ke, sambal budu ke...(ada ke?)....

yang nampak macam kicap tu pencicah ikan bakar.... saja aku ambik nak merasa.....

adoyai....meleleh-leleh air liur aku.... kecur terkecur.... semua-semua yang aku highlight hari ni, harga dia tak sampai RM20 pun... tu pun dah kira melantak sampai sendat perut.... rasa pinggang aku naik 2 inchi lepas makan tengahari tu.... perkhhh memang sedap... jadi, kalau korang pegi kota tinggi tu... korang cari la restoren ni....berbaloi-baloi walaupun harga dia agak up sikit la..... ye lah...menu yang aku ambik pun menu yang harga dia memang UP pun....jadi dengan harga tak sampai RM20 tu kira memang berbaloi la.....

eh...aku terdengar bunyi perut berkeriuk la....uishhhh tak senonoh betul...baru baca entry pasal makan je lapar...isk isk isk....kuat lak tu bunyi...huh...

.eh...eh.....laaa...perut aku rupanya...hahahha oklah gi pekena teh tarik ngan roti canai dulu....minum petang time!

Selasa, 8 Mac 2011

tinggalan sejarah, makam laksamana bentan




salam.. mari sambung cerita perjalanan cuti-cuti seminggu. walaupun aku dah banyak kali menjejakkan kaki ke kota tinggi ni, ni lah baru pertama kali aku dapat menziarah ke sebuah makam yang sering diperkatakan. jika kita membaca kisah dan sejarah negeri johor terutama sejarah johor lama dan kota tinggi... nama Laksamana Bentan pasti tidak lekang dan rasanya ramai yang dah tau kisah laksamana ni...

bangunan nun jauh tu dulu menyakitkan mata, sekarang sejuk dah


sekolah cina di tebing sungai

kebetulan kali ni aku dok la meronda bandar kota tinggi ni, ermhh pembangunan tengah pesat rupanya. biarpun 2 kali banjir berjaya menenggelamkan bandar ini, pembangunan dan pengindahan bandar masih diteruskan... banyak dah berubah rupanya bandar ni.


papan tanda, kalau naik kereta agak tersembunyi dek pokok

lepas pekena segelas dua air di gerai yang berada betul-betul di sebelah jambatan kota tinggi, aku teruskan perjalanan. ni pun kawan aku yang guide. teringat kali pertama nak menziarah, masa tu bulan puasa, panas terik tengah hari, aku serender...tapi kali ni, aku takmau lepaskan peluang melawat peninggalan sejarah yang berada di tebing sungai kota tinggi ni. syukur, hajat tercapai jugak akhirnya. dapat lah aku abadikan dalam blog yang tak seberapa ni


jalan masuk ke kawasan makam

syukur cuaca seakan menyebelahi aku hari tu, redup je... mungkin nak bagi peluang aku melawat tapak sejarah ni kut... ye lah, masa ni nak kata mendung tak jugak, mendung sikit tetapi cerah (korang paham?) angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa je...

kompleks makam




makam laksamana bentan




jelas kelihatan tebing sungai kota tinggi




penerangan oleh kementerian pelancongan

hilang pulak idea nak tulis apa, apa pun, sampai juga akhirnya. satu tapak warisan sejarah di kota tinggi. tempat lain belum lagi rasanya. masih banyak tempat yang hendak diteroka. insyaAllah satu hari nanti..

p/s :cuti-cuti malaysia, yang penting kita kreatif macamana nak jadikan percutian kita tu menarik....

Sabtu, 5 Mac 2011

jalan-jalan ke selatan,bahagian 1, JB-kota tinggi

salam semua.... puhhh baru ada kesempatan nak menaip... dah recover penat dan semak kepala, dan selepas seminggu tak update, baru rajin ni datang... apa aku buat masa seminggu menghilang...?

tada....ni lah hasilnya.... perjalanan yang penunh dengan sesi "menternak saiz badan"

memang, sememangnya bila ke johor bahru, aku takkan melepaskan peluang untuk mejalankan sesi terapi "menternak saiz badan" ni, almaklumla...hampir setahun tak gi JB, rindu jugak dengan suasana bandaraya paling selatan di asia ni. hehhe... korang layan je gambar-gambar yang ada...

set 1, chick mayo

set 2, tuna
sejurus menjejak kaki kat lapangan terbang senai, terus carik breakfast, ermmm makan time.... pusing punya pusing.... lepas beli biskut famous amos... terus lepak kat dunkin donat....hehehe layan kopi ais dengan sandwich dan donat.... yum yum yum.... sedap gak brekfas set dia....


mee rebus, yum yum yum

laicikang, menyegarkan
yong tau foo, agak mahal
dah lepas makan, terus gerak gi bandar jb, naik shuttle bus kaler kuning, tambang RM8, berenti sampai kat Bus stand lama, terus ke plaza kotaraya... pusing-pusing dah masuk tengah hari,singgah kat kebayan food court kat tingkat atas, lapar...makan balik....hehhehe tak beragak...makan sentiasa.... menu pilihan, mee rebus, yong tau fu, ngan laicikang....yum yum yum....sedapnya.....

city square, pusat beli belah di pusat bandar


JB sentral, stesen keretapi yang baru tu


komtar, tengah renovasi, nak buat ape, tak tau la plak


plaza pelangi, dulu sunyi sekarang meriah

makan sudah, rehat sudah, perut pun dah kenyang, terus jalan-jalan sekitar jb... ermhhh masih kekal sibuk macam dulu-dulu jugak....yang paling nyata, jb pun dah macam kl, bukan dek pembangunan tapi dek "warga impot" yang semakin ramai.... bukan warga seberang tambak tau....tapi seberang laut yang yang semakin ramai dan sesekali melintas, terasa macam berada samada di jakarta, dakha atau myanmar....heheheh.....

semestinya, malaysia...truly asia kan....

Jumaat, 4 Mac 2011

kembali ke pangkal jalan, tapi ada benda pelik terjadi lepas bercuti

Ambomak...bersemak samun blog aku weh.... punyalah bercuti... memang tak sempat nak tebas semak samun.... dan yang nyata.... bertambah tak hengat ke'pelik'an ni... jeng...jeng...JENG!!!!!.....

mesti korang tertanya-tanya...apekemenda la yang pelik sangat.... hahhaha bukan... bukan dapat koleksi pelik-pelik....


AKU PELIK BAJU NGAN SELUAR AKU BERTAMBAH KECIK!




dasyat...dasyattt...(pinjam trademark nazmi raja lawak)....tu yang pelik sangat tu..asal gi johor je....seluar jadi kecik....baju jadi kecik.... alahaiiii seminggu je tu...seluar dah sempit....iskkk iskkk....

tak kisahlah...asalkan aku dah sampai ke tempat asal.... cerita-ceriti lanjut... akan disambung selepas ini..... apa aku jumpa....apa aku lanyak.... baik untuk tatapan para collector dan juga tatapan para penggemar makanan....

tunggu............ kita minum sesambil breakfast dihujung minggu





ps: sapa-sapa kalo perasan entry dedua blog sama....memang sama pun....kopi-pes je ni....