Iklan Berbayar

Isnin, 17 Januari 2011

penipuan pelaburan

huh...tajuk.... aku rasa sesapa yang pernah membaca entry aku sebelum ni mesti kata aku menipu kan.....hahaha tu lah....janji berjanji nak share konon...tapi akhirnya, macam menanti buah yang tak jatuh....

Maaf...kan kami.....maaf...kan kami....maaf...kan kami....
kerana otak tak dapat berfungsi dengan baik, maka hilanglah tarian jari dan sulaman ayat....haha...haha....

lagi satu, ada baiknya urusan penerangan pasal pelaburan ni, aku trangkan face to face....senang mudah dan cepat dapat jawapan.... jadi, perkongsian mengenai ASN akan ditangguhkan sehingga DIBERITAHU KELAK, eceh...

oklah...aku masih nak share, masih berkaitan dengan pelaburan dan sekadar untuk pengetahuan semua, PENIPUAN! yang mana semuanya dipalitkan dengan pelaburan, korang boleh klik kat link dibawah ni....

http://forumsemak.blogspot.com blog PPIM pasal penipuan yang dilaporkan kepada mereka

korang boleh masuk....korang boleh baca.....bagus juga untuk sumber rujukan  "pelaburan Bogus"....hahahhaha

duit


                                                                               PLUS

kutu





                                                                        
 =

PENIPU? DITIPU?



dengar cerita, jika didapati bersalah terutama syarikat-syarikat yang terlibat dengan mengabil deposit secara haram dah dinaikkan...

tetapi tarikan keuntungan dari mereka-mereka yang gemar diri mereka ditipu dan nak cepat kaya (kadang sampai berkali-kali) menyebabkan mereka terus menipu dan menipu.....si mangsa yang bersikap tamak? merengek mengadu sana sini.....

berhati-hatilah.... jangan tamak, laburlah duit anda di instrument pelaburan yang disahkan.....

Selasa, 11 Januari 2011

bagaimana nak kumpul duit untuk bersara

Hmmm....mesti ramai tertanya.... kenapa aku kuarkan entri ni.... jawapan....saja... nak bagi kesedaran kenapa pelaburan penting dalam menjana dan membiakkan simpanan yang kita simpan dari "hasil jerih payah kita" selama ni..... 

eh....ada yang bertanya....bila nak keluarkan pengalaman aku labur dalam ASN tu kan....sabar.... aku tengah dok susun draf lagi.... taknakla nanti aku cerita korang tak paham plak kan....

simpanan hari tua


How to accumulate enough money for retirement

Personal Investing - By Ooi Kok Hwa


Wealth for retirement, How to earn 30-year investment returns with different savings amounts and rates
ON Jan 28, we have written an article on We all need to become millionaires. That article explained that we need to have cash reserves of about RM1mil to be able to maintain our current lifestyle 20 years after retirement.
orang cina suka dengan pokok duit ni, ada "ong"
Some readers responded and would like to know more on how to accumulate enough money for their retirement.
In this article, we will look into 30-year investment returns with different savings amounts and rate of returns. Our computation is based on the assumption that we start investing at the age of 25 and intend to retire at 55.

Read More HERE 



Memang best bila berbicara pasal duit.... tapi, langkah pertama dengan nak maintain tu yang "masalah besar" kan....
yang ni pokok duit-duit, kepala boleh semak kalau takde duit masa retire nanti.... cam pokok ni jugak kalau lama dibiarkan

kesedaran tu amat penting, biar segunung emas sekalipun pendapatan kita, jika sentiasa dibelanjakan, pasti tidak berbaki....apa salahnya disimpan sedikit untuk masa depan.... tak salah kalau kita menyimpan untuk generasi dan keturunan kita....yang penting.... ianya bermula dengan diri kita sendiri....

Isnin, 10 Januari 2011

lembu mengamuk di pasaran saham


kepada mereka yang pernah melabur, mesti pernah dengar perkataan "bull" dan "bear" kan.... ape ke menda si lembu dan si beruang ni ye?

hoh....bukan si bodoh lembu dok buang duit kat pasaran saham dan juga bukan si ber'wang' yang jadi bodoh lembu kerana sebab yang sama.... ada yang marah korang karang aku tak tau....



bull (lembu) sifatnya bila menanduk akan mengasak ke atas, manakala beruang pula bila menyerang akan menekan mangsa ke bawah, maka jadilah "perumpamaan" untuk hala tuju pasaran saham samada naik atau turun.... atau disebut "bullish"
atau "bearish"..... teddy bear tak masuk tau!

kenapa aku dok merapu pasal lembu ngan beruang ni, pasal bursa malaysia dok mencanak-canak..... uptrend kata otai-otai pelabur dan ni masanya nak "menghumban" duit dalam pasaran. tambah-tambah pulak sentimen sokongan "hot money" atau pengaliran masuk dana dari pelabur luar, dengan jangkaan indeks mampu mencecah 1600 mata, ramai yang berpendapat inilah masanya

kaitan dengan saham amanah, kenaikan indeks pasaran saham boleh menjadi satu indikator yang pasaran dan ekonomi adalah baik. jadi, pulangan dari setiap pelaburan adalah lebih memuaskan terutama kepada mereka yang mengamalkan "pelaburan jangka panjang" dan tidak membuat pelaburan jangka pendek yang mementingkan "keuntungan berdasarkan kenaikan harga bagi sesuatu unit saham"

kenapa tidak kita ambil peluang "amukan" lembu dipasaran sekarang ni?

p/s: ikut sejarah (walaupun tak boleh percaya sangat tapi boleh jadi panduan) krisis ekonomi berlaku setiap sepuluh tahun, jadi dalam masa beberapa tahun ni, bolehla kita kumpul seberapa banyak hasil sebelum kita "menukar" strategi lain masa krisis ekonomi.... tips ni aku ceritakan kendian masa aku bincang "pengalaman" aku labur dalam ASN masa krisis ekonomi dulu.....

Isnin, 3 Januari 2011

marah, apa dan mengapa

salam kedamaian.....

senyap sunyi je waktu subuh di kawasan perumahan aku ni...mungkin ramai yang masih diulit mimpi .... damai lagi mendamaikan. dan takda sekelumit pun rasa marah dalam hati. sejuk dan sejahtera je... lagi-lagi kalau ada angin dingin yang menyapa....fuhhhh.......

menurut wikipedia :

Kemarahan adalah suatu emosi yang berkaitan dengan persepsi seseorang tentang yang telah tersinggung atau dirugikan dan kecenderungan untuk membatalkan kesalahan tersebut dengan balasan. lanjut klik sini.

dan ramai antara kita kekadang sukar untuk mengawal perasaan marah, sampaikan adakalanya tindakan dari keadaan emosi dlm keadaan marah lebih banyak merugikan dari menguntungkan .

aku tak nafikan, perasaan marah juga amat perlu dalam kehidupan. dengan rasa marah, kita akan mempertahankan hak kita sebagai individu. juga dapat mengelakkan diri kita dari "diambil kesempatan"  oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.tetapi, adakah kita perlu marah hingga hilang pemikiran rasional?

Bagaimana pula dengan panas baran? marah yang boleh datang walaupun dengan hal yang kecil? kan bertambah mengarut namanya..tak caya....korang tgklah sekeliling korang hatta kawan rapat korang.... 

jadi pada aku, marah tanpa sebab dan marah secara berlebih-lebihan adalah seseorang yang EGO, MENTAL KURANG STABIL dan maaf cakap..... BODOH.... (mesti ramai yang slam aku lepas ni...mari kita tengok hasilnya)


pernah seketika dulu, ada orang tanya kat aku, camna nak kawal kemarahan....... dan pertanyaan ini mengingatkan satu kisah yang pernah aku baca (yang mana aku kurang ingat kisah dari siapa dan mana sumbernya, dan kalau ada sesapa yang ingat kisah ni boleh la tinggalkan diruangan komen ) kisah seorang alim bermimpi ada sebuah gunung yang amat besar dan beliau bertekad untuk memakannya, anehnya, semakin beliau menghampiri gunung tersebut, semakin kecil saiznya. dan akhirnya apabila sampai, gunung tersebut menjadi sebuku roti yang amat manis, semanis madu dan cukup enak. dan apabila ditanyakan apa maksud mimpi tersebut, jawapannya.....

Gunung yang besar itu adalah rasa marah, semangat dan tekad untuk memakannya itu adalah kesabaran dan hasil dari menahan marah tadi, amatlah manis.....

aku tak tau korang pernah merasai kemanisan ni ke belum.....

aku pernah buat, dan hasilnya, amatlah menyenangkan....dan jika diamalkan, korang akan dapat buat satu "anger management" yang paling berkesan.....

tapi jangan haraplah korang dapat buat overnight....hari ni nak buat besok dapat hasilnya..... latihan mental cukup penting.... tapi kalau mental tak kuat....sampai bila-bila tak kurang hangin satu badan tu.... seeloknya jumpa pakar psikatari mintak kaunseling!

takut-takut terus sakit mental....kan susah....hahahhaha

walauapapun, tepuk dada tanya iman, seseorang yang marah tetapi masih berfikiran rasional pasti akan dihormati dari seseorang yang marah mengikut emosi....pucuk pangkal, gunalah akal yang dianugerahkan tuhan tu......

forcast: harga minyak bakal naik di 2011?

Oil's surge in 2010 paves the way for $4 gasoline

Price of oil rises 30 percent in 2010; gasoline prices could hit $4 a gallon in 2011 

NEW YORK (AP) -- The price of oil is poised for another run at $100 a barrel after a global economic rebound sent it surging 34 percent since May. That could push gasoline prices to $4 a gallon by summer in some parts of the country, experts say.
Flying, shipping a package and ordering a pizza all likely would get more expensive in the new year if that happens and companies pass along higher energy costs. Some economists say rising energy prices will slow economic growth. baca lanjut di yahoo.com


sensitif menda ni....kat US dah ada ura-ura minyak naik lagi, kat malaysia, dengan tindakan rasionalisasi subsidi, mungkinkah harga minyak akan naik lagi? pasti ramai pengguna "naik minyak".....

hihi....hihi....hihi....tanda-tanda kenaikan minyak dah ada dengan kenaikan minyak mentah bakal mencecah US$100 setong.....

bersiap sedialah kita ya.....