Iklan Berbayar

Isnin, 15 November 2010

salam aidul-Adha semua

Selamat Menyambut Aidul-Adha kepada semua umat islam tak kira di mana ceruk bumi anda berada dan kepada mereka atau ada saudara mereka yang sedang menjadi TETAMU ALLAH, doakan mereka mendapat haji yang mabrur.

Dan mereka yang menjalankan ibadah QURBAN, ikhlaskan hati dan elakkan perasaan riak dan menunjuk-nunjuk. semoga korban dan pengorbanan kita diterima oleh Allah S.W.T..

AMIN...

Mula bertakbir dan bertahmid dari 10 Zulhijjah hinggalah hari ke 3 hari Tasyrik...

Aku Rela Berkoban Nyawa..... korang berani?

antara pisang dan susu, apa pilihanku

kenapa pisang? kenapa susu?

pernah dengar pepatah:

"setandan pisang tak semua elok, ada sebijik dua yang buruk"

juga

"kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"

aku suka kaitkan pepatah ni dengan keadaan di Malaysia tak kira dalam organisasi koporat, bisnes atau politik
Setandan pisang... emmm lazatnya

dalam keadaan macam ni aku lebih suka memilih pisang dari susu...kerana apa, setandan pisang dan yang buruknya hanya sebilangan kecil dan masih ada banyak lagi yang boleh memberi faedah dan manfaat untuk diri sendiri dan orang lain.....

kenapa TIDAK susu sebelanga?

Pada aku, apa gunanya sebelanga susu, yang nampak kental dan menyegarkan... seakan menarik keinginan kita untuk menghirupnya...tetapi, akan rosak apabila ada anasir-anasir yang tak elok, (nila) bukan rosak sedikit, tetapi keseluruhannya hinggakan selayaknya "dihumban" kelongkang!
segelas dah la, tak jumpa sebelanga....

jadi, jelas kan yang mana pilihan aku? dan semestinya aku takkan mempersoalkan sekumpulan manusia dalam satu organisasi yang diibaratkan seperti setandan pisang tadi.....

dan mereka yang menjadi sebelanga susu? sudah jelas lagi nyata tanpa perlu aku terangkan lagi....

p/s: rosak-rosak pisang yang lebam dilenyek dibancuh tepung, sedap juga jadi cekodok, boleh dinikmati tatkala minum petang....tapi sanggupkah korang membancuh teh/kopi minum petang korang dengan susu yang dah dititik nila?

biar berkepala besar dan berotak yang boleh dipakai tetapi, jangan besar kepala tak berakai!

Rabu, 10 November 2010

teori konspirasi, kita sebenarnya menyumbang penyebarannya

perkh....tajuk mungkin membuatkan ramai yang terkejut.... kita menyumbangkan penyebaran teori konspirasi? teori penyembah syaitan? teori yg tahapeapetah?.... hahahha

pada aku, pencipta teori konspirasi ni memang org paling bijak dalam dunia...sebabnya, dengan teori yang ada tu, diorang pulun abih....baik yang menentang atau yang menyokong atau yang dah terjebak .....

kat sini aku taknak kupas yang menyokong dan yang dah terjebak....masalahnya, yang menentang pon sebenarnya menyebarkan teori ni secara tak sedar.... dan yang pasti...semakin teori tu berada di kedudukan ya atau tidak...maka makin ramai yang nak tau dan makin ramai yang nak mengkaji...(perasaan ingin tahu). bila dah makin ramai yg nak tau dan mengkaji...secara tak langsung kan dah ter"promosi"...

aku tau ramai tak setuju... tapi pada pendapat aku yang mungkin bernilai beberapa sen, (yang mungkin  tak cukup kaji dengan mendalam) pengkonspirasi ni dah guna teknik "REVERSE PSYCHOLOGY"... diorang tau ramai yang akan menentang diorang habis-habisan.... jadi, dibocorkan sedikit maklumat dan unsur-unsur diorang ke pihak awam, dan unsur-unsur ni akan jadi perbualan hangat oleh penentang-penentang mereka... dan dah tentunya penentang-penentang mereka akan berkongsi dan menyebar-luaskan sedikit pengetahuan yang ada. secara tak langsung, penentang mereka akan "mengorek dan cuba menyiasat" apa sebenarnya  isi pergerakan mereka ni... (curiosity of human, know a little they want more)... jadi..dah beratus tahun pergerakan diorang dan dah beribu orang mengetahuinya, mungkin tak diorang ni dapat "mempengaruhi" pemikiran musuh-musuh mereka secara senyap?. apa pendapat korang?

aku pun tatau camna nak hapuskan teori konspirasi ni... cukuplah aku katakan, janganlah terjebak dengan konspirasi / teori-teori tu...dah berkurun ia wujud, tp cukuplah kita mengetahuinya yang teori tersebut bahaya dan memusnahkan.... tak perlu kaji lebih mendalam jika ilmu tak cukup di dada kerana ditakuti dari kita menentang, kita jadi "pengkagum" pulak.... percayalah, teori ni takkan habis sampai hari "kiamat"

percaya atau tidak...konsep teori ni dah diadaptasikan dalam bermacam bentuk.... yang pasti, politician cukup suka guna tektik peng"konspirasian" ni.... hahahah


last word: Conspiracy Teory Itself Is A Conspiracy -

Isnin, 8 November 2010

di mana kah kita...

mesti masih ramai yang leka... dan masih ramai yang belum terjaga, tahun 2010 dan hampir ke penghujungnya...

apa yang aku tahu, bila hujung tahun je...bermacam azam baru akan dibuat.... (bukan asam/perkasam...hahah) tak caya?, bila tiba bulan disember, akan bermulalah sesi "memperbaharui" dan mempromosi azam baru masing-masing... dan aku rasa blogger pon tak ketinggalan nak memperbaharui dan mempromosi azam baru kan.... kan...kan....

jadi, apa azam baru korang untuk tahun hadapan?? soalan lazim...

Nak lebih berjaya?

Nak lebih popular?

Nak lebih kaya?

nak lebih hit dlm blog korang?
.
.
Nak paycheque dengan angka besar dari nuffnang?
.
.
so on.... so on....

atau ada yang berkata....

AKU BERAZAM UNTUK TIDAK BERAZAM TAHUN NI!!

aik...camni pon ada....hahahahaha


Tak kisah lah...apa pun azam, apa pun impian, apa pun cita-cita.... selagi ada kemahuan.... selagi ada kemampuan....teruskan usahadan cuba untuk menggapai impian.....

Mesti ramai yang pelik.... buang tebiat ke orang tua ni membebel pasal azam dalam bulan sebelas ni....?? mesti ada punyalah....ada kan.... t bkan soalnya membebel dalam bulan sebelas....TETAPI, sekadar mengingatkan.... 

"tercapaikah impian kita dalam bulan 11 ni? dah berapa byk pencapaian? berapa peratus? beratus-ratus? apa yang beratus? atau...azam tinggal azam atau dapat boifren/anak nama azam?"...

tercapai?       TERcapai?         TERCAPAI?        atau          TAK TERCAPAI AKAL MU?      

                                             

                                   ermmmm aku mintak satu benda je....

jangan tanya aku apa azam aku dan pencapaian azam aku.... hahahahha.... sebab, aku takkan promosi atau bgtau seantero isi dunia aku nak camtu, aku nak camni....biarlah aku kongsi dengan hati dan perasaan dan si-dia yang bertakhta di hati...cewaaahhh....

apa yang penting.... bulan 11 ni, revise balik 10 bulan lepas.... buat post mortem.... setidak-tidaknya bulan 12 nanti boleh la susun strategi untuk capai apa yang diimpikan.... takla azam jadi "JERUK ASAM KECUT" atau "PERKASAM" yang tak menjadi!

Ahad, 7 November 2010

menghadapi saat saat akhir kehidupan bhgn 2

sambungan dari Posting lepas....(baca sini)

memang ramai yang mula berkata...

"walaupun aku tak kaya, tp aku bahagia".... sekarang mungkin,,, tatkala badan masih sihat... tatkala kudrat masih kuat... ketika pendapatan kita boleh dikatakan "berlebihan" hinggakan banyak baki yang boleh dibelanjakan...

Ketika umur meniti senja, ketika umur mula mencecah 5 series, 6 series dan insyaAllah 7 series, mampukah kita meneruskan kehidupan dengan gaya hidup sekarang? apakah "payung" yang kita sediakan cukup "kembang" untuk menahan "hari-hari" hujan?

"mengikut kajian, purata umur rakyat malaysia mencecah 70 tahun bg lelaki dan 75 tahun bagi wanita"

Mengikut kajian, kos kehidupan kita meningkat seiring dengan pertambahan usia... cuba bayangkan, apabila umur mencecah 40-an, satu demi satu penyakit mula memberi salam dan "bermastautin" dalam diri kita tanpa kita sedar. bermula dari klinik....perlahan-lahan kita meng"upgrade" kepada hospital.... dari pesakit luar kepada wad hospital.... secara tak langsung, kos rawatan pun meningkat dan meningkat... (patutlah, penjagaan kesihatan sekarang menjadi satu industri. dan ianya begitu berjaya!)

akan tetapi...kita bersediakah?......

Yang pasti, kita mahu yang terbaik, mahu wad yang selesa, mahu layanan yang mesra ketika kita menghadapi sakit...tp,di mana kita boleh dptkan keselesaan dan kemesraan selain rawatan yang terbaik?

ramai akan menjawab....hospital swasta.... kemungkinan wad bertaraf 5 bintang dengan bilik seakan bilik hotel dan jururawat yang sentiasa tersenyum mesra...

ye lah...dah sakit...takkan nak tambah kesakitan tu dengan sakit kepala dan sakit hati pulak kan....

tp sejauh mana kemampuan kita... bil rawatan...dah tentu boleh menyebabkan seseorang "terpaksa" dimasukkan wad sekali lagi selepas di "discharge"...hahahha

Last resort.... hospital kerajaan....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


15 tahun lepas, aku tertanya... kenapa ramai yang sanggup mendapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit yang melibatkan pembedahan di hospital swasta....bukankah mahal?

dan bil rawatan bukan calang-calang... mencecah puluhan ribu ringgit kalau tak ratusan ribu ringgit...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dulu, ketika usia awal 20-an, aku sendiri tak pernah terfikir apa yang akan terjadi ketika usia emas aku... aku enjoy to the max.... berapa aku dapat...aku belanja sehabis-habisnya sampai aku puas... simpanan? ermhh nantilah dulu.... pelaburan? aiseh...aku belanja pon tak cukup...hahahha...punyala singkat pemikiran aku masa tu.... dan yang nyatanya...masa tu internet taklah selaju dan semurah sekarang... (hai, beruntung sungguh anak muda zaman sekarang nie ye...) dan satu2nya sumber internet aku adalah.... CC!...bukan Carrot Cake atau Coca Cola....tp cyberCafe!... ermhhh tu dulu...

Lama kelamaan aku mula sedar.... betapa pentingnya "payung" sebelum hujan menimpa.... tu pun selepas "dinasihati" oleh seseorang.... seseorang? siapa kah dia.... biarlah "dia" menjadi misteri buat masa ni... hihi...

"payung" pertama... insurans... bukan setakat insurans nyawa.... tetapi insurans yang akan cover jika "Hujan" yang "membolehkan" aku menjadi "penghuni sementara" di "rumah" sakit.... disaat aku mendengar penerangan dari agen, baru aku nampak...kenapa aku kena ada "payung" ni... setidak-tidaknya, masa aku sakit, taklah aku "bertambah sakit" dengan memikirkan bil-bil dan pendapatan aku yang dah tentu terjejas...

"I've Freed my mind from one burden!"....

lega dah walaupun aku cuma ambik polisi yang agak basic.... dan dari sini baru aku tau kenapa orang yang agak kaya dan kaya-raya suka sangat pergi hospital swasta jika diorang sakit yang agak serius atau mengalami kemalangan... rupa-rupanya diorang "dibayar" untuk ke sana!...

"payung" ke dua....ermmm investment... aku dah byk kali dengar tapi aku tak cuba nak mengetahui lebih lanjut... alasanya...duit tak cukup! (kekononnya la)....hahahha

  Bila umur dah 3 series nie... baru la minda aku terbuka... barulah terhegeh-hegeh buat pinjaman untuk pelaburan... ermmm sekurang-kurangnya aku akan ada simpanan untuk hari tua aku.... hmmm itu pun atas nasihat "si-dia"... syukur.... masa tu ada promosi dari satu bank ni dan pakej dia agak menarik....tak salah aku cuba buat pinjaman... ada juga komitmen aku nak menyimpan walau hakikatnya dalam bentuk pinjaman! (bayar tiap-tiap bulan, kira macam menyimpan jugakla kan!)

tak sangka...dalam pada aku tengah leka dengan pinjaman tu...terjumpa kawan si-dia pulak, suggest dengan unit trust (saham amanah)... aku tertarik lagi....dan aku mula jatuh cinta pasal return dia lagi tinggi dari pinjaman yang aku buat tu... aku pun mula berkira-kira...tak sangka...risikonya rendah.... bertambah sesalnya, kenapa la aku tak mulakan simpanan dan pelaburan aku seawal mungkin...kalau tak dah tentu aku dah boleh "bersara" menjelang usia 40 tahun atau mungkin 35.... dengan pendapatan bulanan mencecah 5 angka!.... ermhhh bahagianya... dan aku mulakan langkah pertama dengan melaburkan "simpanan hari tua" aku dalam saham amanah dan sedang berkira-kira untuk "menambah" lagi dengan pelaburan "tunai" dari poket aku sendiri...

Sasaran... RM1 JUTA dalam masa 15 tahun!.... dan aku yakin aku boleh capai simpanan tu....nak tau camne?

pssttt....aku boleh kongsi dan perturunkan ilmu tu... pengerasnya... tinggalkan email dalam ruangan komen dan sediakan duit tambang/minyak kenderaan sendiri untuk jumpa aku...hahahha.senangkan...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak sangka...aku masih berpeluang untuk mengecap ketenangan fikiran dengan cara sebegini...dan aku percaya, ramai yang kaya-raya dengan cara sebegini.... aku percaya aku belum terlambat!

pelaburan secara berdikit-dikit dan penyediaan payung untuk bil-bil rawatan yang ditanggung pihak ke 3, secara teori amat memudahkan dan amat praktikal.... barulah aku nampak kenapa mereka yang kaya akan bertambah kaya.... dan ada diantaranya.... hanyalah seorang pekerja biasa TETAPI menjadi kaya apabila umur mereka melepasi 40 tahun dan tetap kaya hinggakan ke anak cucu mereka.... dan apa yang mereka lakukan.... hanyalah usaha diwaktu muda mereka....

TAPI AWAS...jangan jadi mereka yang mengecapi "kekayaan sementara" dengan "perabih duit KWSP mereka" yang tak seberapa tu...

Yang ni dah takleh nak kata ape dah!.....

Yang masih muda.....fikir-fikirkanlah ye....