Iklan Berbayar

Khamis, 21 Oktober 2010

menghadapi saat-saat akhir kehidupan bhgn 1

umur dah 3 series....kalau bmw...segak tu

tp kalau tgk poket...tgk bank akaun...ermmm cukup segak ke?

tertonton bernama tv kol 730pm, Last Chapter of your life td...tetiba sekarang aku terfikir... tahap mana financial aku dan apa akan terjadi kalau umo aku cecah 70 thn...? korang pernah terfikir tak? aku rasa kalau korang masih umo sekitar 20 an... ko mesti tak terfikir langsung kan....

walaupun aku tau...tak pernah terlambat nak mulakan "nest egg" aku... tp boleh ke aku dapat duk senang sambil mengangkang (cis...cam lucah plak) time tua2 sok ni... ermmm

alamak...aku kene sambung bhgn 2...byk pulak aku nak cerita....

Jumaat, 15 Oktober 2010

Implikasi bajet 2011

ramai yang gembira...ramai juga yang kurang puas hati... walau apa pun perasaan, walau apa pun rasa, ada beberapa intipati bajet yang menarik perhatian aku....

1. Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang menawarkan jaminan Kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10% bagi harga rumah di bawah RM220,000 untuk golongan muda yang baru bekerja dan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan. Ianya bagi pembelian rumah pertama dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3 ribu sebulan

-yang gembira : orang yang baru berura-ura nak beli rumah tp bergaji kurang dari RM3000, boleh dah usha rumah2 teres 2 tingkat... *senyum lebar

yang paling gembira: Agen hartanah la ape lagi....dah berbunga-bunga dalam hati!


hehehehhe...

2.1 Elaun Imam dinaikkan from RM450 to RM750 sebulan dan imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan from RM500 to RM800 mulai 1 Januari 2011

2.2 Menaikkan elaun bulanan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru from RM450 to RM800

2.3 Pelepasan cukai sebanyak RM5,000 ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa diperluaskan lagi kepada bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluaan harian mereka seperti lampin pakai buang


2.4 Kerajaan akan menguatkuasa gaji pokok minimum untuk pengawal keselamatan kepada RM500 to RM700 sebulan mengikut kawasan compared with RM300 to RM400 pada masa ini mulai Januari 2011


heheh...yang ni orang-orang yang terlibat sahaja akan tersenyum...yang lain, carik alternatif lain kalau nak tersenyum sama ye....hahahha


3. Kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun bermula serta-merta


-yang ni, ramai-ramai mesti senyum, sekurang-kurangnya tol takkan naik untuk 5 kali hari-raya...hik hik hik....sekurang-kurangnya tak la naik walaupun tak turun biarpun ada ura-ura plus nak kene jual!


dan yang paling gembira antara yang gembira.... (hmmm dalam hati ada sikit sakit untuk pekerja swasta macam aku ni)....jeng-jeng-JENGGGGG!!!!!!!!!!!

mereka adalah....(bunyi-drum-bagi-suspen)


PEKERJA PERKHIDMATAN AWAM!....

tahniah untuk diorang.... harap-harap dapatlah kiranya berkhidmat dengan lebih dedikasi dan jangan dok nak jadi macam dulu-dulu lagi ye....(tepuk...tepuk...tepukk!)


benifit yang "confirm" diorang dapat....


1. RM500 setiap tahun.... (ok lah tu...dari tak ada... walau camne prestasi korang, selagi pegawai korang suka ngan korang dan tak sakit hati, mesti ada punyalah)


2. Cuti bersalin 3 bulan bergaji... (untung, tp jgn pulak tiap tahun plan nak beranak...hihihi. lain la kalau rezeki tu tuhan nak bagi)


3. sesapa yang keje secara kontrak, perkhidmatan korang akan disambung untuk setahun lagi... (time ni aku malas nak apply jpa, konfom kerja kosong masih kurang)


4. Menaikkan kadar pinjaman perumahan maksimum daripada RM360,000 kepada RM450,000 (ape lagi...yang belum beli rumah, boleh la cari rumah yang lagi beso!..tu pon kalau korang tak byk sangat sign I.O.U sebelum-sebelum ni...ekekkeke)

dan last sekali....

5. PTK dimansuhkan....(yahuuu...<--time ni ramai yang melompat) tetapi diganti dengan penilaian lain... (haa..? <---aik ternganga sampai terbeliak la pulak...huhuhu)

relax la...korang keje kalau tak dinilai camne korang nak tau prestasi korang...kan...kan...

alahai...terasa nak gi kaunter jabatan kerajaan la...nak tgk diorang ni tersengum ke... atau diorang masih masam macam baru lepas termakan jeruk luput tarikh...(hehehe jangan marah ye....)

Khamis, 14 Oktober 2010

bajet 2011, apa yang dijangkakan

bajet 2011... hmm macam-macam jangkaan... yang pasti...byk harapan dan spekulasi dok berlegar.....

pengguna lebuhraya... mesti berdebar...kurang ke tol macam diharapkan? sama-sama kita nantikan...

Yang nyata dan pasti...satu barang ni pasti ditunggu-tunggu.... bagi perokok dan kaki minum...opsss... kasar pulak bunyiknya...ramai akan jangkakan kenaikan harga saban tahun...ahaks...

kepada perokok, agak2 bertambah jendul atau kemik tak? mari kita tengok pengumuman bajet besok..... atau memasing dah mula melabur untuk sesi terapi berenti merokok?

walaupun rokok baru naik harga... tak mustahil cukai dinaikkan masa bajet kan....kan produk popular utk dinaikkan atas alasan kesihatan dan yang pasti takde demo...tak macam kenaikan harga minyak atau gula...

hehhehe....

Selasa, 12 Oktober 2010

insafkah mereka menonton dan berkongsi klip video kemalangan ngeri?

ramai yang share video pasal kemalangan ngeri kat simpang ampat tu...al fatihah dan takziah utk keluarga terlibat... 

TETAPI.... apa tujuan mereka share video2 ngeri tuh? utk glamer atau keinsafan?....

kalau keinsafan alhamdulillah... semoga pemandu di Malaysia berubah dan lebih berhati2...tp kalau masih sama... jgn salahkan orang lain kalau kemalangan masih terjadi lagi....

Bukan nak kondem sesapa...tapi itulah hakikat, setiap kali kemalangan...ramai yang nak jadi "wartawan"... syukur atas keprihatinan tersebut asalkan tidak mendi "penyumbang" kesesakan di lebuhraya tersebut... hehe... dan hakikatnya..

KESESAKAN TETAP BERLAKU DENGAN KEPRIHATINAN MEREKA INI!


Apa yang nyata...seberapa ngeri video tersebut, seberapa banyak "sharing" pun dilakukan...adakah semua tu dapat menyedarkan pengguna dan pemandu di jalan raya? satu persoalan yang mungkin ramai tau jawapanya... dan kebiasaannya setelah menontotn video2 tersebut.... ramai yang akan sebut... "Ishhh dahsyatnya...." lepas berpaling dan memegang stering.... yahhh mari aku test berapa laju aku boleh bawak...


dahsyat hanya di mata...tetapi, lepas sesaat...mereka terlupa.....
langsung tak ada iktibar.... 


mereka tetap dengan cara mereka...dan apa yang ditonton hanya seperti menonton wayang secara percuma!
tidak hairalah jika kemalangan tetap berlaku dan berlaku.... biarlah berjuta atau beratus juta kempen keselamatan...(bukan kos kempen tu ya), tak akan  ada sekelumit kesan dalam hati mereka.....


jadi bagaimana nak menginsafkan mereka-mereka ni...??

mungkin sampai masa jika mereka yang terlibat dengan kesalahan jalanraya yang berat, mereka dikehendaki menghadiri kelas yang mana mereka terpaksa menjadi "pembantu" ketika bedah siasat mangsa kemalangan... 


entahlah.... 


ni komen dari seorang sahabat....


sahabat aku komen....

"mungkin juga xde tujuan... sekadar ikut2 org...org malaysia kan ramai mcm tu... sorang share, then ada lak org lain tlg share. sbb tu susah nk benteras. sbb kudis tu dah ada sebati dlm diri org malaysia. nk wat camne la kan? 

hahahahaha... kesian je la. btw, takziah utk keluarga mangsa. al-fatihah utk mangsa2 yg meninggal dunia. Allah lebih menyayangi mereka."

malaysia paling ramai kawan di laman web sosial?

huh...terkejut dan tidak....macamana ye....

tapi benarkah "kawan" di laman sosial tu benar-benar kawan atau "kawan-yang -main-add" aje...dalam erti kata lain, kawan yang benar-benar dikenali hanya beberapa saja tapi lebih kepada "kawan" yang entahsape2ntah....

pernah jadi trend pengguna laman sosial, lebih ramai kawan "tersenarai" dalam senarai kawan menunjukkan betapa "glamer" dan popularnya mereka ni... tp...benarkah mereka-mereka ni popular atau mereka ni saja yang "perasan popular"?

tapi...trend masakini, aku kurang periksa....masih ada lagikah pengguna laman sosial yang masih berfikiran sedemikian?

Atau, mereka telah berubah dan sedar akan bahaya yang menanti dilaman sosial ni...

walauapapun... laman sosial tetap ada baik buruknya... kita sendiri yang tentukan....tepuk dada tanya akal.... jgn sampai jendul dahi dok tepuk pasal menyesal....hihihi

kenapa aku buat entry ni.... korang baca la kat sini