Iklan Berbayar

Isnin, 6 September 2010

Hari Raya Dalam Kenangan

Diam tak diam, Hari Raya dah semakin tiba, hari kemenangan bagi kita umat Islam, diam tak diam, dah 2 tahun kerjaya dalam bidang "perkhidmatan pelanggan" dah ditinggalkan. Ternyata, kenangan pahit, manis dalam bidang tu, perlahan-lahan menerjah ke minda. Terasa syahdu......


Dulu....


Takbir bergema, langkah di atur ke masjid yang begitu hampir dengan rumah aku, meriah dengan pelbagai ragam  penghuni taman perumahan yang berhampiran... masjid tetap penuh, mungkin ramai yang mahu pulang kekampung sedikit lewat untuk mengelakkan kesesakan lalulintas...


Dulu....


Selepas Solat Aidilfitri, tatkala orang lain mengatur langkah ke rumah sanak saudara, aku melangkah ke arah restoren untuk memulakan perniagaan... sebak-pilu-rindu terpaksa dilupakan demi tugas yang menanti


Dulu....


Tatkala orang lain bergaya dengan baju melayu dan baju kurung menanti kunjungan sanak saudara, jiran-jiran dan sahabat handai.... aku pula bersama sahabat-sahabat menanti dan menunggu kunjungan pelanggan yang bakal datang berbondong-bondong untuk membeli kek sebagai buah tangan. (Nasib baik pihak pengurusan baik hati memberi peluang untuk kami memakai baju tradisional untuk hari pertama)


Dahulu...


Ketika mereka riang gembira bersama serta tersenyum riang ketika berkunjung di rumah terbuka, aku dan rakan-rakan "senyum" dan memberi layanan yang terbaik untuk para pelanggan yang berkunjung


Dahulu....


Ketika orang lain mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA" dengan gembira kepada sanak saudara dan sahabat handai, kami hanya mampu tersenyum apabila pelanggan mengucapkannya kepada kami dan jelas terbayang sedikit sebanyak rasa nak berhari tanpa bebanan kerja diwajah kami...


Walau apa pun, aku dan rakan-rakan tetap teruskan tugas di AIDILFITRI dengan mengenepikan segala keinginan dan gelojak hati dengan penuh dedikasi.....




SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN....kepada yang bekerja, selamat bertugas dihari raya....

Sekarang....

Aku dah tak kerja bidang perkhidmatan lagi.....

Selasa, 31 Ogos 2010

HIPOKRIT, ada masanya orang suka!!

Ramai yang tak suka orang hipokrit.... yang pura-pura baik tapi hakikatnya diorang ni menyampah kat korang (biasanya baik ada kepentingan)... mesti korang cap diorang nie "HIPOKRIT".... korang mesti BANNED diorang nie...

tapi.....

korang tau tak....ada hipokrit yang korang suka dan kalau diorang nie tak hipokrit, mesti korang buat komplen...dan akibatnya, jika diorang  ni berterus terang, diorang BOLEH kena PECAT! haa....mesti korang pelik kan entri aku kali ini.....

korang teruskan membaca.....

Korang pernah tak pegi berurusan di mana-mana kaunter... diorang tetap senyum dan mesra sekalipun korang datang dengan muka yang tak serupa orang? pernah tak?

atau .....

korang makan kat satu restoren, tiba-tiba pelayan lambat datang kat meja korang, dan dengan suara yang perlahan sedikit dari petir musim tengkujuh, korang panggil pelayan tu dan pelayan tu masih senyum kat korang dan dengan penuh adab sopan pelayan tersebut meminta maaf dan terus ambil korangnya punya order? pernah tak?

atau....

Korang punya talian internet / telefon bergerak laju sedikit dari siput sedut tersalut lumpur dan korang komplen dengan dengan kelajuan "machine gun" menyatakan masalah anda dan pegawai khidmat pelanggan menjawab dengan nada suara yang lemah lembut (bukan lemah gemalai ye... hehe) - pernah tak?

tak pernah? sekali pun tak pernah....mungkin juga anda seorang yang begitu berbudi bahasa.... syukur Alhamdulillah...

SEKARANG.....terbalikkan ke'pura-pura'-an tersebut menjadi sesuatu yang berterus-terang dari hati dan perasaan mereka (ni yang biasa orang cakap....takyah berpura-pura, cakap je terus terang!)

Korang pergi berurusan di mana-mana kaunter, dengan muka tak serupa orang dan tanpa segaris senyuman, tiba-tiba kerani kat kaunter tu berkata "muka encik macam singalah, saya dok senyum pon tak dibalasnya! kerek sungguh!" - adakah anda boleh terima sikap berterus terang kerani tersebut?

sekarang.....

Anda pergi ke restoren, dan meninggikan suara anda yang ibarat petir musim tengkujuh tu, tiba-tiba pelayan tu "berterus terang" dengan anda, "Encik, takyah la menjerit-jerit, dah macam tarzan saya tengok!" - sekali lagi, anda suka kepada pelayan tu? sudah tentu tak kan....

SEKARANG.....

Anda buat aduan kepada penyedia telekomunikasi dengan aduan selaju "machine-gun", dan tiba-tiba pegawai khidmat pelanggan tu menyebut, "Encik ni buat aduan ke nak buat bertih goreng? dah la laju semacam, sampai saya sendiri tak faham, membebel-bebel macam mak nenek!" - apa perasaan anda?

Ni adalah antara "hipokrit yang positif" (ingat, bukan hipokrit negatif!)... dan ada bidang yang seseorang tu DIWAJIBKAN HIPOKRIT.... CUSTOMER SERVICE!. Kerana apa... mereka akan tetap tersenyum dan mesra walaupun hati mereka disiat-siat, maruah mereka seakan diinjak-injak dan kadang kala dimaki-maki tanpa belas kasihan...

Yang pasti, HIPOKRIT INI DAH JADI STANDARD.....

dan..

AKU SENDIRI PERNAH MENGALAMI SITUASI MACAM NI SELAMA HAMPIR SEDEKAD!

BERTERUS TERANG?....hmmmm alamatnya akan dapat surat "cinta" BERAMARAN  atau paling parah "NOTIS 24 JAM!!!"

Sekarang....

Bukan kah anda suka jika seseorang itu menjadi hipokrit ketika melayani kerenah anda ketika berurusan??? suka kan?? ...............APA, tak suka?

MUNGKIN ANDA JUGA HIPOKRIT......

Isnin, 30 Ogos 2010

Fahami apa yang pasangan kita tak faham...

Selalu kita dengar, "kalau nak hidup berpasangan dengan bahagia, kita mesti faham memahami", betul ke?


Yang nyatanya, semakin kita cuba memahami, semakin sakit hati, semakin kita "bertegang urat" dan semakin bergoncang perhubungan tu... dan yang nyata, semakin pening kita fikirkan tentang faham memahami, ada juga yang terpaksa memendam rasa... dan akhirnya, kita terpaksa menerima takdir yang hakikatnya tak boleh bersama!

TETAPI, tah macammana, tah dari mana datangnya, ada seorang ni, menasihatkan dan aku rasa cukup mengubah cara aku berfikir pasal konsep faham-memahami ni...

"CUBA KO FAHAMI YANG PASANGAN KO TAK MUNGKIN FAHAM KO SEPENUHNYA... jadi, fahamilah, yang dia tidak memahami ko" tiba-tiba aku tersentak! "FAHAM YANG PASANGAN KITA TU TAK FAHAM PASAL KITA?"

"HAAA.... macam mana tu?"

"ko balik....ko fikir, ko cuba bincangkan dengan pasangan ko, tu pon kalau dah ada lah, tak pon ko buat research, skarang kan zaman internet" dia sambung balik....

Makin lama, makin aku terfikir....ada benarnya, pasal tak mungkin kita akan faham kehendak dan apa yang difikirkan... betul tak? dan yang nyata kita ni bukan Ahli Psikik yang boleh baca fikiran orang! "reverse psychology" punya teknik rupanya...

Ha....  mesti ramai yang ternganga kan, macam mana nak fahami pasangan kita tu..... "tak faham pasal kita"...?

Mula-mula aku pon terfikir, macamana? bagaimana? ishhh...berat tul tu... pening...pening... makin lama makin aku fahami, rupa-rupanya, dari kita dok sakit kepala fikir.... "kenapa la awek aku tak faham-faham"... "kenapa la boifren aku tak faham-faham apa yang aku nak" ada baiknya pasangan tu mula fikir.... ermhh "dia mmg tak faham aku, tu yang dia tak faham perangai aku... jadi, aku terima."  kan senang! hati tak sakit, biarpon apa yang dia buat tu menyakitkan hati...  yang penting, masing-masing faham yang diorang takkan faham perangai masing-masing dan terima pasangan kita tu "camtu"

mungkin susah nak terima, sesetengah orang akan bercanggah pendapat. aku tau, tak semua perkara kita boleh buat camni. ye lah...takkan kita nak terima kalau pasangan kita tu buat sesuatu yang melanggar norma-norma kehidupan dan kita pon cakap...aku terima... salah tu saudara... apa yang penting, kita terima konsep ni untuk sesuatu yang melibatkan perkara yang "remeh dan agak remeh" yang kadang-kadang boleh menyebabkan "perang besar" akibat dari mempersoalkan tindakan pasangan kita (biasa terjadi ke atas pasangan yang hangat bercinta dan juga suami isteri).

Apa yang penting, ada sesetengah perkara yang tak perlu dipersoalkan secara emosi dan seharusnya difahami dengan konsep di atas. secara tak langsung perasaan hormat akan timbul dan tekanan emosi akan berkurangan... apa yang penting, gunakan akal yang dianugerahkan Illahi sebaiknya untuk menilai konsep di atas...

TEPUK DADA TANYA AKAL....sama-sama kita fikir-fikirkan

Selasa, 24 Ogos 2010

AWAS, pengguna laman sosial! hackers wannabe suka buat onar

profile hacking, fake profile, like button bugs....hai, macam2 la hackers wannabe zaman sekarang nie. selama aku duk melayan facebook, baru-baru ni aku berhadapan dengan situasi yang mana ada seseorang yang suka buat group/page/profile palsu untuk kepentingan sendiri... errmmmm pening...

yang kelakarnya, hackers wannabe ni cuma tau mcmana nak buat fake profile user dengan detect ip user serta beberapa command lain yg setakat nak buat "people annoying" je.... tp, puhhh bermegah konon dah menggodam seluruh PC mangsa.... mula2 seram jugak tgk mamat nie... (langkah berjaga2, aku deactivate profile facebook then skodeng guna account lain...hahahah ) rupa-rupanya, handal setakat kat permukaan air, iskkk tak sempat nak hentam balik, dah tak cukup tanah larik bila ada user lain mula keluarkan "senjata" masing-masing.

ok, cukup pasal hacker wannabe, yang penting, laman sosial banyak dieksploitasi, awasi profile anda, jangan dedahkan terlalu banyak maklumat peribadi, lebih-lebih lagi bg mereka yg suka "add friend" membabi buta. profile anda mungkin jadi mangsa.... mungkin juga anda akan "ditukarkan" menjadi seseorang yang extreem-perkauman, pro sesuatu parti politik, extrimis agama dan paling parah, mungkin anda akan di "fake" menjadi seorang "TERRORIST!".

berhati-hati pada kemungkinan mereka yang berpengetahuan dalam "hacking-menghacking" ni....


Hai.dunia cyber, macam2...  lagi-lagi zaman bebudak sekarang yg ilmu baru sejengkal dah nak berlagak macam dia dah berkecimpung dalam dunia cyber semenjak 1985. harus diingat, ramai hackers yang handal masing-masing dah mcm harimau simpan kuku dan ramai yang amalkan resam padi.  tahap kesabaran diorang aku cukup respek... tp jgn bg diorang hilang sabar, buruk padahnya.....

berhati-hati bila "berlayar" didunia cyber........

Ahad, 22 Ogos 2010

kenangan zaman dulu-dulu #1 - kerja restoren

Ayat-ayat yang boleh menggugat iman masa melayan pelanggan dibulan puasa....

"Adik, abg nak berbuka ni, abg order sekarang pastu adik siapkan abg punya makanan dulu boleh?" - eh...boleh bang...tu pon kalau abg order kek je....hehehhe

"adik, time buka nanti baru keluarkan makanan boleh tak? akak nak makan panas-panas, takmau sejuk" - haha...boleh kak, nanti saya letak microwave kat meja akak ye... (sengih)

"Apa ni dik, makanan abg tak sampai-sampai lagi, takkan nak minum aje" - issskk minum la dulu bang, orang lain dah order awal-awal, abg datang kol 7.15pm, serve lepas isyak karang....baru tau!

"Bla...Bla...Bla...Bla(tgh meng'order'), Akak nak adik serve course by course ye dik...." - aduhhh... akak, mintak maaf ye kak, nanti saya kene curse dek customer lain... jadinya, sekali harung la saya letak, ye kak, akak je makan course by course...ok?

"Adik, abg punya food sejuk la, boleh tolong panaskan tak?" - Chait!, dah la ko, aku sendiri belum makan ko byk songeh pulak!

"Adik dah berbuka?" - heheh soalan yang aku jwb ngan senyuman, padahal aku dokla sibuk terkejar sana terkejar sini

"Alo...sirap kasi refill!" adoiii....ayat-ayat yang sengal macam nie boleh membuatkan panas, sabar...puasa...puasa

Aih...kalau nak list, sampai besok pon tak abis...tu la sedikit sebanyak ayat masa berbuka puasa masa zaman2 kerja service dulu... so korang yang berbuka kat mana-mana restoren, sama-sama lah kita memahami dan berbudi bahasa...

*AMARAN - Ayat yang tak bold hanya dituturkan dlm hati... hihihihi tu je yang mampu bila berhadapan dengan situasi sebegini...