Iklan Berbayar

Khamis, 22 Mac 2012

sejuta rakyat malaysia tonton sejuta jam video di youtube

youtube, satu media yang memberi peluang untuk mereka-mereka yang kreatif untuk menyiarkankan video mereka. tak kiralah dari segi apa ke-kreatifan mereka asalkan tidak mengganggu kehidupan orang lain.
klik gambar kalau nak ke siaran tuan punya blog

dengar dari siaran radio, youtube memaklumkan, setiap hari, sejuta rakyat malaysia meluangkan masa secara purata sejam untuk menonton video dari youtube. kenyataan dibuat ketika melancarkan youtube malaysia.

 hmmm dah macam satu ledakan dan tarikan tersendiri dunia youtube ni.

nampak gayanya, kepada mereka yang kreatif, ini adalah peluang mereka untuk menonjolkan bakat dan hasil seni. mana tau ada rezeki... maka akan dipinang oleh konglomerat media... kan dah melangkah ke tahap yang lebih tinggi tu

alaa....macam beberapa orang artis yang tengah hot.... dari mana asalnya... youtube jugak kan...

ada sesapa yang nampak potensi? kalau korang kreatif,tentu banyak potensi yang korang boleh buat kan.... sebagai contoh, korang boleh buat saluran penyiaran korang sendiri.... ikut suka korang, ikut gaya korang... janji... kreatif... hehhe...

p/s: cerita pasal youtube ni, jom singgah saluran youtube tuan punya blog... adalah beberapa video yang tak seberapa disiarkan.... http://www.youtube.com/user/taugeh1978?gl=MY&feature=mhee

Tiada ulasan: