lama aku tak mengetuk jari jemari ini di papan kekunci. terlalu banyak urusan kerja perlu diutamakan. masa banyak dilabur dan ditabur demi segulung sijil yang aku impikan. ya, satu perjalanan yang lama aku tak catitkan.
tak mengapalah. apa pun semangat nak menulis dan berkongsi dalam blog mula bercambah kembali. bila semangat dah datang ni baru seronok nak mengarang...
pengalaman masa praktikal, semester terakhir sebelum menamatkan pengajian banyak mempertajamkan skill perkhidmatan pelanggan dan banyak membuka mata dan minda. satu pengalaman yang sememangnya aku dambakan selama ini.
bayangkan, satu perniagaan yang tak pernah terlintas difikiran. khemah yang boleh memberikan satu aliran pendapatan dan boleh menjadi sumber pendapatan. seakan satu perancangan dari yang maha esa untuk aku. dalam diam aku bersyukur.
disebabkan kebanyakan pengunjung dan tetamu yang datang kebanyakannya berbahasa inggeris, maka masa praktikal ni jugalah menjadi medan untuk aku mengasah kefasihan berkomunikasi dalam bahasa inggeris. alhamdulillah, lidah semakin lentur untuk berbahasa ke dua.
adakalanya ketika ada juga point2 yang "terlepas" dari boss. point2 yang merupakan tips2 perniagaan yang dapat aku kutip. senyum sendirian.
tak rugi aku praktikal kat sebuah syarikat yang "kecik" yang memberi perkhidmatan "bercamping"... malas sebenarnya nak cerita panjang2 pengalaman masa praktikal. biarlah gambaran yang bermain dalam pemikiran.
"IF YOU ARE THINKING ABOUT OUTDOOR, I HAVE BEEN APART OF THAT AND I LOVE DOING IT"
Iklan Berbayar
Rabu, 16 November 2016
Isnin, 14 November 2016
aku masih ingin berblogging
dah berbulan aku tinggalkan arena blog ni. kesuntukan masa, tumpuan lebih kepada media sosial dan kerja membuatkan aku alpa dan lupa kepada blog yang pernah menjadi tempat untuk bercerita dan meluahkan rasa.
mungkin media sosial menjadi tapak yang paling pantas dan mudah, maka aku terus hanyut dan terus lupa untuk mengemaskini blog yang semakin bersawang dan berdebu.
lama mana pun ditinggalkan, aku tetap rindu dengan blog. walaupun ada ketikanya aku mahu mengetik papan kekunci, ayat dan idea aku terbantut dan terus melupakan hasrat untuk bercerita.
mungkin penghujung 2016 menjadi titik tolak aku menyambung hasrat untuk terus berblog... selagi nafas dihela, selagi itu akan ada garis permulaan. cuma, adakah garis permulaan itu menjadi garis permulaan yang panjang atau ianya hanya garis permulaan untuk garis permulaan yang lain...

Sabtu, 6 Februari 2016
aktiviti kolej terakhir, mini tourism skills challenge, sneak peek hadiah pertandingan
program terakhir pelajar kelas semester 3 (akhir) kolej komuniti kota tinggi, untuk subjek ko kurikulum (sukan). hadiah hadiah yang akan diberikan kepada peserta... lumayan wooo...
program yang diberi nama mini tourism challenge, direka untuk mendedahkan pelajar mengaplikasikan dan berkongsi pengetahuan yang dipelajari sepanjang pengajian mereka di kolej.
detail pertandingan masih dirahsiakan... tunggu hari pertandingan lah ye.....

Selasa, 2 Februari 2016
jb tour, hari ni jadi pelancong
kami pelajar pelancongan!
hari ni di "paksa rela" untuk menyertai program jb tour untuk pelajar semester 2 untuk subjek komentar pemandu pelancong. satu subjek yang mendedahkan pelajar untuk merasai bagaimana menjadi seorang pemandu pelancong Dan merasai pengalaman membawa pelancong.
Dan hari ini, kami pelajar semester menjadi pelancong disebabkan tiada tugasan yang diberikan... ha-ha
jadi hari ini kami hanya "enjoy Dan bergembira" walaupun hampir sepanjang masa lawatan hanya berada di dalam bas, sudah pasti kami hanya akan bergembira menikmati perjalanan sambil menyaksikan pelajar semester 2 membuat komentar.
selepas habis lawatan nanti aku ceritakan pengalaman sepanjang lawatan ini... bersambunglah...

Isnin, 1 Februari 2016
jimat sehingga 70 peratus kos membawa bagasi berlebihan ketika travel ke luar negara.
melancong keluar negara, dah tentu banyak cenderahati dan cenderamata juga kiriman dari kawan-kawan kan. yang kirim macam-macam barang, belum lagi yang kaki shopping atau ke luar negara sememangnya nak shopping...
tapi bila nak balik, dari satu beg kecil yang mungkin beratnya tak sampai 5kg, dah melambak sehingga berbeg-beg jumlahnya....
dan menambah masalah lagi, baggage allowance untuk syarikat penerbangan kebiasaanya hanyalah 25kg!
dah tentu, excess baggage menjadi satu masalah bila kita nak membawa pulang, dah terfikir pula caj yang akan dikenakan oleh syarikat penerbangan jika kita check in beg-beg tadi. mana tidaknya, bekalan wang yang dibawa sudah hampir habis. adakah korang sanggup membayar caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan? sudah tentu tidak kan...
mahu menghantarnya menggunakan perkhidmatan courier, cajnya mungkin masih mahal, jadi apa alternatif terbaik?
jawapan ini aku dapat ketika dalam pengajian. perkongsian oleh pensyarah yang dah biasa mengurus dan membawa pelancong dan juga vip ke luar negara. usah risau atau bersusah payah untuk "membahagi" berat bagasi kepada ahli rombongan lain. sudah tentu mereka pun ada membeli barangan untuk mereka sendiri bukan...
hasil perbualan bersama abang aku, ramai antara kita masih kurang tahu mengenai excess baggage ni. sebenarnya excess baggage ni masih boleh dihantar ke destinasi dengan caj yang jauh lebih murah. drop-off kan sahaja di kaunter excess baggage ABDA group.
syarikat ABDA group ini merupakan vendor kepada syarikat penerbangan yang akan membawa excess baggage anda pulang. konsepnya sama sahaja seperti syarikat courier tetapi lebih menumpukan perkhidmatannya untuk membawa baggage penumpang si lapangan terbang.
oleh itu ia amat sesuai untuk mereka yang gemar bershopping dan sering membawa pulang bagasi yang banyak dengan caj yang hanya sebahagian daripada caj yang biasa dikenakan jika check in bagasi ke dalam kapal terbang!
jangka masa tiba bagasi tersebut adalah lebih kurang seminggu atau lebih sedikit bergantung kepada destinasi yang dituju. lambat sikit tidak mengapalah, asalkan bagasi tersebut tiba.
berita baik bukan... terutama mereka yang gemar membeli belah ketika melancong ke luar negara...
maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ABDA group ni boleh didapati dengan melayari ke laman web http://www.abdagroup.net/ atau jika anda merancang untuk shopping ketika melancong, boleh juga menghubungi syarikat berkenaan dan bertanyakan mengenai tarif terkini perkhidmatan mereka melalui nombor telefon dan alamat syarikat berkenaan di bawah

ABDA AVIATION SDN BHD
WISMA ABDA
45 Jalan 51/205, The Highway Centre
46050 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
Tel : +603 7785 2000
Fax : +603 7781 0905
jangan risau lagi selepas ni jika nak "shopping sakan"...
Langgan:
Catatan (Atom)